Bab 45 Terakhir

Drama Completed 144103

Baju dress labuh berwarna kuning lembut itu sangat padan digayakan oleh Syeril. Terserlah keayuannya. Berjalan sambil memeluk lengan Reza. Reza yang mengenakan sepasang suit hitam dengan haruman perfume kegemarannya. Rambut disikat rapi. Syeril pula masih tertanya-tanya ke manakah mereka.

Tiba-tiba sebaris lelaki bersama biola dibahu mengiringi mereka. Ia sedikit memeranjatkan Syeril. Reza berjalan sambil tersenyum seperti tiada apa-apa sedang berlaku.

"Awak..apa ni..malunya saya." Bisik Syeril ditelinga isterinya.

Tiba di pintu gerbang yang terhias indah. Kelopak bunga mawar dilemparkan ke arah mereka. Cahaya lampu terpancar menyuluh ke arah pasangan pengantin baru itu.

"Surprise sayang..." Reza menatap wajah isterinya sambil kaki terus melangkah masuk ke ruang dewan.

"Semua ada ? Sayang..awak plan semua ni untuk saya ?." soal Syeril lagi.

"Ye sayang..untuk awak."

Pelukan makin kuat. Syeril benar-benar terharu dengan apa yang sedang berlaku sekarang. Majlis dimeriahkan oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat.

'Sumayyah..kan best kalau awak ada waktu ni. Saya dah janji nak pinang awak. Dan raikan majlis kita sama-sama dengan Kak Syeril. Awak dah tenang disana. Saya doakan awak sentiasa dirahmati Allah SWT. Insyaallah..saya akan pinang kembar awak sebagai pengganti. Saya nak kotakan janji-janji kita. Awak tunggu ye.' Airmata Syawal Danish mula berlinangan. Rindu yang tiada penghujungnya.

"Wah...ada kek. Saya tak terfikir pun nak raikan perkahwinan kita sampai macam ni. Sebab terlalu sibuk. Terima kasih Syah Reza."

"Jom..kita potong kek dulu. Sekejap lagi ada lagi kita dinner sama-sama dengan tetamu."

Kaki terus melangkah ke arah meja yang terlihat kek yang bertingkat-tingkat itu. Bibir sepasang suami isteri itu tidak lekang dengan senyuman. Sorakan dari saudara mara turut memeriahkan lagi majlis memotong kek tersebut.

Alunan muzik mendayu-dayu kedengaran dicorong telinga. Lalu pisau pemotong kek sama-sama digenggam erat. Lalu pisau itu diletakkan diatas permukaan kek.

"Abang okay ?" Soal Tengku Azwin pada Tengku Adam.

"Yeah..i'm okay." jelas Tengku Adam sambil menepuk-nepuk tangannya.

'Win tahu abang jealous. Cuma abang tak tunjukkan. Kuatnya hati abang. Sanggup datang meriahkan majlis ni. Win bangga dengan abang. And Win sentiasa doakan abang semoga abang temui bahagia tu nanti.' kata Tengku Azwin dalam hati sambil menatap wajah abangnya dari sisi.

'Abang redha Win. Syeril dah temui bahagia dia. Abang kena teruskan hidup abang. Satu je yang abang nak dalam hidup ni. Abang nak Win ada dengan abang sampai abang tak ada nanti. Anggaplah pengorbanan abang sekarang untuk kebahagiaan Win. Win sahaja tempat abang lepaskan rindu pada Ummi dan Walid.' giliran Tengku Adam pula berkata didalam hati. Dia sedar yang dia sedang diperhatikan oleh adiknya. Namun dia berpura-pura tidak menyedarinya supaya rasa cemburu itu tidak jelas terpancar.

Selesai acara memotong kek, Reza menarik tangan isterinya menuju ke meja makan yang telah dihidangkan pelbagai jenis makanan untuk makan malam itu. Disertai oleh Puan Aisyah serta Encik Habib dan Tan Sri Zainal bersama Puan Sri Tania.

Majlis itu berlangsung dengan jayanya. Pelbagai hadiah dari para sahabat dan saudara mara sebelum semuanya berangkat pulang. Syeril dan Reza sangat puas hati dapat raikan majlis serba ringkas ini meskipun agak kelam-kabut.

"Puan Syeril...!! Saya pun nak minta diri dulu. Dah lewat ni." Sapa Suri yang tiba-tiba datang dari arah belakang.

"Ehh...Suri. Terima kasih sudi datang. Terima kasih sangat-sangat."Mereka saling berpelukan.

"Err..baju tidur tu dah pakai ke ? Tu hadiah pertama dari saya." Sempat Suri berbisik dicuping telinga Syeril sebelum pelukan mereka terlerai.

"Sampainya hati...seksi sangat kot. Malu saya nak pakai." Merona merah wajah Syeril dek usikan itu. Reza asyik berbual dengan Irfan disisi Syeril.

"Selamat menikmati malam pertama. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Saya minta diri dulu."

"Ehh... tunggu sekejap. Tadi awak cakap hadiah pertama baju tidur tu kan ? Mana hadiah keduanya ?." soal Syeril.

"Hadiah kedua kat dalam ni." Tangan Syeril digapai lalu diletakkan di bahagian perutnya.

"Omg...Awak jangan cakap korang terlanjur." Syeril menekup mulutnya.

"Kami sebenarnya dah bernikah. Cuma majlis belum sempat buat. Ibu Irfan jatuh sakit and masih terlantar di hospital. Tak sangka pula Allah kirimkan baby dulu sebelum majlis."

"Tak bagitahu pun. Apa-apapun masih belum terlambat saya nak ucapkan selamat pengantin baru untuk korang. Semoga kekal bahagia ye. Jaga diri baik-baik. Jaga makan tu ."

"Terima kasih Puan Syeril. Okay lah.. kami dah nak kena gerak ni. Nak ke hospital pula. Gantikan kakak Irfan dah dua hari tunggu di hospital." Jelas Suri dengan rendah diri.

"Okay.. Hati-hati dijalan. Jumpa lagi nanti." Syeril dan Suri sekali lagi berpelukan.

Lambaian tangan dihadiahkan. Entah mengapa timbul rasa sebak saat Suri meninggalkan majlis itu.

"Sayang..awak dah penat ke? Kalau dah penat saya hantarkan awak ke atas." Reza yang baru hampiri isterinya memeluk tubuh itu.

"Tak apa. Kita tunggu semua bersurai. Tak manis pula nak tinggalkan majlis ni."

Majlis itu berlangsung hampir dua jam. Setelah semua tetamu bersurai. Reza dan Syeril kembali semula ke bilik hotel. Hadiah-hadiah yang diterima sudah Syeril arahkan dibawa pulang ke rumah memandangkan mereka akan bermalam dihotel malam ini.

Masuk sahaja sepasang suami isteri itu ke dalam bilik hotel mereka, Syeril dikejutkan lagi dengan jambakan bunga yang diletakkan di atas katil. Terus Syeril menerpa mendapatkan jambak bunga itu dengan penuh keriangan.

"Awak suka ?." Soal Reza.

"Suka sangat..Thank you so much sayang." Secara spontan sahaja satu ciuman hinggap di pipi Reza.

"Sekali lagi sayang. Tak puas lah. Sikit sangat." Pinta Reza sambil merangkul pinggang Syeril Dania. Syeril mengerling ke arah jam dinding yang terdapat di ruang itu.

"Cukuplah..nanti melarat pula. Tengok jam tu. 2 minit lagi dah pukul 12."

"Ala..minta cium je. Tapi tak nak di pipi. Nak dekat sini." Reza memuncungkan bibirnya minta dicium sekali lagi.

'Ish.. mengada-ngada lah suami aku ni. Kang melekat tak nak lepaskan pula.'

"cepatlah sayang. Awak cium baru saya lepaskan awak. Lepastu boleh lah awak rehat." Reza masih menanti kucupan selanjutnya.


"Mmuuahhh....!!!!"

"Dah cukup kan ? Saya nak rehat. Esok kita bual lagi. Boleh kan sayang ?." pinta Syeril dengan rengekan manja.

"Okay.. take you time. Saya pun dah penat ni. Goodnight sayang."

Syeril meletakkan jambakan bunga itu disisi katil. Reza pula menanggalkan suit hitamnya.
Syeril merebahkan tubuhnya ke atas katil tanpa menanggalkan dress kuning lembutnya itu. Mata dipejam. Reza merenung wajah isterinya dengan penuh rasa bangga. Bangga dapat menawan hati yang dulu pernah dikecewakan.

Peluang kedua yang diperolehinya tak akan disia-siakan. Bukti cinta dan sayang harus ditonjolkan. Jangan pernah takut dengan kelemahan dan kekurangan yang ada. Jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus menjadi yang lebih baik dari semasa ke semasa.

'Awak akan sentiasa ada didalam hati saya. Tapi entah kenapa saya rindu awak yang dulu. Chubby dan comel. Semoga cinta kita kekal hingga akhir hayat sayangku Syeril Dania.'


"GOODBYE CHUBBY"

AMYZ NAZIFA


-TAMAT-

Goodbye semua pembaca setia "Goodbye Chubby". Insyaallah..Amyz akan keluarkan karya terbaru. Doa semoga dipermudahkan. ^_^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience