Bab 34 Setuju

Drama Completed 144105

"Tak mungkin awak tunang saya." Syeril mengerutkan dahi bersama seribu tanda tanya. Berdiri dia akibat terlampau terkejut dengan timbulnya Reza.

"Saya pun tak sangka yang awak tunang saya. Saya hanya ikut kehendak keluarga." jelas Reza sambil mendekati meja makan yang dipenuhi dengan lilin serta kelopak-kelolak mawar merah.

"Tipu..awak permainkan saya kan? Awak yang rancang semua ni kan?." Syeril masih tidak berpuas hati dengan penjelasan itu.

"Sumpah saya tak tahu tentang semua ni. Tolonglah percayakan saya. Saya betul-betul tak tahu." Reza dengan wajah redupnya. Memohon agar Syeril menerima semua ini dengan hati yang terbuka.

Syeril meregus kecil. Kedua-dua tangannya memeluk tubuh. Reza pula terasa mahu sahaja melompat tinggi ke angkasa. Sungguh dia gembira dengan ketentuan ini.

"Duduklah.. saya masih tak boleh percaya semua ni. Awak kena jelaskan pada saya macam mana semua ni boleh berlaku? Mustahil lelaki macam awak tak kisah dengan jodoh aturan orang tua." Syeril merengus perlahan. Punggungnya dilabuhkan di atas kerusi itu. Suasana romantis menyelubungi ruang yang agak privasi itu.

"Saya tak tahu macam mana lagi nak jelaskan pada awak. Tapi saya betul-betul tak tahu awak adalah tunang saya. Mungkin Allah dah aturkan kita dengan cara macam ni."

"Huhh..saya nak makan. Saya lapar." Syeril terus menikmati makanan lazat yang terhidang itu tanpa segan silu lagi. Reza tersenyum melihat gelagat Syeril.

"Apa tunggu lagi. Makan lah. Saya nak balik cepat ni." Syeril menegur lagi setelah melihat Reza asyik memandangnya.

Reza turut menikmati hidangan istimewa itu dengan perasaan yang berbunga-bunga. Hajatnya untuk memperisterikan Syeril hampir menjadi kenyataan. Suasana romantis itu berlalu dengan tenang. Hidangan lazat itu semakin lama semakin berkurangan. Perut mula kekenyangan.

Reza mengeluarkan satu kotak baldu kecil berwarna merah dari kocek seluarnya. Lalu kotak baldu merah itu diserahkan kepada Syeril. Syeril mengangkat keningnya.

"Cincin ni tanda persetujuan awak terima saya sebagai calon suami awak. Ini pun dalam rancangan orang tua kita. Mereka nak tengok cincin ni dijari awak seandainya awak setuju untuk diperisterikan." jelas Reza.

"Oh my god..pening kepala saya. Awak rasa kita akan bahagia ker Reza?. Awak boleh terima saya seadanya ker?."

"Insyaallah...kita hanya merancang. Allah yang tentukan. Saya akan lakukan yang terbaik untuk bahagiakan awak Syeril Dania. Kita sama-sama terima kekurangan serta kelebihan masing-masing."

"Saya kena pakai cicin ni sekarang ker.?" soal Syeril tidak berpuas hati.

"Yer..sekarang. Awak balik nanti ibu bapa awak nak tengok cincin ni dijari awak tanda persetujuan." jelas Reza dengan senyuman.

"Mana adil macam ni. Saya kena pakai cincin. Awak tak kena pakai apa-apa pun." rengek Syeril Dania dengan mulutnya dimuncungkan.

"Mari sini saya sarungkan." Reza sekadar tersenyum lalu membuka kotak baldu merah itu.

Syeril menghulurkan tangan ke arah Reza. Reza semakin terharu dengan kelembutan yang dihadiahkan buatnya dari Syeril. Syeril sepertinya bersetuju dengan jodoh pilihan keluarga ini. Lalu cincin mula disarungkan.

"Okay..siap."

"Hmm..belum akad nikah lagi dah ada dua cincin tanda." Sungut Syeril sambil membelek-belek cincin dijarinya.

"Terima kasih Syeril. Saya terharu sangat awak dapat terima dan tak sangka awak adalah tunang saya." ucap Reza ikhlas dari lubuk hatinya.

"Saya lagi tak sangka ditunangkan dengan tenuk depan mata sekarang ni." sindir Syeril dengan reaksi spontan.

"Tenuk ??? Awak panggil saya tenuk??." soal Reza dengan serius.

"Awak panggil saya doraemon boleh. Kenapa saya nak panggil awak tenuk tak boleh pula ??."

"Arhh..sudah. Dah lah sayangg. Benda dah lepas. I'm sorry okay..?." Reza menunggu kata-kata Syeril seterusnya.

"Lepas ni kalau macam-macam dengan saya, tahu lah saya nak buat apa."

"Baiklah Cik Syeril Dania ku sayang. And saya nak tanya awak dari mana dengan baju jubah hitam ni semua? macam nak ziarah orang meninggal jer?."

"Ohh..saya dari kampung Anis. Anis dah meninggal subuh tadi. Saya drive ke sana dan balik ke sini untuk jumpa tunang saya tu."

"Maksud awak Anis Farhana ??."

"Yer Anis Farhana." Syeril mengakui.

"Innalillah.. kenapa tak cakap dengan saya. Kalau tak, boleh saya temankan awak."

"Saya boleh jer pergi sendiri. Lagipun tadi nak cepat takut tak sempat tengok jenazah."

"Hmm..saya sebenarnya nak balik cepat ni. Jom kita balik sekarang nak?." soal Reza.

"Kenapa nak cepat sangat balik? Girlfriend tunggu dimana-mana ker?." Sindir Syeril sambil menyedut minumannya.

"Ishh. ..ke situ pula dia. Saya nak balik minta ayah saya percepatkan pernikahan kita lah. Mana lah tahu tiba-tiba orang tu berubah fikiran." usik Reza lalu senyuman terukir indah dibibirnya buat Syeril.

"Hmm.. macam-macam lah awak ni. Saya pun nak balik cepat. Sebab menyampah tengok muka awak. Dah jom..!!." Syeril mencapai beg tangannya lalu bingkas bangun dari duduknya.

"Tapi esok kita jumpa lagi kan? Kita keluar lunch. Okay..!!." Reza turuti langkah Syeril yang kini telah meninggalkan ruang romantis itu. Syeril pantas menoleh ke belakang saat Reza berkata-kata.

"Awak jangan ingat dengan lesen yang telah awak ada sekarang, awak boleh ajak saya keluar sesuka hati. Saya tetap dengan pendirian saya. Awak nak saya terima awak, awak perlu usaha. Jika saya termakan umpan awak, tu jodoh kita. Andai saya termakan umpan lain, awak boleh pergi dari hidup saya dan biarkan saya nikmati umpan tu setenang-tenangnya."

"Uii... siapa yang berani tauk umpan pada awak? Saya akan buat umpan yang lain dari yang lain. Awak tunggu makan jer nanti okay." Reza membalasnya dengan selamba. Syeril menoleh ke depan semula dengan jerlingan panas buat Reza. Lalu langkan kembali tersusun. Reza tergesa-gesa berlari mengekori tunangnya dari belakang.

****************************

Kedatangan Tengku Razaleigh sangat mengejutkan Tengku Adam. Sungguh dia tidak menyangka bahawa bapa saudaranyanya akan menjejakkan kaki ke rumahnya setelah hampir 5 tahun dia diusir oleh Tengku Razaleigh sendiri selepas berjaya mengambil alih syarikat milik bapanya serta rumah. Entah apa sebabnya bapa saudaranyanya itu kemari. Pasti ada sesuatu yang ingin dilakukan demi kepuasan dan kepentingannya sendiri.

Tengku Adam mengambil tempat duduk berhadapan dengan bapanya yang sejak tadi asyik menerawang sekitar ruang tamu itu.

"Ada hajat apa Walid Ngah datang ni?." soal Tengku Adam tanpa menatap langsung wajah tua itu.

"Saja..nak tengok kamu. Nampak kurus sikit. Tak cukup makan ker apa?." Soal Tengku Razaleigh bersama ketawa kecilnya.

"Bukan tak cukup makan. Tapi tak cukup kasih sayang. Walid Ngah cakap jer apa hajat walid Ngah datang sini. Adam ada banyak kerja ni." Sindir Tengku Adam sambil menyandarkan tubuhnya.

"Tak ada apa sangat yang Walid Ngah nak minta ni. Kecil jer. Walid Ngah perlukan 11 juta untuk langsaikan hutang syarikat. Nak pakai secepat mungkin sebelum diisytihar muflis." jelas Tengku Razaleigh tanpa segan silu.

"What..?? 11 juta ??. Tentunya tidak. Bukan tanggungjawab Adam lagi lepas Walid Ngah ambil alih dulu. Kami dah ada kehidupan sendiri. Dan kami tak perlukan syarikat tu lagi. Dan kalau muflis pun kami tak kisah. Sebab syarikat tu dah banyak buat kerja haram lepas Walid meninggal dulu."

"Heii..!! Adam tak rasa menyesal ker bila tengok syarikat tu gulung tikar nanti? Kalau Walid masih ada pun, pasti Walid akan kecewa dengan sikap Adam." Tengku Razaleigh mula bernada tinggi. Dia cuba memujuk Tengku Adam untuk memberikan sejumlah wang yang dipinta.

"Adam tetap tak akan kasi Walid Ngah walau satu sen pun. Walid Ngah settle sendiri Walid Ngah punya hutang. Tak ada kena mengena dengan Adam." Tengku Adam tetap dengan keputusannya. Tengku Razaleigh semakin panas.

"Cis..!! buang masa aku jer ke sini. Ada anak saudara pun tak boleh harap." Tengku Razaleigh merengus kasar. Dia bangun dari duduknya lalu meninggalkan ruang tersebut dengan hati yang hampa.

Tengku Adam menggelengkan kepalanya. Sungguh dia kecewa dengan sikap bapa saudaranya itu. Syarikat yang diusahakan oleh almarhum bapanya dulu bakal hancur ditangan Tengku Razaleigh. Namun dia tidak mahu lagi memberi kerjasama kerana masih teringatkan peristiwa dia diusir suatu ketika dahulu.

Gavin yang datang dari arah dapur turut menggelengkan kepalanya. Rasa simpati buat Tengku Adam muncul. Dia menuju ke arah Tengku Adam yang kini sedang memicit-micit kepala yang sedang kusut itu.

Ini sahaja yang sempat Amyz update. Sungguh Amyz kekurangan waktu sekarang. Harap semua readers sabar yer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience