Bab 14 Hadiah

Drama Completed 144105

Syeril pulang ke rumah sudah lewat petang. Bersiap mahu bertolak ke kampung halaman Mak Kiah bertemu dengan ibunya Puan Sri Tania sebelum dia berangkat ke Kuching.

"knock..!! knock..!!"

Tiba-tiba kedengaran satu ketukan dipintu biliknya. Syeril yang sedang memakai pakaian selepas mandi sedikit kelam kabut.

"Kejap..siapa tu?."

"Ni adik la. Nak bagi barang ni. Ada orang hantar." jawab Syawal Danish selamba dibalik pintu itu.

"Okay..buka la pintu." jerkah Syeril.

Syawal Danish terus memulas tombol pintu bilik tersebut lalu melangkah memasuki bilik itu bersama satu bungkusan barang yang dibaluti dengan kertas minyak.

"Barang apa ni Danish? Pelik jer." soal Syeril dengan kerutan didahi.

"Mana Danish tahu. Nah..!! Akak buka la sendiri. Danish keluar dulu." bungkusan itu kini berada di tangan Syeril. Danish menapakkan kaki menuju ke bilik. Keluar lah dia tanpa menghiraukan lagi apa isi kandungan bungkusan tersebut.

Pintu bilik ditutup rapat. Syeril melabuhkan punggung di katilnya lalu dikoyak bungkusan tersebut.

'Apa benda ni? Gaya ni macam orang lelaki yang bungkus. Tak kemas langsung.' kata Syeril sendiri.

'Baju sejuk? ni Perfume favourite aku. Siapa yang kasi ni. Ehh... ada kad lah.' Satu kad ucapan terselit dibalik lipatan baju sejuk tersebut. Syeril pantas mangambil lalu tulisan itu diamati.


"Terimalah pemberian yang tak seberapa ini.

Semoga bertemu lagi. Dan semoga perjalanan

ke sana dipermudahkan."

'Ish..tak kan jantan miang tu lagi? Aku benci dengan kau Tengku Adam. Sampai bila-bila.'

Syeril meletakkan bungkusan itu diatas katilnya. Bangun berdiri dan mundar-mandir disekitar bilik itu.

'Tapi tulisan tu macam aku kenal. Siapa ye?' kad ucapan itu diambil semula lalu meneliti setiap huruf itu.

'Yes..tak salah lagi. Ni memang tulisan dia. Pandai pula bagi-bagi hadiah ni semua. Tadi waktu aku nak balik bukan main sombong lagi.'

Syeril melemparkan senyuman manis. Telefon bimbitnya dicapai lalu menekan-nekan diskrin telefon.

"Terima kasih diatas pemberian ini. Terima kasih juga sebab doakan saya. Nanti saya balik bila dah dapat orang Kuching sebagai suami. Tunggu yer." Teks itu dihantar ke seseorang. Senyuman terukir dan terus melangkah mempersiapkan segala barangannya.

****************************************

Reza yang asyik menonton televisyen selepas seharian bekerja tersentak dengan bunyi telefon bimbitnya. Pantas menggapai lalu mata tertumpu pada skrin telefonnya. Matanya membutang saat melihat satu pesanan teks dari Syeril Dania.

Skrin telefon dileretnya, lalu setiap bibit kata diamatinya.

'Macam mana dia tahu aku yang bagi ni.? Dia kenal tulisan aku ker? hebat betul lah dia. Ehh..tapi ni macam sindir aku jer. Orang Kuching yang mana satu nak doraemon macam kau ni Cik Syeril oii.'

Satu tawa memecahkan ruang udara itu. Rasa terhibur dengan bait kata dari Syeril. Tubuh Syeril Dania bermain di kotak fikiran.

'Tapi cantik juga. Gebu jer. Aku yang bodoh.' Omel Reza sendiri.

********************************************

Anis kini sampai di kampung halamannya. Kampung yang telah hampir 3 tahun ditinggalkannya. Ada sedikit perbezaan kepulangannya kali ini. Namun suasana desa masih terasa.

Teksi yang dinaikinya kini memasuki halaman rumah. Kelihatan rupa rumah tempatnya membesar masih seperti dulu. Sofea yang tidur diriba ditenungnya. Dia harus kuat untuk bersemuka dengan ibu bapanya.

Setelah bayaran teksi diberikan, Anis memeluk erat tubuh kecil itu menuruni dari perut kereta. Teksi itu berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Anis menghampiri anak tangga rumah lalu berdiri betul-betul pintu rumah yang terkuak luas itu.

Kedengaran suara dicorong radio bergema. Ibunya seorang penggemar muzik sejak dulu lagi.

"Assalamualaikum..!!" tidak dijawab.

"Assalamualaikum....!!!"

"Waalaikumussalam..kejap yer. Abang tolong tengok siapa yang datang. Saya tengah masak ni." bunyi satu suara yang agak kuat itu.

"Ye lah.."

Lelaki lingkungan 60an itu bangun dari tempat duduknya di kerusi rotan itu lalu menuju ke arah pintu.

"Ya Allah..Zai...!! kau kesini sekarang. Betul ker apa yang aku nampak ni." kata Encik Yahya pada isterinya. Airmata mula berlinangan.

"Siapa abang? Pelik jer bunyinya." Puan Zainab mula menghampiri bersama senduk ditangannya.

"Anis kan tu..?" soal Encik Yahya lagi.

"Ya Allah..anak aku, Anis. Mari naik nak. Ya Allah..kau makbulkan doa kami ya Allah.." Menangis sepasang suami isteri itu teresak-esak.

Anis meniti anak tangga itu dengan penuh hati-hati. Takut jika tersungkur kerana Sofea masih didukungannya.

"Mak..!! Ayah..!! maafkan Anis. Anis banyak dosa dengan Mak Ayah." Giliran Anis pula meraung sekuat hati.

Senduk ditangan Puan Zainab dilepaskan. Menerpa ke arah Anis yang kini berdiri diberanda rumah itu. Encik Yahya turut sertai. Memeluk tubuh anak mereka yang sekian lama dirindui.

Sofea masih nyenyak tidur didakapannya. Sungguh tidak pernah dia menyangka bahawa ibu bapanya tiada menyimpan sedikit pun rasa benci terhadapnya meskipun dia lebih memilih untuk bersama Zaki suatu ketika dahulu.

"Jom naik. Ni cucu ayah yer. Mari sini ayah dukung dia masuk." Sofea diambil dari pelukan Anis oleh Encik Yahya.

Puan Zainab tersenyum riang melihat tubuh kecil itu. Diusap lembut kepala Sofea. Kini mereka melangkah memasuki rumah itu bersama titisan airmata.

Anis bersyukur masih diberi peluang untuk menemui keluarga tercinta. Melangkahkan kaki masuk ke dalam rumah itu.

Kelihatan sedikit perubahan perabot rumah. Beza dengan apa yang ditinggalkan dahulu. Anis menerawang segenap ruang itu dengan airmata yang masih membasahi pipinya.

*****************************************

Puan Sri Tania sedang asyik memasak makanan kegemaran Syeril. Rasa teruja saat diberitahu bahawa Syeril akan datang ke kampung itu menurutinya.

"Puan nak saya tolong ker? Nampak comot dah. Maklumlah dapur saya ni tak secantik dapur puan di sana tu." kata Mak Kiah pada majikannya itu.

"Ehh..tak apa. Saya boleh sediakan sendiri. Awak ni kan Kiah, saya okay lah disini. Selesa jer dapur awak ni. Tak ada yang buat saya kekok pun. Awak tolong tengok sudah. Saya dah nak siap masak ni." jawab Puan Sri Tania yang sedang membasuh sayur baru dipotongnya di sinki dapur tersebut.

"Ikut Puan lah. Rasa macam saya pulak majikan Puan. Naik segan saya." Mak Kiah tersenyum riang sambil melihat Puan Sri Tania yang sibuk dengan masakannya.

"Sekali-sekala apa salahnya jadi bos." pecah tawa mereka dengan kata-kata Puan Sri Tania.

Mak Kiah bersyukur kerana memperolehi majikan yang sangat baik hati dan sangat merendah diri itu. Selama dia bekerja hanya beberapa kali dia masakkan untuk santapan keluarga itu. Selebihnya, Puan Sri Tania yang masak untuk mengalas perut suami dan anak-anaknya.

Done update..hrap anda semua berpuas hati dengan chapter kali ni.. Hahaha..amyz busy tau..tapi untuk semua pembaca , Amyz sempatkan jua..hihihihi

Share this novel

Norita Yahya
2021-02-14 16:24:00 

lmt lg ke nk update

Norita Yahya
2021-02-14 16:23:59 

lmt lg ke nk update

Norita Yahya
2021-02-14 16:23:58 

lmt lg ke nk update


NovelPlus Premium

The best ads free experience