Bab 43 Zip

Drama Completed 144103

Majlis melabuhkan tirainya. Kini hanya tinggal keluarga terdekat sahaja yang tinggal. Semua juadah cukup buat para tetamu yang hadir. Tan Sri Zainal dan Puan Sri Tania adalah orang yang paling bahagia saat ini. Majlis yang dirancang berjalan lancar.

"Kereta ada di mana ni? Nak balik la. Syeril penat. Nak balik tanggalkan pakaian ni cepat-cepat. Panas lah Mama." rengek Syeril Dania.

"Ehh..papa tak bagitahu Syeril ker?." soal Puan Sri Tania hairan.

"Beritahu apa?." soalan diajukan buat Puan Sri Tania semula.

"Pasal malam pertama pengantin baru. Papa dah minta staff sediakan bilik khas untuk pasangan pengantin. Jadi, malam ni kamu berdua akan bermalam di sini. Bila rasa nak balik, call je driver datang ambil. Rehat puas-puas." jelas Puan Sri Tania.

"Serious lah Mama..!!! bermalam kat sini? Syeril tak bawa baju lah." rengek Syeril lagi.

"Itupun semua dah disediakan. Sila naik ke atas untuk istirehat wahai raja sehari. Ajaklah suami tu naik rehat." Usik Puan Sri Tania.

"Ada-ada je papa ni. Selalu tau buat macam ni. Segan lah Syeril. Tak kan Syeril pula yang nak ajak Reza ke bilik. Malulah Syeril Mama."

"Nak malu apanya. Dah jadi suami isteri pun. Pergilah ajak Reza naik ke bilik. Mertua kamu pun dah naik rasanya. Mereka pun papa bagi bilik khas juga. Esok pagi baru mertua kamu bertolak balik."

"Ohh..ye ker? Okaylah.. Syeril cari Reza kejap. Tadi ada je kat sini. Entah kemana pula dia pergi."

Puan Sri Tania sekadar menggelengkan kepalanya. Syeril Dania sudah ligat mencari suaminya yang hilang entah ke mana.

"Kan sini pun awak. Ingatkan kemana lah tadi." tegur Syeril. Reza sedang berbual dengan salah seorang staff hotel itu.

"Baru je saya menghilangkan diri. Awak dah rindu ye?."

"Tak ada maknanya rindu. Sekarang saya nak tanya awak. Awak mesti tahu pasal bilik khas malam ni kan? Mesti semua ni plan awak kan?." soal Syeril tidak berpuas hati.

"Plan apa pula ni sayang? Bilik khas apa pula. Kita akan bermalam dirumah papa kan?." soal Reza dengan serius.

"Maknanya awak betul-betul tak tahu lah pasal bilik khas tu?."Soal Syeril lagi.

"Tak, saya tak tahu. Bilik apa sayang?."

"Papa sediakan bilik untuk kita bermalam di sini. Maknanya kita tak balik. Saya tak bawa baju lah. Skin care saya semua tak bawa."

"Ohh..iye ker? Tak apalah. kita bermalam je dulu. Esok kita balik rumah okay. Jom naik ke bilik kalau macam tu. Saya nak solat." ajak Reza.

"Sekarang?? malu lah saya. Ada lagi tu tetamu." Syeril menarik lengan suaminya.

"Tu semua yang dari pagi dah ada disini. Kita dah jumpa kan tadi. Majlis pun dah habis." jelas Reza lagi.

"Hmm..jom lah. Saya pun dah penat."

"Naik mandi, rehat dulu. Lepas tu solat maghrib dan isya'. Then tidur ye sayang. Pukul 12 saya gerak awak semula."

"Gerak saya? pukul 12? untuk apa?. Macam tak ada hari esok kan." rengek Syeril lagi. Jantungnya tiba-tiba bergetar kuat.

"Benda baik. Tak elok tangguh-tangguhkan." jelas Reza yang kini selamba berjalan sambil diapit isterinya.

'Biar betul laki aku ni? Tak penat ker dia? Seharian kot layan tetamu bagai. Tak kan malam ni juga dia nak kerjakan aku? Ish..seram pula aku.' kata Syeril dalam hati.

'Saya dah lama tunggu saat-saat ni. Awak boleh pula tanya macam tu. Awak dah sah jadi isteri saya. Saya ada hak keatas awak.' Reza pula berkata-kata didalam hati.

******************************

"Abang !! Berkenan saya dengan gadis tu tadi. Padan sangat dengan Syawal kan? Manis orangnya. Berbudi bahasa dan sopan budaknya." puji Puan Sri Tania. Mereka kini menanti pemandu peribadi menjemput mereka diperkarangan lobi hotel itu.

"Saya pun berkenan juga. Tapi awak rasa Syawal nak ke kalau kita jodohkan dalam masa terdekat ni. Dah boleh lupakan arwah kekasih dia ker?."

"Kalau abang nak tahu, arwah dan gadis tadi tu kembar. Haisya Sumayyah dan Haisya Safiyyah. Yang dah meninggal tu Sumayyah. Kalau kita nak jodohkan pun mesti Syawal Danish suka." Jelas Puan Sri Tania. Kereta yang ditunggu kini tiba. Setelah pintu kereta dibuka, masuklah sepasang suami isteri itu yang masih dalam perbincangan.

"Ohh..betul ker? Kalau macam tu, elok sangat lah. Bulan depan kita ke rumah keluarga dia. Ikat tali pertunangan dulu."

"Kena tanya tuan badan dulu abang. Manalah tahu, masing-masing belum bersedia."

"ye lah..awak uruskan lah bab tu. Okay..boleh jalan sekarang. Kita balik terus ke rumah ye." Arah Tan Sri Zainal pada pemandu peribadinya.

"Baiklah Tan Sri."

*********************************

Berkali-kali Syeril cuba membuka zip busana pengantinnya. Namun agak rumit apabila rambutnya memasuki ke celah-celah zip tersebut. Reza menghampiri isterinya. Lalu zip dipegang.

"Dah susah nak buka. Tapi tak nak minta tolong." Sindir Reza.

"Malas nak susahkan awak. Saya ingat saya boleh buka sendiri. Rambut pula terlekat di zip tu." jelas Syeril mengalah.

"Tak susahkan pun kalau nak buka pakaian awak. Lagi suka ada lah."

Sekali lagi bulu roma Syeril merinding. Reza tersenyum riang apabila melihat wajah cuak isterinya dicermin.

"Buka kan zip je. Yang lain saya boleh tanggalkan sendiri."

"Hmm... baiklah Puan Syeril Dania." Reza cuba mengalah kali ini. Peluangnya masih banyak. Untuk mengalah kali ini tiada masalahnya.

Setelah zip dibuka. Syeril bertindak memusingkan tubuhnya. Tidak mahu Reza melakukan lebih dari itu. Sememangnya dia belum bersedia sepenuhnya.

"Awak ni takut sangat kenapa? Saya suami awak sayang. Dah pergi mandi. Kejap lagi kita solat sama-sama."

"Okay..awak tunggulah di sofa sana tu. Saya segan lah." arah Syeril lagi sambil menunjukkan ke arah sofa berhampiran.

"Ye..saya tunggu disana." Reza turutkan sahaja permintaan isterinya itu.

Syeril mencapai tuala mandinya. Lalu terus masuk ke dalam kamar mandi itu. Busana pengantin sudah ditanggalkan.

Beberapa minit kemudian..

'Lamanya dia mandi. Dia buat apa dalam bilik air tu?.'


" Zapp..!!."

Pintu kamar mandi itu tiba-tiba dibuka. Reza mengelengkan kepalanya.

Syeril menghampiri almari pakaian yang terletak di sisi kanan bilik hotel tersebut. Tubuhnya kini hanya dibaluti oleh tuala mandi.

'Dua pasang je baju. Ni mesti baju untuk balik esok. Dan ni baju tidur. Ish..seksanya tengok. Ni kalau suami aku tengok, tak jadi tidur malam ni. Aduhh...macam mana ni.'

"Kenapa sayang? Macam resah je." soal Reza yang memerhati dari jauh.

"Diamlah awak. Saya okay lah."

'Saya dah tengok lah baju awak. Mesti awak tak nak pakai kan baju tu? Tapi awak tak ada pilihan lain.' Ketawa berdekah-dekah Reza dalam hati.

'Pakai je lah. Harap-harap dia tak tergugat. Lepas pakai baju ni, terus sarung telekung je.' Cadang Syeril dalam hati.

Tggu new update untuk BJM pula ye.. kihkihkih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience