Bab 39 Kongsi Pelamin

Drama Completed 144103

"Tak masuk akal lah. Dia pun dah lama kahwin. Reza last jumpa dia waktu sebelum berbaik dengan Syeril lagi ibu." Reza merengus kasar.

"Habis tu apa kamu terangkan di balai polis tadi sampai dia lepaskan kau macam tu je?." soal Encik Habib.

"Reza jelaskan apa yang perlu dijelaskan. Reza akan terus beri kerjasama. Sekarang kita kena cari suami Tasya. Dia jer boleh bantu Reza sekarang."

"Kamu kenal ker dengan suami dia? nak cari dekat mana?." Soal Puan Aisyah pula.

"Reza akan usahakan. Sekarang perempuan tak guna tu pun entah kemana menghilangkan diri. Reza harus selesaikan sebelum bernikah. Reza tak nak keluarga Syeril tahu."

"Tak payah cari aku. Aku yang datang cari kau. Kau Reza kan?. Mangsa Tasya seterusnya." mencelah satu suara yang baru sahaja memasuki ruang tamu rumah itu melalui pintu utama.

"Kau siapa? tak reti nak bagi salam ker?." tengking Reza dengan sedikit terperanjat. Seorang lelaki berbadan agak berisi berkulit putih.

"Dah bagi salam tadi. Tapi tak ada siapa pun sahut." jelas lelaki itu lagi.

"Kamu ni siapa?." soal Encik Habib hairan dengan kemunculan lelaki aneh itu. Puan Aisyah bangun dari duduknya lalu mengambil tempat di belakang dudukan Encik Habib.

"Saya Zack. Suami Tasya dan bapa kepada baby yang dia buang disini tu."

"Ohh.. baguslah kau datang. Tak perlu aku susahkan diri cari kau." Reza memeluk tubuh dengan hati sedikit lega.

"Duduklah..kita bincang dulu." pelawa Encik Habib. Zack terus mengambil tempat lalu melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu itu.

"Jadi, anak tu memang anak kau kan? Apa yang Tasya nak sebenarnya? tak habis-habis ganggu hidup aku." Reza mula menyoal Zack.

"Tasya dah buat silap besar dengan aku. Dia bunuh mak aku. Dia racun mak aku dengan meletakkan racun dalam makanan. Mak aku dah lama lumpuh. Akhirnya mak aku meninggal dua bulan lepas. Hasil bedah siasat memang sah mak aku diracun. Aku jumpa racun tu dalam almari solek Tasya." jelas Zack dengan merenung ke lantai sambil tangan digenggam erat.

"Astaghfirullahal'azim..apa nak jadi dengan Tasya tu? Patutlah dia sanggup buang anak sendiri." Puan Aisyah mengucap panjang. Encik Habib menggelengkan kepalanya.

"Aku dah lama jadi mangsa dia Zack. Habis semua gaji aku dia control dulu. Rumah aku belikan, kereta pun aku bayarkan. Makan minum, barang keperluan diri dia semua aku tanggung. Akhir sekali aku pergi ke rumah tu, rumah tu kosong. Semua habis diangkutnya. Jiran sebelah tu yang bagitahu aku dia dah kahwin." jelas Reza jujur. Puan Aisyah terus berubah wajah. Begitu juga dengan Encik Habib.

"Aku datang sini pun nak beri kerjasama dengan kau. Aku akan ke balai polis untuk membuat pengakuan anak tu anak aku. Buku perkembangan kehamilan pun ada dengan aku. Aku akan ambil anak tu dan jaga sendiri. Aku dah ceraikan Tasya." jelas Zack lagi.

"Baguslah macam tu. Lega hati uncle dengar. Reza pun akan tamatkan zaman bujang dia tak lama lagi. Kalau boleh uncle tak nak perkara ni sampai di telinga Tan Sri Zainal." Encik Habib sekadar tersenyum dengan tenang.

"Cepatlah ke balai polis. Anak tu pun mereka dah ambil dari kami untuk siasatan. Selesaikan semuanya cepat. Kesian bayi tu. Err..Aunty ada satu permintaan sebenarnya..boleh ker Zack?."

"Apa tu aunty?." soal Zack hairan.

"Aunty nak berikan nama untuk bayi tu. Syifa Humaira. Nama tu dah lama Aunty simpan. Harapkan anak perempuan. Tapi tak ada rezeki.."

"Nak anak perempuan ker? Sekarang pun boleh lagi. Kena usaha kuat sikit lah." Encik Habib sempat bergurau senda. Semua melepaskan tawa.

"Ishh... buruknya kalau ibu mengandung lagi. Reza dah nak masuk 30 tahun ibu. Tunggu cucu jer lah." Reza memuncungkan bibirnya. Puan Aisyah tersimpul malu dengan usikan Encik Habib.

"Insyaallah Aunty.. sedap nama tu. Saya nak ke balai polis dulu. Sekarang pun Tasya memang sedang diburu. Kes kematian mak saya tu pihak hospital dah buat report. Kes ni dah agak lama dalam siasatan. Tapi sampai sekarang masih belum jumpa Tasya. Entah kemana dia bawa diri."

"Pergilah..kami doakan semoga urusan kamu dipermudahkan. Nanti jangan segan-segan bawa Syifa datang sini." Encik Habib berkata.

Setelah meminta diri untuk ke balai polis, Zack beredar pergi diikuti oleh Reza. Mereka harus selesaikan isu ini sebelum heboh dan sampai di telinga keluarga Tan Sri Zainal. Syeril tidak perlu tahu kerana ini boleh menjejaskan proses pernikahan mereka nanti. Sebaiknya perkara ini diselesaikan secara senyap.

********************************

Syeril baru sahaja selesai membersihkan diri. Namun tingkah laku Reza yang kelam-kabut pulang ketika mereka baru sahaja menikmati makan malam sebentar tadi menjadi tanda tanya.

'Kenapa awak tergesa-gesa balik tadi? Saya tahu awak dalam masalah. Susah sangat awak nak ceritakan masalah awak pada saya kan?.'

"Apa yang membebel sorang-sorang tu? Berangan pakai gaun putih melewati bunga-bunga segar yang berbau sangat harum lah tu kan?." Sindir Syawal Danish yang tiba-tiba memasuki bilik itu tanpa kebenaran.

"Ishh..terkejut akak tau. Bila balik ni? Tak tahu pun?." Soal Syeril dengan sedikit berdebar dek terperanjat sebentar tadi.

"Dalam dua jam yang lepas. Akak tak ada dirumah." Jelas Syawal Danish sambil menelentangkan tubuhnya di atas katil milik Syeril.

"Akak keluar tadi. Fitting baju." jelas Syeril sambil mengeringkan rambutnya.

"Akak..adik ada benda nak cakap ni." Kata Syawal Danish sambil menoleh melihat ke arah Syeril.

"Apa?."

"Adik rasa macam nak tamatkan juga zaman bujang adik. Nak kahwin juga."

"Apa yang adik merepek ni? Study pun tak habis lagi tau. Ingat senang ke nak kahwin ni Syawal Danish. Besar tanggungjawabnya. Perjalanan adik masih jauh. Capai dulu cita-cita tu."

"Adik terlalu sayangkan dia. Hati adik tenang bila ada dengan dia. Dia seorang perempuan muslimah yang sangat merendah diri. Mana nak cari gadis macam tu zaman sekarang Akak?."

"ahh..sudah adik aku dah angau teruk ni."

"Adik serius lah akak. Adik betul-betul nak kan dia. Nak halalkan dia."

"Susahlah nak cakap. Sebab adik masih study. Tunggulah sampai habis study tu. Dah sem terakhir kan?."

"Sebab tulah adik nak halalkan dia. Sebab dah sem terakhir. Bila graduate dah ada isteri." Jelas Syawal Danish lagi bagi memujuk kakaknya bersetuju dengan keputusannya untuk bernikah.

"Ishh..peninglah akak macam ni. Adik cakap sendiri dengan papa and mama. Akak tak nak masuk campur. Hal pernikahan akak pun baru 30% complete tau. Jauh lagi perjalanan."

"Akak tolong lah adik. Mama and papa mesti setuju kalau akak yang bagitahu." Syawal Danish mula merengek meminta simpati kakaknya.

"Dalam hal ni akak tak boleh tolong. Danish kena usaha sendiri. Awak lelaki kan? sepatutnya lebih berani."

"Ala..akak ni. Adik bukan tak berani. Cuma segan la nak bagitahu." Syawal Danish bangun dari pembaringannya lalu bersandar di kepala katil itu.

"Tunggulah sampai segan tu hilang. Nanti sekali dengan dia hilang." Usik Syeril lagi dengan jerlingan tajam buat adiknya itu.

"Malas lah bincang dengan akak. Ada jer benda dia nak sakitkan hati orang." Syawal Danish menjuihkan bibirnya lalu turun dari katil itu menuju ke pintu bilik tersebut.

"Bertambah hodoh bila merajuk tahu tak Syawal Danish ?. Buruk sangat." usikan itu membuatkan Syawal Danish semakin panas.

"Bla..bla..bla..!!!"

Syeril melepaskan tawa kecil dengan tekupan tangan ke mulutnya. Rasa sedikit terhibur dengan gelagat satu-satu adiknya itu.

Selamat Hari raya Maaf Zahir dan Batin dari Amyz. . Semoga tabah mengharungi PKP fasa 3.0..kihkihkih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience