Bab 25 Pelawaan

Drama Completed 144103

Terjaga dari tidur, Syeril sedikit terperanjat apabila mendapati bahawa Reza duduk sambil menongkat dagu dihadapannya yang terlentang tidur di katil hospital itu.

Reza yang kini sedang nyenyak tidur tidak menyedari bahawa Syeril terjaga dari tidurnya.
Wajah Reza ditatapnya dengan penuh kerinduan dilubuk hati yang dalam. Sungguh tenang saat menatap wajah itu.

Tiba-tiba tangan yang tadinya sedang menongkat dagu itu sudah mahu tumbang. Syeril segera menyambut kepala yang kian jatuh ke tepi tilam itu.

"Ehh...Awak dah bangun?." soal Reza sambil mengelap wajahnya dengan kedua tangannya. Pakaiannya dirapikan.

"Kenapa awak tunggu saya disini? kenapa tak balik jer?." soal Syeril sambil memalingkan wajahnya ke arah lain.

"Saya dah janji dengan Puan Sri Tania akan jaga awak disini. Awak rehat lah. Doktor cakap awak cedera ringan sahaja. Kejap lagi mungkin dah boleh discharge." jelas Reza beserta senyuman manis

"Awak nak makan apa? bagitahu jer. saya belikan untuk awak." soal Reza kegirangan kerana Syeril mula meminta bantuan darinya.

"Saya tak lapar." Syeril masih dengan angkuhnya. Suasana senyap seketika.

"Awak masih marahkan saya?." Reza mula dengan soalannya.

"Saya tak marahkan awak. Cuma apa yang pernah berlaku dulu susah untuk saya lupakan Reza. Awak faham kan?." Syeril memandang wajah redup Reza dengan linangan airmata.

"Saya sanggup tunggu awak Syeril. Saya sedar kesilapan saya dulu. Maafkan saya Syeril."

Tidak lama kemudian mereka dikejutkan dengan kedatangan doktor dan seorang jururawat yang memasuki bilik tersebut. Reza terus berdiri menanti apa yang bakal dikatakan oleh doktor.

"Maaf ganggu. Saya cuma nak melawat pesakit. Maafkan saya Encik. Izinkan saya buat tinjauan lanjut ke atas isteri Encik." Doktor itu meminta izin dari Reza. Reza sekadar mengangguk setuju. Syeril melemparkan jerlingan panas buat Reza yang sedang tersengih seperti kerang busuk itu.

"Puan dah dibenarkan balik. Cuma saya nak periksa dulu sebelum Puan berangkat pulang yer." Doktor itu memulakan pemeriksaan terakhir sebelum Syeril dibenarkan pulang.

Reza yang tercegat sambil memeluk tubuh itu hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh doktor serta jururawat itu. Syeril merasa lega saat doktor memberitahu bahawa dia sudahpun dibenarkan pulang sebentar lagi.

"Okay.. semuanya stabil. Tekanan darah pun okay. Puan dah boleh balik yer." kata doktor itu pada Syeril. Syeril hanya tersenyum dan memberi ucapan terima kasih buat doktor dan jururawat tersebut.

"Encik boleh buat pembayaran di kaunter dan ambil ubat di farmasi yer. Saya minta diri dulu." pesan doktor itu bersama salam permisinya.

Setelah doktor dan jururawat itu keluar dari bilik tersebut, Reza terus menghampiri Syeril yang sedang cuba bangun dari baringnya. Reza membantu Syeril dan menarik tubuh itu bersandar di kepala katil.

"Saya boleh buat sendiri. Awak jangan lah sibuk sangat." Syeril mengeluh rimas dengan perbuatan Reza.

"Saya boleh bantu awak. Awak jangan lah ingat semua benda awak boleh buat sendiri. Jangan lah sombong sangat." Reza membalas kata-kata itu dengan lagak selambanya.

Syeril terdiam setelah Reza melemparkan kata-kata tadi. Sungguh lelaki ini berusaha mendapatkan semula cinta darinya. Namun, dia harus lebih berlagak sombong agar Reza tahu erti kepayahan memiliki cintanya.

"Awak boleh jalan tak? kalau tak boleh saya ambilkan wheelchair atau saya boleh jer dukung awak sampai ke kereta." Reza mula bergurau senda dengan Syeril sekadar menghiburkan hati gadis itu.

"Kaki saya ada lagi lah. Bukan kena potong pun." Syeril mula menuruni katil itu dengan perlahan-lahan kerana lututnya telah dibalut menutupi luka.

"Awak ni degil lah Syeril. Saya cium bibir tu lagi sekali baru tahu. Awak nak lagi ker?."Soal Reza dengan kening yang terangkat.

"Saya boleh jalan lah. Dah jom kita balik. Awak jangan banyak cakap. Saya pecat baru awak tahu." Syeril menggertak Reza. Reza tersenyum riang.

Syeril berjalan terhoyong-hayang lalu Reza bertindak memimpin Syeril menstabilkan langkah gadis itu. Syeril akur dengan tindakan tersebut lalu berjalan lah mereka berdua keluar dari bilik rawatan itu.

Reza membuat pembayaran dan segera ke farmasi untuk mengambil ubat buat Syeril. Syeril hanya duduk di ruang menunggu menanti semua urusan yang diuruskan Reza selesai.

************************************

Tan Sri Zainal menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Makan dan minum semuanya diuruskan Puan Sri Tania. Pakaian juga diuruskan oleh isterinya sendiri. Sungguh dia merindui kehidupan seharian yang dulu.

Ke pejabat dan hadiri majlis-majlis rasmi. Melihat kegemilangan hotelnya apabila ada keraian dan majlis besar-besaran. Para pelancong dari dalam dan luar negara memberi kata-kata positif tentang servis hotel. Itu amat dirinduinya. Namun apakan daya. Dia kini tidak mampu berjalan mahupun duduk dengan khudratnya sendiri.

"Apa yang abang menungkan tu? Ingatkan siapa?." soal Puan Sri Tania yang baru keluar dari bilik mandi itu.

"Saya rindu kehidupan dulu. Saya nak berjalan seperti biasa." luah Tan Sri Zainal dengan satu jernihan dikelopak matanya.

"Abang boleh sembuh. Cuma perlu usaha lebih sikit. Abang kena buat fisioterapi. Kena makan ubat. Ikut arahan doktor. Boleh kan?."

"Saya akan susahkan awak dan yang lain. Sedangkan saya ketua keluarga ni. Sekarang semuanya awak dan anak-anak yang kena uruskan untuk saya." Tan Sri Zainal menitiskan airmatanya. Sungguh pilu hatinya saat dia merasa dirinya kita hanya membebankan semua pihak.

"Apa yang abang fikirkan ni? Saya kan isteri abang. Yang lain tu anak-anak abang. Tak ada salahnya diorang berbakti pada bapa mereka sendiri." Puan Sri Tania mendekati suaminya lalu airmata itu disekanya perlahan.

"Saya nak sembuh. Saya nak jalani kehidupan seperti dulu semula demi awak dan anak-anak kita." Tan Sri Zainal kembali bersemangat. Tangan isterinya digenggaman erat.

"Macam tu lah. Baru lah Tan Sri Zainal namanya." usikan itu membuatkan Tan Sri Zainal melebarkan senyumannya. Puan Sri Tania harus lebih bersemangat untuk memulihkan suaminya dari lumpuh itu. Tidak ada yang mustahil jika kita kuat berusaha.

"Ohh..ya. Mana Syeril? Dari semalam saya tak jumpa dia." Tan sri Zainal mula menyoal kemana Syeril menghilangkan diri.

"Syeril sibuk sikit. Nanti dia datang jumpa abang yer."kata Puan Sri Tania supaya Tan Sri Zainal tidak menyoalnya lebih lagi. Dia tidak mahu Tan Sri Zainal mengetahui tentang kejadian yang menimpa Syeril dengan keadaan yang tidak mengizinkan.

"Saya nak hirup angin luar. Awak tolong bukakan tingkap tu semua. Biar angin luar masuk." arah Tan Sri Zainal. Puan Sri Tania bergegas bangun dan menuju ke jendela bilik itu. Langsir ditariknya ke tepi. Kini cahaya mula menerangi sekitar ruang bilik tersebut.

"Saya nak keluar sekejap. Abang berehat lah yer. Kejap lagi saya masuk semula. Saya nak ke dapur sekejap." Puan Sri Tania bergerak ke pintu bilik lalu memulas tombol pintu itu.

Dia tidak mahu lama-lama menanti disitu kerana takut jika Tan Sri Zainal menanyakan soalan tentang Syeril lagi. Dia harus merahsiakan terlebih dahulu mengenai isu tersebut.

Keluar sahaja dari bilik itu, Puan Sri Tania dikejutkan dengan deringan telefon bimbitnya. Lalu meleretkan ke skrin itu. Panggilan itu disambungkan.

"Assalamualaikum..Puan Sri. Saya nak maklumkan bahawa Cik Syeril dah boleh balik. Sekarang saya sedang settle bil hospital dan ambil ubat. Saya akan hantar Cik Syeril terus ke rumah Puan Sri."

"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah... baiklah Reza. Saya berterima kasih sangat dengan awak sebab jagakan Syeril dalam keadaan kami macam ni. Zalikha pun sibuk uruskan hal di Bangi." kata Puan Sri Tania menghargai jasa baik Reza menjaga Syeril di hospital.

"Hal kecil jer Puan Sri. Saya pun dah lama berkhidmat dengan Tania Hotels. Dah jadi tanggungjawab saya bantu Cik Syeril." Reza dengan bangganya berkata-kata.

"Saya tunggu di rumah. Tapi jangan bising-bising tau. Tan Sri Zainal tak tahu tentang hal ni. Saya rahsiakan dari dia sebabnya awak pun tahu kan?."

"Baiklah Puan Sri. Saya faham. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." panggilan itu diputuskan. Puan Sri Tania menarik nafas lega saat mendengar khabar berita itu. Sememangnya doa sentiasa dititipkan buat Syeril agar sentiasa dalam keadaan baik-baik sahaja. Dia menuju ke dapur untuk meneguk segelas air kerana sedikit kehausan.

**********************************

Suasana didapur itu kian sunyi apabila semuanya selesai menjamu selera. Kini hanya tinggal Anis serta Izzah yang masih belum selesai mengemas meja makan itu. Sememangnya keluarga itu akan makan sebelum azan maghrib berkumandang. Sudah menjadi kelaziman dari dulu hingga sudah bercucu.

Izzah memikirkan cara bagaimana harus dia soalkan tentang ubat yang dijumpainya tempoh hari. Dia harus tahu tentang keadaan adiknya itu. Jika benar Anis pengidap kanser, dia harus membawa adiknya itu mendapatkan rawatan untuk bebas dari kanser.

"Anis..!!Ada apa-apa tak yang akak perlu tahu? ." Izzah mula dengan pertanyaannya.

"Apa yang akak maksudkan? Anis tak faham." soal Anis kebingungan.

"Akak terjumpa ubat dalam laci bilik Anis." belum sempat Izzah menghabiskan kata-katanya Anis pantas menarik tangan itu duduk di kerusi meja makan semula.

"Anis merayu pada akak jangan bising tentang hal ni. Anis tak mahu mak ayah susah hati. Tolong Anis kak." pinta Anis dengan menggenggam erat tangan kakaknya itu.

"Sejak bila dan dah seteruk mana ni Anis ni?."

"Dah stage 3 akak. Kanser ovari." jelas Anis dengan jernihan dikelopak matanya.

"Allahuakbar..abang Hakim ada cakap dia nak bantu Anis dapatkan rawatan. Akak janji akan tolong Anis." Izzah memujuk Anis untuk mendapatkan rawatan untuk bebaskan dia dari kanser.

"Anis akan ikut semua akak. Janji Anis sembuh untuk Sofea." Anis memeluk tubuh kakaknya itu. Dia mahu bebas sepenuhnya dari kanser yang bermaharajalela di tubuhnya kini.

Segala yang akan diaturkan buatnya akan dituruti. Sememangnya rasa sakit ini tidak mampu tertanggung lagi. Tubuhnya kian lemah dan hanya bergantung pada ubatan yang diberikan doktor.

*********************************

Syeril tiba dirumah disambut oleh ibunya serta Cik Mah di muka pintu. Reza membantu Syeril turun dari perut kereta itu. Balutan di kepala dipegang Syeril.

"Hati-hati awak. Kaki tu kang berdarah semula. Saya pimpin awak okay." Reza tanpa berlengah lagi terus memaut lengan itu lalu berjalan menuju ke pintu utama rumah itu.

"Anak mama okay ker ni? Ya Allah sampai berbalut kepala ni." Puan Sri Tania berjalan menghampiri anaknya itu. Belakang badan Syeril digosok-gosok. Mereka terus membawa Syeril masuk ke dalam rumah. Mak kiah bergegas menyiapkan air minuman buat Reza setelah diarahkan majikannya.

Syeril dibawa duduk di ruang tamu itu. Reza turut melabuhkan punggungnya disitu.

"Bukan tadi awak cakap ada hal penting ker? pergilah cepat. Saya dah okay kan." Syeril cuba menghalau Reza dengan cara halusnya. Reza mengerutkan dahi.

"Ehh..nanti dulu. Kita makan malam sama-sama. Sekarang kita minum dulu. Tu Cik Mah tengah buatkan air." Puan Sri Tania mula bersuara.

"Reza cakap tadi dia ada hal mama. Kan Reza?." satu jerlingan panas dilemparkan buat Reza. Pantas Reza menoleh ke arah lain.

"Saya boleh jer lama-lama disini. Hal tu lain kali pun boleh. Sekarang saya nak tumpang solat maghrib. Boleh kan Puan Sri?." Reza masih degil untuk lebih lama disitu. Wajah Syeril tidak dipandangnya. Dia tahu yang Syeril sedang memerhatikan dia saat ini. Jika dia berpaling tentunya jerlingan itu tetap terhasil.

"Baguslah kalau macam tu. Boleh kita kenal lebih rapat lagi. Awak boleh solat dibilik sebelah tu. Nak tidur sini pun boleh." pelawaan itu membuatkan Reza bertambah terkejut.

"Ehh..saya kena balik. Lain kali sahaja." kata Reza tersenyum simpulnya. Syeril semakin panas dengan pelawaan ibunya pada Reza itu.

'Esok mati kering lah aku jawabnya kalau tidur sini. Jerlingan dia tu..huhh...takut aku. Tapi satu hari nanti pasti aku akan menjadi salah seorang penghuni rumah ni.' kata Reza dalam hati.

Reza bangun dari duduknya lalu menuju ke bilik yang dikatakan oleh Puan Sri Tania itu bagi menunaikan kewajipan sebagai seorang mukmin sejati. Dada Syeril berdebar-debar saat melihat Reza berlalu pergi.

'Ish..kau ni kan. Tunggu lah nasib kau kejap lagi. Kau main-main dengan aku yer.' Giliran Syeril pula berkata dalam hati.

Done untuk hari ni..gigih Amyz siapkan chapter ni untuk anda semua..semoga bertemu lagi yer..hihihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience