Bab 15 Suasana Kampung

Drama Completed 144103

Syeril tiba di kampung halaman Mak Kiah tepat pada masanya. Suri yang nyenyak tidur dibuai mimpi dikejutkan.

"Hoi...!! membuta jer kerja kau kan? dah..bangun Cik Suri oii..!! lap air liur yang meleleh tu." Tubuh Suri digoncangkan. Suri mula membuka matanya.

"Dah sampai Kuching yer?." soal Suri yang kini menggosok-gosok matanya.

"Kuching apa bendanya? Ni kampung Mak Kiah. Kau ni kan Suri. Tak kan nak ke Kuching naik kereta comel aku ni jer. Kereta aku mana ada sayap." Syeril menggapai telefon bimbit serta beg tangannya lalu pintu kereta dibuka.

Suri turut mengikuti jejak langkah majikannya. Keluar sahaja dari perut kereta itu, Suri mengeliat menegangkan urat-uratnya. Lenguh terasa setelah beberapa jam didalam kereta menempuhi perjalanan berbatu-batu.

"Puan..!! Cik Syeril dah sampai tu. Cepat Puan." panggil Mak Kiah. Puan Sri Tania yang keluar dari bilik itu berjalan tergesa-gesa ke arah pintu rumah itu. Manakala Mak Kiah pula tercegat di jendela rumah.

"Assalamualaikum..!!" Syeril memberi salam.

"Waalaikumussalam..!! naiklah Cik Syeril. Buat macam rumah sendiri." kata Mak Kiah dengan senyuman.

"Naiklah.. Syeril, Suri. Ni dah makan ker belum?" soal Puan Sri Tania pada kedua-dua gadis itu.

"Belum mama. Kami singgah R&R untuk solat and membuang hajat jer." jawab Syeril jujur. Ketawa kecil mereka semua.

Syeril dan Suri bersalaman dengan kedua-dua wanita itu. Lalu melabuhkan punggung dikerusi ruang tamu serba kemas itu.

"Bestnya kampung Mak Kiah. Rasa nan duduk sini terus." Suri yang duduk di kerusi itu melihat sekeliling kawasan melalui jendela yang berkuak itu.

"Nanti boleh datang lagi. Puan Sri Tania pun dah jadi orang sini." balas Mak Kiah.

"Nanti musim buah lagi seronok lah. Mama beli tanah dihujung kampung ni. Ada rumah dan dusun buah-buahan." jelas Puan Sri Tania riang.

"Betul ker ni mama? Papa tahu tak ni?." soal Syeril tidak percaya.

"Betul lah. Papa dah tahu. Dia yang uruskan soal jual beli ni." jawab Puan Sri Tania jujur.

"Wah..!! sekampung dengan Mak Kiah la sekarang yer?." Syeril gembira dengan perkhabaran itu. Suri turut tersenyum bahagia.

"Puan Sri tu dah jatuh cinta dengan keindahan kampung ni. Tiba-tiba ada orang nak jual tanah sekali dengan rumah sebab diorang nak pindah ke bandar. Terus disambar Puan Sri." jelas Mak Kiah yang tercegat berdiri berhadapan dengan mereka.

"Untung kan Puan Sri. Beli rumah sekali dengan dusun." Giliran Suri pula berkata.

"Jom ke dapur kita makan dulu." ajak Mak Kiah.

Puan Sri Tania bangun dan diikuti oleh dua gadis itu. Menuju ke dapur dan menghidangkan pelbagai jenis masakan enak ke atas meja makan. Suri tidak henti-henti memuji semua yang dilihatnya. Teruja sekali kerana ini kali pertama dia merasa suasana kampung. Suri adalah orang berkerakyatan Singapura dan menetap di Johor hampir berbelas tahun.

Mereka menikmati makanan yang terhidang itu dengan penuh berselera. Bertemankan siulan burung keriuhan bersama deruan angin bertiup lembut memasuki pintu dapur. Kelihatan dari jauh sawah padi yang terbentang luas.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Tengku Adam menyedut puting rokok yang terselit dijarinya. Berdiri di balkoni hotel tersebut dengan beberapa perkara yang sedang difikirkan. Pastinya mengenai Syeril Dania. Gadis pujaan hati sejak zaman kolej.

Tiba-tiba dia sedikit terperanjat apabila satu lingkaran tangan memeluk dari belakang. Pantas dia menoleh.

"Syeril sayang..!!"

"Siapa Syeril ? You ni kan. I Suzi lah. Ada lagi perempuan lain yang lebih tip top layan you dari I ker?" rengek Suzi yang kini mukanya disandarkan pada sebidang dada yang tidak berbaju itu.

"You memang dah tip top. Syeril Dania cinta hati I. You pula pemuas nafsu yang tidak pernah menjemukan." Puting rokok yang terselit dijarinya itu di penyekkan hingga baranya terpadam dilantai.

Jari Tengku Adam mula berlegar di sekitar tubuh itu. Suzi turut memulakan aksi panasnya. Langsung Tengku Adam merangkul pinggang itu ke arah katil. Suzi menarik Tengku Adam terlentang di atas katil. Tali pinggang yang melingkari pinggang lelaki itu dilonggarkan.

Tengku Adam membiarkan sahaja Suzi melakukan kerjanya. Masing-masing melayani nafsu serakah dengan penuh ghairah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Anis hari ini menerima panggilan daripada peguam yang dilantik khas oleh Syeril untuknya. Zaki sudahpun ditahan pihak polis beberapa hari lepas.

Sofea sepertinya sudah mula menunjukkan rasa gembira disamping datuk dan neneknya. Tidak pernah dia menyangka bahawa perhubungan antara dia dan Zaki akan sebegini rupa dipengakhirannya.

"Sudah lah Anis. Usah fikirkan sangat. Kamu dan Sofea selamat disini. Mak dan Ayah akan bantu kamu selagi kami masih ada." tegur Encik Yahya yang kini melabuhkan punggungnya di sebelah Anis.

"Anis menyesal Ayah. Kalau lah Anis dengar cakap Mak dan Ayah dulu pasti semua ni tak akan berlaku." airmata mula berlinangan didalam kelopak mata itu.

"Ayah dah maafkan Anis. Yang sudah tu biarkan berlalu. Anis mulakan hidup baru." Luah hati tua itu. Rasa syukur tidak henti menyinggah dihati. Kepulangan Anis benar-benar keajaiban buat mereka.

"Cuma sekarang Anis kena cari kerja. Nak beli keperluan Sofea. Susu dia, pampers dan minum pakai dia semua." jelas Anis.

"Pagi tadi Ayah ke warung kawan satu sekolah kamu si Rita depan tu. Dia memang nak pakai pembantu. Pekerja lamanya cuti bersalin. Kamu boleh ker kerja di warung tu?."

"Rita ada warung ? bukankah dia kerja hebat ker dulu di pekan?." soal Anis kehairanan.

"Dah berhenti lepas suaminya meninggal setahun lepas. Balik duduk dikampung dengan mak dia." Jelas Encik Yahya lagi.

"Innalillah..Anis tak tahu pula. Tak apalah. Petang-petang nanti Anis ke rumah dia." Anis melemparkan senyuman buat bapanya.

"Ayah nak keluar kejap. Nak ke rumah Tok Haji Ahmad. Ada mesyuarat jawatankuasa kampung sikit." Encik Yahya bangun dari duduknya. Anis sekadar mengangguk. Encik Yahya berlalu pergi meninggalkan dia sendirian. Sofea sedang ditidurkan oleh Puan Zainab di dalam bilik.

Sejak pulang ke kampung itu, dia asyik merapkan neneknya sahaja. Meskipun baru pertama kali bersua muka namun keakraban mereka seakan-akan sering bertemu sebelum ini.

Maaf atas kelewatan update. Amyz mengalami masalah teknikal sikit. Terima kasih pada yang mendoakan serta memberi kata-kata semangat ..semoga terhibur..• _<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience