Bab 9 Lari

Drama Completed 144103

Keluar sahaja dari bilik Tan Sri Zainal, Syeril menerima satu panggilan telefon dari nombor yang tidak dikenalinya. Langkahnya terhenti. Tanpa was-was dia terus meleret punat hijau menerima masuk panggilan tersebut.

"Hello..!!. Boleh saya bercakap dengan Cik Syeril.? "

"Hello..!! Yer Syeril bercakap. Ni siapa yer ?.

" Saya nak minta Cik Syeril datang segera ke hospital sekarang. Puan Anis sedang menerima rawatan di hospital dipercayai ditikam dengan objek tajam."

"Ya Allah..baik. Saya kesana sekarang."

Panggilan ditamatkan. Syeril terus menaiki lif peribadi itu turun kebawah. Berjalan dengan pantas tanpa menghiraukan sesiapa pun yang sedang memerhatinya saat itu.

Masuk ke dalam bilik dan mengambil beg tangan serta kunci keretanya lalu berjalan keluar dari bilik itu. Menuju ke meja Suri untuk mengkhabarkan kepergiannya.

" Suri..!! Saya nak ke hospital sekejap. Awak tolong cancel kan meeting dengan Puan Ammara petang ni. Saya ada emergency call." arah Syeril.

" Baik Cik Syeril. Hati-hati memandu." Sempat suri memesan.

Ringan kakinya melangkah meninggalkan pejabat hotel itu. Wajah kecil Sofea muncul di ingatan.

***********************************

Puan Sri Tania mengambil keputusan untuk pulang ke kampung Mak kiah untuk beberapa hari setelah mendapat persetujuan daripada Tan Sri Zainal.

Berangkat lah majikan dan orang gaji itu dihantar oleh Pak Leman iaitu pemandu di rumah besar tersebut. Perjalanan yang agak panjang. Akan menempuh beberapa jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.

" Ni Syeril tak tahu saya ikut Mak kiah balik kampung. Kalau dia tahu mesti dia follow kita."

" itulah. Dia pernah cakap dia mahukan suasana kampung yang damai untuk lepaskan segala rasa hati." kata Mak kiah pula.

"Stress dengan kerja dan dunia sekeliling mungkin. Sekali sekala perlu juga minda tu diberi cuti umum."

Ketawa kecil mereka dalam kereta yang kini meluncur laju diatas jalan raya. Pak Leman sekadar tersenyum riang. Sememangnya dia jenis yang berat mulut. Banyak diam dari bercakap.

Pelbagai cerita mula dikongsikan. Dari hal peribadi hingga ke hal-hal duniawi. Dunia yang penuh dengan penipuan.

*************************************

Reza terkedu saat menerima satu pesanan teks dari kekasihnya. Apa yang diperkatakan oleh kekasihnya itu benar-benar membuatkan hatinya bertambah sakit.

' Setelah lama aku menyara hidup kau Tasya. Macam ni kau balas. Ada jantan lain kau tinggalkan aku. Atau ni kifarah untuk aku? Kau tunggu Tasya. Aku cari kau malam ni. Sewa rumah pun aku yang bayarkan tiap-tiap bulan. Ada hati nak putuskan hubungan.'

Reza merengus kecil diatas ketidak puasan hati. Wajah polos gadis yang menjadi kekasih hatinya saat ini bermain dikotak fikiran. Kenangan manis yang dilalui terimbas kembali.

Reza bangun dari duduknya apabila tiba-tiba teringatkan Syeril. Entah mengapa bayangan Syeril terus menghantui hidupnya. Pintu bilik dibuka dan menuju ke hadapan bilik Syeril.

Namun dia mendapati bahawa Syeril tiada didalam bilik itu. Meja Suri menjadi sasaran.

"mana bos kau? tak ada pun dalam bilik."

"Dia keluar. Jumpa Tengku Adam kot. Kenapa?." balas Suri selamba.

"Jumpa Tengku Adam ?. Dimana diorang jumpa?." Kemarahan terhadap kekasihnya belum reda, timbul pula hal yang menambahkan kemarahannya.

"mana saya tahu. Cik Syeril tak bagitahu pun dia nak jumpa dimana. Yang Cik Reza nak melenting ni apasal? bukan ada kena mengena dengan Cik Reza pun kan." Suri tetap mahu sakiti hati lelaki tersebut. Hiburan buatnya melihat Reza marah dan mengamuk. Rasa cemburunya itu jelas kelihatan.

Reza merengus perlahan. Melangkah pergi dari meja Suri dan masuk semula ke biliknya.

'Apa yang kau dah buat Syeril ? kenapa aku asyik ingatkan kau sedangkan aku dah ada kekasih hati. Kenapa hati ni selalu sakit bila aku tahu hubungan kau dengan Tengku Adam. Pedih sangat hati aku Syeril.' kata Syah Reza sendiri. Mundar mandir dia diruang biliknya itu.

*************************************

"Nurse..boleh saya tahu dimana Anis Farhana binti Abdul Rahman dirawat. Saya kawan dia. Dia tak ada family disini."

"Sekejap yer cik saya Check." Jururawat itu mencari maklumat di komputer.

" Puan Anis baru selesai membuat pembedahan kecil di bahagian pinggulnya. Sekarang dia dipindahkan ke unit rawatan rapi diaras 3. Cik boleh naik keatas untuk lawatan."

"Okay..terima kasih nurse." Syeril masih dengan tenang melangkah ke lif untuk naik ke aras 3. Namun hatinya tetap tidak tenteram selagi dia tidak mengetahui keadaan sebenar Anis dan Sofea.

Setibanya di aras tersebut, terus dia ke kaunter pertanyaan di aras itu. Seorang jururawat wanita menunjukkan bilik yang didiami oleh Anis.

Tertera nama Anis di muka pintu bilik. Bagaimana keadaan Anis dan dimana Sofea masih menjadi tanda tanya.

Kaki ligat melangkah masuk. Kelihatan Anis sedang tidur dengan tubuhnya sedikit mengiring. Syeril menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya dikerusi tersebut.

"Anis..aku ni Syeril. Bangun lah Anis. Aku nak tahu apa yang dah jadi dan dimana Sofea." Syeril memegang jawatan sahabatnya itu dengan penuh kelembutan. Jari jemari itu digenggam erat.

Anis terjaga dari tidurnya. Kepalanya dipusingkan ke arah Syeril. Secara spontan airmatanya terus mengalir deras.

"Kau okay Anis? Sofea mana?." soal Syeril pada Anis.

"Aku okay. Anak aku tak tahu dimana. Dia pun dirawat di hospital ni."

"Dirawat di hospital ni? Apa yang terjadi pada dia?. Kau cakap dengan aku Anis." Syeril sedikit terperanjat dan hilang kawalan.

"Dia pun dipukul Zaki Syeril. Aku cuba lindungi dia. Aku peluk dia. Tu yang Zaki tikam aku guna pisau dapur."

" Itulah kau. Aku dah cakap kan. Buat report tentang perangai Si Zaki tu. Tapi kau degil. Kau tengok apa yang dah jadi sekarang. Sofea jadi mangsa kan."

"Pihak hospital dah report pun. Kes ni sedang dalam siasatan polis. Zaki pun polis dah keluarkan waran tangkap. Harapan agar dia berubah dan perbaiki kesalahan dia. Aku nak berpisah Syeril. Dah tak sanggup. Aku hilang ibu bapa aku sebab ikut semua kata-kata dia. Aku dah penat berhutang. Aku nak Sofea menjalani kehidupan seharian yang sihat fizikal dan mental dia."

"Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Nanti dah sihat dan boleh discharge aku hantar kau balik kampung."

"Terima kasih sebab selalu tolong aku Syeril. Aku tak akan lupakan semua jasa-jasa kau." Tangan yang tadinya terpaut kini terlerai.

"Dah lah. kau rehat dulu. Nanti kita bincang pasal ni. Aku nak cari Sofea kejap. Kau tidur lah."

Anis sekadar mengangguk. Syeril bangun dan meninggalkannya sendirian di dalam bilik itu. Syeril keluar dan cuba mencari bilik yang menempatkan Sofea.

Kerisauan membelenggu diri. Sofea seorang bayi kecil yang masih tidak tahu erti kehidupan menjadi mangsa kebodohan orang tuanya. Tentu tercalit sedikit trauma buat bayi tersebut.

************************************

Reza keluar dari perkarangan hotel itu dengan penuh rasa marah dan ketidakpuasan hati. Kereta dipandu dengan laju sekali. Keselamatan diri kini bukanlah keutamaannya. Memandu menuju ke arah rumah yang disewa khas buat Tasya dibandar besar itu.

Sesampainya dia didepan halaman rumah teres itu, kelihatan rumah seperti sudah lama ditinggalkan. Helaian daun bertaburan di laman rumah tersebut. Pintu kereta dibuka dan dia keluar dari perut kereta itu.

"Assalamualaikum..kak. Boleh saya tanya kemana penghuni rumah ni yer?." Soal Reza pada seorang wanita yang sedang mengangkat pakaian diampaian sebelah rumah itu.

"Waalaikumussalam..Cari Cik Tasya ker? Dia dah ikut suami dia berpindah ke Kuantan dua minggu lepas. Cik ni siapa?."

Perkhabaran itu membuatkan Reza terdiam seribu bahasa. Bagai terkena satu tamparan hebat saat ini. Sungguh cintanya dikhianati. Tasya tinggalkan dia dan sudah mendirikan rumah tangga dengan insan lain.

"Saya kawan dia. Tak apa lah kak. Terima kasih sebab bagitahu ni. Saya minta diri dulu."

Reza masuk semula ke dalam perut kereta. Penumbuknya kini bertalu-talu singgah di stereng kereta itu. Sememangnya sakit, namun rasa didalam hati lebih sakit berbanding sakitnya penumbuk kesan penumbukkan itu.

Suis kereta dihidupkan semula. Reza memandu kereta miliknya menuju ke arah jalan keluar dari perumahan itu.

Memandulah dia didalam keadaan yang kacau bilau. Nombor Tasya cuba didail berkali-kali. Namun tidak dapat disambungkan. Telefon bimbitnya dilemparkan ke tenpat duduk penumpang. Sungguh rasa terkilan hatinya saat ini.

Alhamdulillah.. syukur kehadrat Illahi kerana masih berkesempatan untuk update new chapter untuk karya ini. Tolong jangan berhenti menyokong karya-karya Amyz ye.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience