Bab 26 Diet

Drama Completed 144103

Suasana di meja makan itu agak riuh dek kerana Reza yang tidak henti-henti berkata-kata. Pelbagai isu dibangkitkan. Puan Sri Tania juga tidak henti-henti bertanyakan tentang latar belakang Reza. Syeril mula naik menyampah. Dia asyik dengan suapan demi suapan.

"Reza dah ada girlfriend ker?." soal Puan Sri Tania.

Reza tersedak dan terbatuk-batuk saat soalan itu diajukan kepadanya. Sudu dan garfu diletakkan ke dalam pinggan lalu meneguk air untuk hilangkan kesedakkan itu.

"Banyak ma. Banyak sangat. Reza ni kaki perempuan tau mama." Syeril mula mencelah.

"Ehh... mana ada. Saya ada suka pada seseorang ni. Tapi tak dilayannya. Saya ni setia orangnya." balas Reza untuk mempertahankan dirinya. Syeril benar-benar menduganya kali ini.

"Kamu ni Syeril. Kesian Reza kamu bergurau macam itu. Beriya dia pertahankan diri dia." kata Puan Sri Tania seakan-akan menyindir Reza.

'Aii...macam perli aku jer Puan Sri Tania ni. Aku setia lah. Orang jer yang tak setia dengan aku.' Kata Reza dalam hati. Wajah Syeril direnungnya. Sungguh manis wajah itu. Sejuk mata memandang. Hati tenang dan damai.

"Reza..!! Reza..!!."

panggil Puan Sri Tania saat melihat Reza asyik dengan renungannya pada Syeril. Syeril jadi tidak keruan dengan tatapan itu.

"Ehh...yer Puan Sri." jawab Reza dengan sedikit rasa malu. Dia kembali menyuap makanan ke dalam mulutnya untuk hilangkan gugupnya lalu memandang ke arah Puan Sri Tania yang sebentar tadi menyeru namanya.

"Tambah lah lagi. Ni saya yang masak. Saya memang hari-hari akan masak untuk family saya makan air tangan saya sendiri." jelas Puan Sri Tania dengan senyuman manisnya. Syeril turut mengukir senyuman.

"Wah..!! bestnya kalau hari-hari macam ni. Sedap Puan Sri masak. Cukup rasa semuanya." kata-kata pujian buat Puan Sri Tania dari Syah Reza.

"Kalau nak makan hari-hari kena jadi menantu saya lah." usikan itu membuatkan Syeril berhenti mengunyah makanan di dalam mulutnya. Puan Sri Tania memandang ke arah Syeril lalu melemparkan senyuman. Reza tersenyum bahagia.

Suasana menjadi sepi seketika. Semua terus menikmati makan malam itu dengan sedikit jangkal. Puan Sri Tania sememangnya sangat berkenan dengan Reza untuk dibuat menantu. Namun, Syeril seakan-akan tidak berminat untuk mendekati Syah Reza lagi.

******************************

Keesokan harinya....

Hari yang dinantikan Suri tiba. Mereka menerima kedatangan keluarga Irfan untuk mengikat tali pertunangan. Hubungan itu sudahpun direstui oleh kedua-dua belah pihak.

Dia pulang dari Kuching ke kampung dua hari yang lepas setelah mendapat kebenaran bercuti oleh pihak hotel. Majlis yang dibuat serba ringkas dan hanya melibatkan ibu dan ayahnya sahaja. Berita pertunangan ini tidak diwar-warkan oleh mereka atas permintaan Irfan sendiri.

Dia hanya mahu majlis ini hanya melibatkan kedua-dua orang tua mereka. Suri hanya mengenakan sepasang baju kurung Pahang beserta selendang yang dililit cantik di kepala.

"Suri...dah siap ker?. Tolong mak potong agar-agar ni. Kejap lagi diorang sampai tak kalut sangat kita." arah Puan Esah.

"Dah mak..yer Suri keluar ni." Suri pun keluar dari bilik itu setelah dirinya kemas didandan. Kakinya melangkah terus ke dapur untuk membantu Puan Esah menyiapkan juadah untuk tetamu yang bakal tiba.

"Ha..datang pun. Air kamu dah buatkan tadi. Tinggal agar-agar tu jer tak potong lagi. Mee kari semua mak dah letakkan dalam tupperware. Senang nak ciduk. Kamu bawa ke ruang tamu dan susun di meja sahaja." kata Puan Esah lagi.

"Baiklah mak. Kejap lagi Suri bawa naik atas."

Mereka saling bantu membantu untuk menghidangkan semua juadah yang disediakan. Tidak lama kemudian kedengaran deruman enjin kereta memasuki halaman rumah itu. Puan Esah dan Encik Daud menanti di muka pintu. Manakala Suri memasuki kedalam biliknya.

"Assalamualaikum..!!" seru satu suara lelaki bernama Encik Karim iaitu bapa kepada Irfan.

"Waalaikumussalam..!! Jemput masuk. Kita bincang di dalam." Pelawa Encik Daud pada sepasang suami isteri itu yang hadir bersama dulang cincin itu.

Mereka pun masuk ke dalam rumah itu disambut oleh Puan Esah dan Encik Daud. Suri hanya curi-curi dengar perbualan antara kedua-dua belah keluarga itu.

"Allahuakbar..ni Esah binti Muhamad kan?."sapa ibu kepada Irfan iaitu Paun Maimun.

"Yer saya Esah. Kenal saya ker? Maaf saya tak perasan." jawab Puan Esah lalu menghulurkan tangan bersalaman.

"Saya Maimun anak Pak Ngah Harun. Sepupu lah kita ni. Allahuakbar..lamanya tak jumpa." berkata Puan Maimun menyambut huluran tangan itu dengan perasaan teruja.

"Allahuakbar..Maimun..!! Maafkan saya. Tak perasan sangat. Allah temukan kita semula dengan cara macam ni. Allahuakbar..kamu masih ingat rupa saya yer." mereka saling berpelukan sambil menitiskan airmata.

Rasa terharu saat dipertemukan semula setelah sekian lama terputus hubungan selepas Encik Harun membawa diri atas selisih faham suatu ketika dahulu.Manakala Encik Daud dan Encik Karim masih tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku didepan mata mereka kini. Mereka melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamu itu.

"Macam mana boleh lupa. Parut di pipi tu saya yang buat terkena tin susu panas masa main pondok-pondok masa kecil dulu." ketawa besar mereka diruang itu. Suri didalam bilik bingung mendengar apa yang sedang dibualkan.

"Suri..keluar nak. Tengok siapa yang datang ni." jerit Puan Esah memanggil Suri keluar dari biliknya.

'Bukan family Irfan ker? siapa pula yang datang ni?.' omel Suri sendiri sambil berjalan keluar dari bilik itu.

"mari sini mak kenalkan pada kamu. Ni bakal ibu mertua kamu. Ni juga sepupu mak. Kami dah lama tak jumpa. Allah temukan kami dengan cara ini." jelas Puan Esah pada anaknya itu.

"Cantiknya Suri. Manis orangnya." kata Puan Maimun sambil menyambut huluran tangan dari Suri.

"Alhamdulillah..bertemu semula mak dan.." Suri tertanya-tanya apakah gelaran untuknya panggil pada Puan Maimun itu.

"Panggil saja ibu. Kira jadi lah senang. Saya setuju berapa pun nilai hantaran dan mas kahwinnya." Puan Maimun menerima Suri dengan seikhlas hati. Sungguh hatinya gembira saat bertemu semula dengan saudaranya yang sudah lama terputus hubungan.

Suri yang agak kekok itu sekadar tersenyum riang. Sungguh doanya dimakbulkan. Allah permudahkan segala urusannya dan Irfan untuk membina sebuah masjid.

*********************************

Reza tidak dapat keluar makan tengahari gara-gara banyak timbunan kerja yang perlu diselesaikan. Maka terpaksalah dia mengikat perutnya terlebih dahulu untuk mempersiapkan semua kerjanya itu.

Syeril juga agak sibuk. Justeru itu dia hanya menyuruh Zalikha untuk bungkuskan sahaja makanan buatnya.

"Cik Syeril..ni makanan yang Cik Syeril minta. Nasi suku, ikan bakar dan sayur tanpa minyak." Zalikha yang memasuki bilik itu menyerahkan bungkusan nasi pada Syeril.

"Terima kasih Zalikha. Awak boleh keluar." arah Syeril yang masih asyik dengan kerjanya.

"Cik Reza pun tak keluar lunch. Sibuk agaknya. Biasalah hujung bulan." Zalikha sekadar menyampaikan maklumat tentang Reza.

"Tak lunch? Awak ambil nasi ni beri pada Reza. " arah Syeril lembut. Dia mula bersandar di kerusi miliknya.

"betul ker ni Cik Syeril? Nasi ni untuk Cik Syeril." soal Zalikha lagi.

"Tak apa. Awak bagi jer pada dia. Nanti pengsan saya juga susah. Nak angkut ke hospital lah..itu lah..ini lah.." leter Syeril dengan reaksi spontannya.

"Baiklah Cik Syeril. Saya beri pada Cik Reza." Zalikha mencapai bungkusan nasi itu keluar dari pejabat Syeril. Syeril kembali tegakkan tubuhnya dan kembali fokus pada kerjanya.

Zalikha mengetuk pintu bilik Reza untuk memberi bungkusan makanan itu.

"knock..!! knock..!!

"Masuk..!!." jawab Reza saat ketukan pintu kedengaran di corong telinganya. Zalikha membuka pintu bilik itu setelah mendapat keizinan dari Reza.

"Maafkan saya Cik Reza. Saya cuma nak beri makanan ni untuk Cik Reza. Cik Syeril suruh sampaikan."

Reza yang sedang asyik melihat ke skrin komputer itu pantas menoleh saat nama Syeril disebut Zalikha.

"Cik Syeril bagi pada saya? awak biar betul ni?." soal Reza dengan renungan tajam buat Zalikha.

"Betul lah. Kenapa nak tipu pula. Makan lah Cik Reza. Saya minta diri dulu." Zalikha memusingkan tubuhnya ke arah pintu keluar setelah Reza menganguk tanda mengiyakan. Kini Zalikha keluar dari ruang itu dan hanya yang tinggal hanyalah haruman minyak wangi serta bungkusan yang dikirimkan itu.

Pantas Reza mencapai bungkusan itu untuk melihat isinya. Bau makanan itu agak menyelerakan.

'Agak-agak ada note untuk aku tak. Mana lah tau jual minyak semalam menjadi.' Omel Reza sendiri sambil tersenyum riang. Dia membuka bungkusan itu lalu mencari-cari kemungkinan terselit pesanan buatnya dari Syeril Dania.

Namun perasaannya hampa setelah mendapati bahawa tiada sebarang kertas mahukan kata-kata manis terconteng di atas bungkusan itu.

'Allah...nasi banyak ni sekali aku ngap saja sayangku Syeril oii..Sejemput saja nasi. Dia diet aku pun kena diet ker? Hmm...makan jer lah..janji dari Syeril Dania.'

Reza terus menyuap makanan itu ke dalam mulutnya. Cukuplah untuk mengalas perutnya yang kini kosong itu. Pagi tadi dia terlewat bangun dan tidak bersarapan kerana asyik mimpikan Syeril. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan kini.

Done untuk hari ni.. gigih tau kita siapkan chapter ni. .harap² berjumpa lagi..^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience