Bab 3 Cerai

Drama Completed 144103

"Okay, setakat ni itu sahaja yang kita perlu bincangkan. Harap bisnes kita semakin maju jaya." kata Tengku Adam.

"kalau tak ada apa-apa I minta diri dulu. Nak terus balik rumah. Penat sangat rasa badan ni." balas Syeril. Suri mengemas semua fail yang digunakan sebenar tadi.

"korang boleh tinggalkan I dengan Cik Syeril sekejap tak. Ada hal peribadi sikit nak dibincangkan." soal Tengku Adam pada Suri dan Taufik. Suri memandang ke arah Syeril.

"Okay. Five minute." balas Syeril pula dengan mimik muka menyampah.

Suri dan Taufik mengatur langkah keluar dari bilik tersebut meninggalkan Syeril dan Tengku Adam.

"So, apa yang peribadinya tu. I dah lewat ni. Nanti jalan jem." kata Syeril pula dengan kerutan di dahinya.

"I nak lamar you as my wife. I hope you agree. I'm really love you Syeril." kata Tengku Adam dengan nada mendayu.

"sorry. I can't accept all this. I am not ready to be a wife. I prefer life now. I am sorry, Tengku Adam." balas Syeril dengan selamba.

"tapi daddy you suka I. You boleh jer pupuk rasa kasih tu lepas kahwin."

"Okay lah tu kalau daddy I suka you. You pinang jer daddy I. I have to go now. Thank you for today." Syeril berkata dengan satu senyuman dan bingkas bangun menuju ke pintu.

"Syeril..I sorang jer yang sukakan you dengan yang badan size macam tu. Betul tak?"

Langkah Syeril terhenti. Lalu dia menoleh ke arah Tengku Adam yang kini sedang tercegat berdiri memandang ke arahnya.

"jadi kalau I gemuk sekali pun, ada membebankan you ker? tak kan? so, baik you cari yang kurus-kurus melidi tu buat isteri. Senang nak cari size baju. You pun tak menyampah sangat tengok. Betul tak?."

"Sorry sayang. I tak ada niat nak cakap macam tu." kata Tengku Adam sambil berjalan menuju ke arah Syeril didepan pintu bilik itu.

"ehh..tak apa. I tak terasa hati pun. Dah selalu sangat orang kata saya itu ini. Doraemon lah, Giant lah, badak berendam lah. Saya okay. Saya keluar dulu Tengku Adam."

"Syeril.. Syeril..Syeril Dania!!!." tempik Tengku Adam memanggil Syeril. Namun tidak diendahkan Syeril. Syeril terus melangkah dengan membawa beberapa fail diikuti Suri di belakang.

Tengku Adam mengeluh kasar kecewa dengan kata-katanya sebentar tadi. Syeril benar-benar tiada hati dengannya. Makin menyampah pula setelah kata-kata dari Tengku Adam tadi.

************************************

Sebaik sahaja memasuki perut kereta telefon bimbit Syeril berdering. Tergopoh gapah dia menekan punat hijau lalu panggilan disambungkan.

"Hello..!!."

Bunyi esakan menangis.

"Hello..!! tolong aku Syeril. Anak aku kehabisan susu."

Anis meraung kesedihan. Hanya pada Syeril tempatnya mengadu dan minta pertolongan.

"kau kat mana Anis? Aku jumpa kau sekarang."

"aku kat rumah. Tapi nanti kau jangan terkejut tengok aku." kata Anis lagi.

"kau kena pukul lagi ker? Aku pantang betul dengar orang perempuan dipukul ni tau." nada suara semakin kasar. Dengupan jantung Syeril berdegup semakin laju.

"kau datang dulu, nanti aku cerita. Sofea dah nangis minta susu."

Talian diputuskan oleh Syeril. Kereta dihidupkan dan terus meluncur keluar dari perkarangan hotel mewah bertaraf lima bintang milik Tengku Adam itu.

Walaupun emosinya sedikit terganggu, namun dia tetap berhati-hati dengan pemanduannya. Suri pulang bersama suaminya yang kebetulan ada disekitar hotel tersebut.
***************************************

Tan Sri Zainal sedang bermain badminton bersama seorang lagi anaknya iaitu Syawal Danish adik kepada Syeril Dania.

Suasana petang yang damai ditiupi angin sepoi-sepoi bahasa. Puan Sri Tania keluar bersama pie coklat dan kuih koci digabungkan dengan teh panas untuk santapan mereka dipetang itu.

"dah la tu. Minum dulu ni. Saya buat kuih kesukaan abang ni." kata Puan Sri Tania pada suami dan anaknya itu.

Mereka berhenti bermain dan menuju kearah Puan Sri Tania yang kini sedang duduk di kerusi batu tepi rumah itu.

"Awak ni rajin sangat memasak. Ni buat kuih pula." Tan Sri Zainal bersuara lalu menghempaskan punggungnya dikerusi batu tersebut diikuti Syawal.

"saya bosan duduk sahaja dirumah. Kat hotel ada jawatan kosong tak? saya nak kerja." sindir Puan Sri Tania. Syawal melepaskan tawa kecil.

"kerja apa yang awak nak? sekarang jawatan kosong cuma cleaner. Awak nak ker? ."

Satu cubitan manja hinggap dilengan Tan Sri Zainal oleh isterinya. Syawal menikmati juadah itu dengan penuh berselera dengan nafas yang tercungap-cungap.

"saya nak buka spa awak tak kasi. Kedai bunga pun awak tak kasi. Bosan tau saya dirumah ni." rengek Puan Sri Tania pada suaminya.

"saya lebih suka awak dirumah. Tak perlu sibukkan diri awak tu. Saya pun happy bila balik awak sentiasa ada." jelas Tan Sri Zainal. Tangan isterinya digapai lalu digenggam erat. Satu senyuman manis terukir.

"kakak tak balik lagi ma?. selalunya waktu macam ni dah ada dirumah." giliran Syawal pula bersuara.

"betul juga. Syeril belum balik lah abang."

"jumpa Tengku Adam kot. Dia ada meeting dengan Tengku pukul dua tadi." jawab Tan Sri Zainal. Air teh diteguk perlahan.

"Syeril jumpa Tengku Adam? Macam mana dia boleh setuju abang? bukankah dia menyampah betul ker dengan Tengku?." berkerut dahi Puan Sri Tania.

"abang yang arahkan. Dia tiada pilihan." jawab Tan sri Zainal selamba.

Mereka terus menikmati juadah minum petang itu dengan tenang sekali. Pelbagai isu dibangkitkan. Masa yang ada digunakan sehabis baik untuk keluarga tercinta.

******************************************

Reza sampai di rumahnya awal dari biasa. Selalunya dia akan ke mana-mana restoran membeli makanan untuk makan malam. Namun hari ini dia merasa mahu pulang ke rumah orang tuanya memandangkan esok adalah hari cuti.

"Assalamualaikum..awal balik hari ni." Satu suara menegurnya.

"Waalaikumussalam..nak balik rumah ummi aku. Kau tak kerja ke hari ni Ikhwan?." soal Reza pula.

"aku tak masuk office hari ni. Ni tengah bersiap nak bawa big boss makan angin." Ikhwan melepaskan tawa kecil.

"ke Amsterdam ker Ikh?."

"yer.. Amsterdam. Honeymoon bro." jawab Ikhwan selamba.

"bestnya..tak bawa la si kembar tu ye? Kesian diorang."

"tak boleh bawa. Nama pun honeymoon."

"ye lah. Semoga selamat sampai dan selamat pulang bro. Aku masuk dulu."

"thanks bro. Okay." sahut Ikhwan yang sedang memasukkan bagasi didalam perut kereta bersama pemandunya.

Walaupun mereka jarang bersua muka kerana masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing, namun hubungan baik tetap terjalin kerana hidup berjiran adalah pentint sesama sendiri.

Reza mengorak langkah memasuki rumah untuk membersihkan diri.

************************************

Syeril berhenti di pasaraya berhampiran rumah Anis untuk membeli susu buat Sofea dan sedikit barang dapur untuk Anis. Dia tahu susu yang diminum oleh Sofea kerana telah biasa membelinya sebelum ini.

Setelah selesai membeli, Syeril meneruskan perjalanan ke rumah Anis. Sesampainya dia di perkarangan rumah itu, kedengaran bunyi tangisan bayi dari luar.

Membimbit semua barang lalu menerpa ke pintu utama rumah itu. Pintu diketuk.

"Assalamualaikum..Anis !! buka pintu ni. Aku dah sampai ni."

"Waalaikumussalam..kejap Syeril."

Pintu dikuak. Wajah Anis yang lebam ditatap Syeril. Tekaannya benar. Anis dipukul lagi. Kedengaran suara Sofea sedang menangis. Anis turut menjatuhkan airmata saat Syeril menatap wajahnya.

"Kau ambil semua barang ni. Cepat buatkan susu untuk Sofea. Ehh..tunggu kejap. Kenapa dengan tangan kau Anis?."

"rasanya patah. Dan bengkok dan bengkak ni Syeril. Sakit sangat." jelas Anis.

"kejap..aku buatkan susu untuk Sofea dulu. Aku bawa kau ke klinik."

Syeril segera ke dapur untuk membuatkan susu. Anis sekadar mengangguk.

"dah lama ker dia nangis ni? kenapa kau tak cakap awal-awal yang susu dia habis Anis?." soal Syeril yang sedang menggoncangkan botol susu.

"aku ada duit sikit tadi. Cukup untuk belikan susu Sofea. Tapi.."

Percakapan Anis terhenti.

"Tapi apa? Zaki ambil ker? lepas tu dia pukul kau kan?."

Syeril menyuapkan susu ke mulut Sofea. Sofea terus berhenti menangis.

"aku tak tahu macam mana nak cakap. Aku dah cuba sedarkan Zaki. Tapi dia tetap tak berubah. Aku tahan segala kesusahan demi Sofea. Kadang terpaksa ikat perut hanya untuk Sofea. Aku sanggup buat apa saja demi Sofea."

Anis menangis teresak-esak. Dia benar-benar kecewa dengan suaminya. Langsung tidak bertanggungjawab sebagai seorang bapa dan suami.

"aku bukan nak hasut kau minta cerai. Cuma aku rasa itu sahaja jalan untuk kau bebas dari semua ni. Sampai bila kau nak hidup dengan lelaki macam tu. Ni baru pukul tau. Nanti dia bunuh kau pulak macam mana dengan Sofea. Aku akan bantu kau Anis. Kau kawan aku. Tak kan aku nak biarkan kau hidup terseksa macam ni."

"biar aku fikir dulu. Aku cuma fikirkan Sofea." jawab Anis dengan esakan.

"nak fikir apa lagi. Tak guna nak fikirkan lagi. Kalau kau sayangkan anak kau. Kau tinggalkan semua ni. Mulakan hidup baru. Aku aturkan kerja untuk kau nanti."

Anis terdiam seketika mengenangkan nasibnya. Zaki benar-benar berubah. Sungguh dia merindui Zaki yang dulunya seorang yang penyayang dan penyabar. Kini hanya yang tinggal hanyalah kenangan silam.

Harapan agar semua pembaca sihat dan dilindungi dari virus covid-19.. selamat ber'pkp semua..hihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience