Bab 27 Nak Menantu

Drama Completed 144103

Ketenangan jiwa terasa saat angin bertiup dan rambut berterbangan. Air tasik yang biru kehijauan itu direnung tenang. Syeril bersandar di kerusi batu itu sambil memeluk tubuh dengan kaki disilangkan.

Satu pasangan yang sedang berbual dan bergurau senda dengan gembira itu di pandangnya. Kelihatan seorang anak kecil perempuan yang baru belajar bertatih itu girang diusik ibu ayahnya. Syeril melemparkan senyuman yang turut menumpang kegembiraan itu.

Satu keluhan kecil keluar dari mulutnya. Saat memikirkan umurnya yang semakin meningkat, saat itulah dia kecewa dengan dirinya sendiri. Mungkin kesibukan kerja adalah penyebab yang membuatkan hingga ke saat ini dia masih belum bisa menamatkan zaman bujangnya. Dia semakin terleka dengan tiupan angin itu.

Tiba-tiba satu tangan hadir dengan huluran aiskrim ditangan untuknya. Langsung dia menoleh ke arah gerangan si pemberi itu. Tangan yang memeluk tubuh itu terlerai.

"Macam mana awak tahu saya disini?." Soal Syeril dengan reaksi terperanjat. Aiskrim yang dihulurkan itu dicapainya perlahan.

"Saya ikut awak. Boleh saya duduk?." Soal Reza yang masih tegak berdiri itu. Senyuman terukir di bibirnya.

"Duduklah.." jawab Syeril sambil menikmati aiskrim itu.

"Awak selalu datang sini?." soal Reza sekadar mengisi perbualan itu.

"Selalu juga. Bila saya stress saya ke sini ambil semula mood sebelum balik ke rumah." jawab Syeril lembut. Wajah Reza tidak ditatapnya. Dia hanya menikmati aiskrim itu sambil memandang ke sekeliling tasik.

"Hari ni awak stress ke awak datang sini? Saya nampak tadi awak okay jer di office."

"Saya tak perlu nak tunjuk pada staff atau sesiapa pun saya stress. Saya lebih suka pendam sendiri. Saya tak ada kawan yang boleh saya percaya. Saya juga tak ada adik perempuan yang boleh saya bercerita. Dulu mama tempat saya meluahkan. Sekarang mama bukan lagi tempat yang sesuai untuk saya meluahkan perasaan. Mama perlu banyak rehat dan hal papa sudah cukup untuk mama tanggung." sayu luahan itu dari Syeril. Reza terdiam seketika.

"Saya boleh jadi kawan awak. Saya tahu dulu saya orang yang bodoh sebab sia-siakan awak. Saya juga boleh jadi pendengar setia awak. Saya akan selalu berada di sisi awak meskipun tiada lagi peluang kedua untuk saya. Kita boleh jadi sahabat." Reza sekadar memberi sokongan buat Syeril. Sekurang-kurangnya dia tahu bahawa masih ada tempat untuknya meluahkan rasa hatinya.

"Saya tak mampu nak cakap apa-apa. Saya dah penat berharap. Sekarang saya redha dan serahkan segalanya pada ketentuan Allah. Soal jodoh biarlah ia datang sendiri. Saya dah tak nak fikir. Semuanya saya serahkan pada papa dan mama." kata Syeril lagi.

"Saya dah rasa apa yang awak rasa Syeril. Bila kita percayakan seorang tu hingga segala apa yang dicakap kita percaya, dan akhirnya ditinggalkan tanpa sebarang permisi. Saya rasa sakit tu. Saya juga rasa terhina. Harapan agar apa yang saya rasa sekarang Allah ampunkan dosa saya menghina ciptaannya dulu. Saya kesal dengan sikap saya sendiri." luah Reza pula.

"Awak masih fikirkan soal tu?Saya dah maafkan awak. Awak lupakan sahaja. Saya tak mahu awak terus rasa bersalah terhadap saya. Kita mulakan hidup baru. Jadi sahabat yang sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain." Mereka saling berpandangan. Senyuman manis Syeril dibalas Reza.

"Terima kasih sebab sudi jadi sahabat saya. Ye kita sama-sama bantu membantu antara satu sama lain." Satu perjanjian dipateri. Rasa sedikit tenang di benak fikiran Syeril.

"Kepala awak dah okay ker? awak macam bukan orang sakit saya tengok. Sedangkan baru sahaja beberapa hari lepas berbalut dikepala." Reza memandang sekitar tubuh itu.

"Saya dah okay. Luka tu sikit saja. Ni dah baik lukanya." jelas Syeril lembut sambil menjilat aiskrim yang masih berbaki itu.

"Alhamdulillah.. lega saya dengar." Reza tersenyum bahagia dengan oengakuan Syeril.

"Awak tak nak balik lagi? dah senja ni?." soal Syeril. Tiba-tiba tangan Reza merayap dibibirnya.

"Mulut awak comot. Saya dah lapkan." jelas Reza saat melihat Syeril sedikit terperanjat dengan tindakannya itu. Reza mengelap tangannya ke sapu tangan. Syeril tersenyum dengan sedikit segan silu.

"Err... Jom balik. Nanti mama saya risau pula." Syeril mengajak Reza untuk berangkat pulang. Suasana di tasik itu juga mula rengang. Kebanyakan pengunjung sudahpun beransur pulang. Suasana menjadi kian sepi.

"jom..saya teman awak sampai ke kereta." Reza yang kini berdiri menanti Syeril mengatur langkahnya. Kini mereka jalan beriringan menuju ke tempat letak kereta.

"Minggu depan mungkin saya akan ke Kuching. Ada events besar nak kena handle. Saya harus pastikan ianya berjalan lancar." Syeril sekadar hilangkan kesunyian ketika berjalan menuju ke arah kereta itu.

"Ohh pasal events tu. Saya ada dengar juga." jawab Reza dengan senyumannya.

"Mungkin sekejap sahaja saya di sana. Risaukan papa pula. Lagipun papa saya ada temujanji dengan doktor. Untuk fisioterapi." jelas Syeril lagi. Kini mereka tiba di kereta milik Syeril.

"Saya balik dulu. See you again." Syeril membuka pintu kereta lalu masuk lah dia ke dalam perut kereta itu.

Reza hanya tercegat berdiri di tepi kereta itu sambil menanti Syeril berlalu pergi meninggalkannya di situ. Lambaian tangan serta senyuman dihadiahkan buat Syeril. Reza menarik nafas panjang. Hatinya lega apabila dapat berinteraksi bersama Syeril dengan tenang. Sungguh itu yang diharapkan sejak akhir-akhir ini.

Syeril membalas senyuman itu lalu kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan tempat letak kereta tersebut. Reza bergerak ke arah keretanya setelah kereta dipandu Syeril hilang dari pandangan matanya.

'Ini permulaan untuk kita Syeril. Saya akan cuba masuk ke dalam hati awak semula secara perlahan-lahan.' kata Reza dalam hati.

Reza pun turut beredar dari tasik yang mendamaikan itu. Didalam hatinya asyik memikirkan Syeril Dania. Wajah yang berseri dengan bulu mata yang lentik kehitaman itu menari-nari dikotak fikirannya.

********************************

Tan Sri Zainal baru sahaja menghabis bubur nasi yang dimasak enak oleh isterinya sendiri. Dia juga agak berselera sejak akhir-akhir ini. Mungkin sedikit bersemangat diatas kata-kata harapan dari doktor pakar yang merawatnya baru-baru ini.

Doktor yang dijemput khas oleh Puan Sri Tania untuk merawat suaminya itu memberitahu bahawa Tan Sri Zainal akan pulih dari lumpuhnya jika mendisiplinkan diri untuk mengikuti sahaja langkah yang telah ditetapkan oleh pihaknya.

"Syeril belum balik lagi,Tania?. kalau tidak waktu macam ni dah balik." soal Tan Sri Zainal pada Puan Sri Tania yang sedang mengemas cadar katil yang sedikit berserabut itu.

"kejap lagi dia balik lah. Awak rehat okay. Dah makan kenyang kan. Ubat pun dah makan. Sekarang tiba waktunya awak berehat. Sekejap lagi maghrib saya ambilkan wuduk untuk awak yer." Puan Sri Tania duduk disebelah suaminya itu sambil menggenggam tangan suaminya erat. Senyuman terukir di kedua-dua bibir itu.

"Saya nak cakap sikit lagi boleh?." soal Tan Sri Zainal meminta sedikit lagi ruang untuknya bercakap.

"Ada-ada saja awak ni. Cakaplah apa awak nak cakap." Puan Sri Tania hanya melayan sahaja karenah Tan Sri Zainal.

"Baru-baru ni Syeril ada bagitau yang dia akan terima sahaja pinangan dari sesiapa pun. Saya ada calonnya. Awak setuju tak kalau kita kahwinkan dia dalam masa terdekat ni. Saya nak rasa riuh-riuh di rumah ni. Hilang sunyi sikit." soalan itu membuatkan Puan Sri Tania mengerutkan dahinya. Dengan siapa pula yang dimaksudkan oleh Tan Sri Zainal itu?

"Awak dah ada calon untuk Syeril? Anak kawan awak yang mana pula. Jangan Tengku Adam sudah." balas Puan Sri Tania dalam perasaan yang tertanya-tanya.

"Adalah..nanti saya bagitahu awak. Sekarang awak ambilkan saya telefon. Saya nak hubungi dia sekarang." arah Tan Sri Zainal lagi.

"Ish... esok-esok lah. Jangan tergesa-gesa. Kita kena bagitahu Syeril dulu." Puan Sri Tania menasihati suaminya agar sabar terlebih dahulu. Sememangnya dia tidak berapa setuju dengan pendapat Tan Sri Zainal untuk melangsungkan perkahwinan Syeril dalam keadaan Tan Sri Zainal masih terlantar ini. Lagi satu sebabnya adalah, Puan Sri Tania juga sudah mempunyai calonnya tersendiri.

"Baiklah.." Akhirnya Tan Sri Zainal mengalah. Dia memejamkan matanya. Entah apa yang sedang difikirkan dengan bibir yang tersenyum itu. Puan Sri Tania menggelengkan kepalanya.

Tidak lama kemudian, kedengaran deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah itu. Deruman enjin yang sangat dikenalinya. Kereta milik Syeril itu bunyinya agak kasar sedikit. Seakan-akan kereta milik seorang anak lelaki. Namun itulah hakikatnya. Syeril menyukai bunyi-bunyi kasar seperti itu sejak kecil lagi.

"Awak rehatlah dulu. Saya nak keluar sekejap. Rasanya tu bunyi kereta Syeril. Dah balik agaknya." Puan Sri Tania melepaskan genggaman tangannya.

"Pergilah..saya nak rehat sekejap." jawab Tan Sri Zainal.

Puan Sri Tania terus menuju ke pintu bilik itu dan melangkah keluar dari bilik tersebut. Kelihatan Syeril juga baru melangkah masuk ke dalam rumah bersama senyuman buat ibunya.

"Lambat balik. Sibuk sangat yer anak mama ni?." soal Puan Sri Tania menyambut kepulangan anaknya itu.

"Syeril jumpa Reza di tasik tadi. Berbual sekejap dengan dia." jelas Syeril sambil menghulurkan tangan dan bersalaman dengan ibunya itu. Kucupan lembut hinggap di tangan Puan Sri Tania.

"Ohh..ada harapan lah ni mama nak bermenantukan Reza tu." usikan itu membuatkan wajah Syeril merah padam.

"Mama ni..dah lah. Syeril nak naik. Nak mandi, nak solat and nak rehat. Kejap lagi Syeril turun jenguk papa okay." Syeril berkata sambil berjalan menuju ke anak tangga meninggalkan ibunya disitu.

"Mama nak Reza jadi menantu mama...!!" tempik Puan Sri Tania agak kuat. Syeril yang sedang meniti satu persatu anak tangga itu tidak menghiraukan apa yang dikatakan ibunya.

Agaknya siapa calon menantu pilihan Tan Sri Zainal? Tunggu next chapter yer.. kihkihkih..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience