Bab 20 Dekati

Drama Completed 144103

Tan Sri Zainal kini sudah dibenarkan pulang setelah beberapa hari terlantar di hospital. Pergerakannya terbatas kerana kini beliau sudah lumbuh separuh badannya.

Syeril dan Syawal Danish sedaya upaya mencari perubatan terbaik untuk kesembuhan bapa mereka. Puan Sri Tania juga tidak ketinggalan. Ubatan tradisional juga menjadi pilihan.

"Papa ada wasiatkan jika terjadi apa-apa padanya, dia serahkan hal-hal hotel ni pada Syeril. Sekarang papa dah terlantar macam ni. Kamu terpaksa handle semua." kata Puan Sri Tania dengan nada sayunya.

"Syeril tahu ma. Insyaallah.. Syeril akan jaga syarikat kita sebaik mungkin. Sekarang Syeril kena minta semua ahli lembaga pengarah berkumpul. Kami akan bermesyuarat dalam masa terdekat ni." kata Syeril dengan yakinnya.

"Danish rasa serba salah pula. Time macam ni Danish masih study. Kan bagus kalau Danish boleh bantu akak handle syarikat." Danish memuncungkan bibirnya. Rasa bersalah membelenggu dirinya.

"Kamu dah di sem yang terakhir kan. Lepas habis jer study ni, masuk office. Handle hotel di Kuching. Ada rezeki kita buka lagi satu cawangan." Syeril sekadar menyedapkan hati adiknya itu. Dia benar-benar mahu melihat Syawal Danish menghabiskan pengajiannya.

"yer lah.. mama pun sama fikir macam tu. Baik Danish habiskan pengajian dulu. Papa mesti marah kalau Danish tangguhkan pengajian ni."

"Baiklah..terima kasih sebab selalu beri kata-kata semangat untuk Danish. Habis jer study Danish terus masuk office." jawab Danish dengan yakinnya.

Syeril dan Puan Sri Tania tersenyum kelat. Mereka kini baru mahu menikmati makan tengahari pada jam 3 petang. Mereka baru sahaja pulang dari hospital menjemput Tan Sri Zainal pulang ke rumah.

"Mama..!! mama kena makan. Jangan fikirkan sangat. Nanti mama pula jatuh sakit macam mana." Danish menegur ibunya yang hanya menguis nasi dalam pinggan itu.

"Mama tak ada selera lah." jawab Puan Sri Tania.

"Kena makan juga walaupun sikit mama. Tak baik mama seksa diri tu. Papa still boleh bercakap kan. cuma berjalan sahaja tak boleh. Mama kena kuat kalau mama nak papa sembuh." leter Syeril pula.

Puan Sri Tania menyuapkan nasi ke mulutnya. Dikunyah nasi itu perlahan-lahan sambil mata yang tidak berkedipan.

Syeril dan Danish berpandangan lalu sedikit senyuman dilemparkan. Puan Sri Tania menyuapkan suapan kedua dan seterusnya hingga licin makanan itu.

"Now, mama naik atas mandi and rest. Papa biar Danish yang tengokkan sementara Danish belum masuk kolej lagi." kata Danish ada ibunya.

Puan Sri Tania melangkah naik ke atas. Badannya berasa agak lesu dan tidak bermaya. Dia harus istirehat yang secukupnya. Dia harus kuatkan diri untuk senangkan hati anak-anaknya.

"Danish..!! Akak nak cakap sikit." Berkata Syeril yang kini mendekati adiknya yang mahu ke bilik yang menempatkan bapa mereka itu.

"Ada apa kak?." Danish dengan kerutan didahinya.

"Papa ada cakap apa-apa tak pasal Tengku Adam sebelum dia jatuh sakit?." soal Syeril sambil bertentang mata dengan adiknya itu.

"Yang Danish tahu, Tengku Adam tarik diri dari projek baru tu. Tapi hal tu dah 5,6 bulan lepas rasanya. Masa akak mula-mula ke Kuching."

"Apa yang sebenarnya berlaku yer? mama cakap ada kaitan dengan Tengku Adam. Cuma mama tak tahu apa halnya." kata Syeril sambil memeluk tubuh.

"Danish pun tak tahu. Mungkin akak boleh tanya pada Zalikha PA papa." cadang Danish.

"Papa ni sebenarnya banyak berahsia. Akak cuba cari apa masalah antara papa dan Tengku Adam."

"Hati-hati kak. Tengku Adam tu licik sikit. Jangan dekati dia sangat." pesan Danish pada kakaknya agar berhati-hati dengan insan bernama Tengku Adam itu.

"Okay..kamu masuklah tengok papa. Akak nak keluar kejap. Ada hal sikit."

Danish terus memulas tombol pintu itu lalu masuklah dia ke dalam bilik yang menempatkan bapanya itu.

Manakala Syeril mencapai kunci kereta lalu keluar melalui pintu utama rumah tersebut. Masuk sahaja dia ke dalam kereta itu, enjin kereta dihidupkan. Tanpa berlengah lagi kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah itu.

**********************************

Reza terpinga-pinga mencari kelibat Imran di lobi hotel itu. Dia sudah berjanji dengan Imran untuk sama-sama melawat Tan Sri Zainal yang baru dikhabarkan oleh Zalikha bahawa beliau sudahpun dibawa pulang ke rumah.

Beberapa minit kemudian kelibat Imran muncul di lobi itu bersama seorang wanita. Mereka kelihatan agak mesra dan rapat. Reza menggelengkan kepalanya melihat Imran dan wanita itu.

"Okaylah..awak pandu kereta hati-hati. Ingat yang saya sayangkan awak tau." Imran dengan manjanya tersenyum seperti kerang busuk itu.

"Okay..bye sayang.!!" sahut wanita itu sambil melambaikan tangannya.

"Bye baby..!!" jawab Imran sambil memerhati wanita itu menuju ke tempat letak kereta.

"Woii...!! bukan main lagi kau ehh..kau ingat aku ni tunggul kayu ker apa? bukan main gedik lagi kau kan." tempik Reza yang menyampah melihat aksi menggatal Imran itu.

"Kau jealous?? tu lah kau. Harap muka jer handsome. Tapi tak ada girlfriend..Kesian.." sindiran itu membuatkan Reza bertambah sakit hati. Dia memandang tajam wajah Imran yang berdiri dihadapannya itu.

"Kau ni kang aku sumbat masuk tong sampah tu baru kau tahu. Mulut tak ada insurans betul. Tu cikaro mana pula kau layan. Gedik semacam jer?."

"Ish..kau pun sama. Mulut tak ada insurans. Tu kerani di syarikat sebelah. Dia bakal isteri aku tau. Kau ada?." jawab Imran dengan bangganya.

"Eleh...dah jom. Menyampah aku layan aku ni lama-lama. Kang aku pula yang diserang stroke." Reza melangkah menuju ke arah tempat letak kereta di perkarangan hotel itu.

Imran menyusul dari belakang dengan omelannya. Reza melangkah tanpa hiraukan omelan Imran yang masih tidak berpuas hati dengan pertengkaran sebentar tadi.

"Hey...!! tunggu lah. Aku nak cakap pasal Cik Syeril ni." panggil Imran dari belakang.

"Kau nak cari pasal lagi lah tu. Malas aku layan kau." jawab Reza yang masih tidak hiraukan kata-kata Imran yang terkejar-kejar mendapatkan Reza.

"Aku nak cakap yang Cik Syeril balik KL..Aku tak tipu kau lah." tempik Imran lagi.

Reza menghentikan langkahnya. Dia berpaling ke belakang untuk mendapatkan kepastian dari Imran.

"Kau biar betul? Mana kau tahu?" soal Reza dengan kerutan didahinya.

"Aku tahu lah. Dia ada call office tadi cakap nak adakan meeting esok pagi. Ada hal penting perlu di bincangkan." jawab Imran yang tercungap-cungap keletihan.

"Kenapa kau tak cakap awal-awal." soal Reza lagi.

"Saja.." jawab Imran pendek.

"Ish..kau ni. Boleh pula saja-saja."

Giliran Imran pula melangkah tanpa menghiraukan Reza yang tercegat berdiri itu.

Reza meneruskan langkahnya. Sampai sahaja di kereta, Reza terus membuka pintu kereta lalu masuklah mereka ke dalam perut kereta itu.

**************************************

Suzi membeli belah dengan gembira sekali. Gembira menghabiskan wang ringgit milik Tengku Adam.

Pelbagai barangan mewah diborongnya. Barang perhiasan dari atas kepala hingga ke kaki lengkap dibeli.

"Ehh..kau tak penat lagi ker? Aku dah letih sangat ni. Jom lah kita minum dulu." kata Nita iaitu sahabat baik Suzi.

"Leceh lah kau ni. Baru sikit ni. Aku belum puas lagi. Kau nak apa-apa lagi tak? Kita enjoy puas-puas." kata Suzi yang masih asyik memilih pakaian di sebuah butik berjenama dan terkenal itu.

"Aku nak makan sekarang. Lapar dan haus sangat. Jom lah Suzi." rengek Nita dengan mimik muka yang masam itu.

"Okaylah..jom kita makan dulu." Suzi akur dengan ajakan itu. Mereka keluar dari butik tersebut dan menuju ke restoran yang terletak dalam pusat membeli belah itu.

Sampai sahaja di restoran itu, mereka terus memesan makanan dan minuman untuk hilangkan rasa lapar dan dahaga.

"Suzi..!! Aku nak tanya sikit boleh? Kenapa kau tak kahwin jer dengan Tengku Adam ni?." soal Nita.

"Kalau aku dah kahwin, dah tak boleh lah bersosial macam ni. Tak bebas lagi. Aku tak nak hidup aku ni dikongkong. Aku belum bersedia lagi nak tamatkan zaman bujang aku ni." jawab Suzi dengan senyuman.

"Lain betul pendapat kau dengan aku. Aku kalau jadi kau, aku terus kahwin dengan Tengku Adam ni. Tak payah penat-penat tukar jantan. Duduk dirumah goyang kaki. Minum pakai orang yang uruskan. Bahagianya hidup." Nita meluahkan pendapatnya dengan penuh perasaan.

"Aku lebih suka hidup macam ni. Mungkin belum sampai seru lagi kot." jawab Suzi sambil membelek-belek telefon bimbit yang berada di tangannya kini.

Pesanan yang dipesan sebentar tadi tiba. Pelayan itu menghidangkan makanan yang berbau enak dan lazat diatas meja tersebut. Mereka menikmati makanan itu dengan penuh berselera.

"Lepas ni nak ke mana pula? Kita balik okay. Aku ada customer tau malam ni. Dah payment pun." kata Nita sambil menyuapkan makanan ke mulut.

"Ala..dah nak balik ker? Aku belum puas lagi ni." Suzi mula merengek.

"No...aku nak balik. Aku ada customer penting malam ni." jawab Nita berkeras dengan keputusannya.

"Siapa customer tu? Mesti bukan calang-calang orang ni." soal Suzi besama lirikan mata.

"Siapa? oppss...rahsia.." jawab Nita masih berahsia.

"Okay fine."

Setelah selesai mengisi perut, mereka membimbit semua barang yang baru dibeli tadi untuk pulang ke rumah. Suzi berat hati untuk pulang kerana masih belum puas menbeli belah. Namun dia terpaksa akur kerana Nita berkeras mahu cepat pulang.

****************************

Ketika dalam perjalanan ke rumah Tan Sri Zainal, Reza tidak senang hati. Dia asyik memikirkan tentang Syeril. Entah mengapa tiba-tiba sahaja degupan jantungnya berdegup dengan kencang serta hati berdebar-debar.

Perasaan yang dia sendiri tidak pasti. Imran juga tidak banyak dengan berbual kosongnya. Setibanya mereka di rumah banglo mewah tersegam indah itu, kelihatan beberapa kakitangan hotel turut sama-sama hadir. Ada yang sudah mahu berangkat pulang.

Reza tercari-cari sesosok tubuh yang dirindui itu. Namum tidak kelihatan di anak matanya.

Berjalan lah mereka menuju ke pintu utama rumah itu. Kedatangan mereka disambut oleh Syawal Danish yang sedang berdiri di muka pintu utama itu.

"Assalamualaikum..!!" Reza memberi salam.

"Waalaikumussalam..!! jemput masuk. Papa ada di bilik tu."

Mereka bersalaman dan Reza memilih untuk terus ke bilik yang ditunjukkan oleh Danish sebentar tadi. Namun matanya liar tercari-cari sesuatu.

"Ehh..Syah Reza dan Imran kan ?." Puan Sri Tania menyapa terlebih dahulu.

"Yer saya Syah Reza. Ini Imran. Kami nak melawat Tan Sri Zainal." Reza berkata bersama senyuman yang terukir.

"Jempur masuk. Tan Sri tak tidur pun. Marilah." panggil Puan Sri Tania mempelawa dua sosok itu masuk ke dalam bilik tersebut.

Mereka melangkahkan kaki memasuki bilik itu dengan tertib sekali. Reza terlebih dahulu melangkah dan diikuti oleh Imran di belakang.

Mereka bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat pada Tan Sri Zainal untuk terus kuatkan hati dengan ujian ini. Tan Sri Zainal menerima nasihat dan kata-kata semangat itu dengan hati yang terbuka.

Setelah beberapa minit berbual dan bertanya khabar, mereka mengambil keputusan untuk pulang. Saat mereka mahu keluar dari bilik itu, kelihatan beberapa lagi staff hotel yang datang menziarahi Tan Sri Zainal.

Tanpa melengahkan masa lagi, Reza dan Imran bersalaman lalu keluar dari bilik itu.

Reza memalingkan tubuhnya ke belakang saat terdengar satu suara yang sangat dikenalinya.
Satu sosok gadis yang dirindui.

Gadis itu juga memandangnya, namun langsung tidak mengendahkan dirinya yang tercegat berdiri di muka pintu itu. Syeril sibuk dengan panggilan telefonnya. Dia berjalan dan memasuki bilik yang menempatkan Tan Sri Zainal itu.

'Betul ker itu dia? bila masa dia kurus dan langsing ni? atau tu orang lain. Tapi tahi lalat ditangannya itu sama.' Reza dengan pelbagai persoalan yang bermain diminda.

"Woi..!! tutup mulut kau tu." tegur Imran.

"Tu Cik Syeril ker?." soal Reza meminta kepastian.

"Yer tu Cik Syeril. Gadis yang kau pernah reject dulu tu. Kenapa? menyesal ker?."

"Kau ni memang suka cari pasal kan. Dah jom balik." ajak Reza lalu mereka pun berangkat pulang.

Didalam perjalanan itu, Reza hanya mendiamkan dirinya. Imran sibuk dengan telefon bimbitnya.

'cantiknya dia. Kenapa aku boleh hina dia dulu sedang kan dia boleh ubah penampilan dia. Ishh..padan muka kau Reza. Itulah sombong sangat. Dulu kau sanjungkan sangat si Tasya tu. Akhirnya, dua-dua melepas.' Reza berkata dalam hati.

Pemanduannya masih tenang bersama perasaan bersalah. Dia sedang memikirkan cara untuk mendekati Syeril Dania semula. Dan berharap agat gadis itu masih menaruh perasaan terhadapnya.

Hmm... agak-agak Syeril masih ada simpan perasaan jer Reza oii.. Entah-entah dah ada orang Kuching tersemat di hati dia...nasib kau lah Reza.. malang betul.. kihkihkih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience