Ilham masuk ke dalam bilik tidur. Kelihatan Safia sedang berdiri di balkoni sambil memandang ke langit. Dia berdiri di sebelah Safia dan mencuit bahu isterinya.
“Jauhnya termenung, sampai mana dah tu?” Safia sikit terperanjat.
“Eh abang.. terkejut Pia” Ilham tersenyum. Dia menunjuk perut isterinya.
‘’Perut dah ok?’’
“Ha? Perut? Kenapa?’’ berkerut kening Safia memandang suaminya.
“Lah.. kan tadi Pia kata sakit perut. Lama membuang rupanya ada kat sini’’
“Oh.. Err dah ok. Sorry la abang. Ni pun Pia baru keluar toilet” Safia ingin berlalu dari situ.
Sebenarnya dia bukan pergi tandas pun. Sengaja dia cari alasan naik ke bilik supaya dapat elak dari soalan Mak long Salma itu lagi. Cepat Ilham menahannya.
“Eh, nak pergi mana?’’
“Pergi turun bawah la. Ummi dengan mak long kan ada lagi kat bawah’’ langkah Safia terhenti sambil tangan menunjuk ke luar pintu.
“Tak pe. Diorang dah balik pun. Ayah call tadi cari ummi. Lama sangat keluar dengan kakak dia tu dari petang tadi tak balik-balik”
“Oh. Tak apa lah gitu” Safia tersenyum tawar. Lama Ilham memandang isterinya.
“Pia ok?’’
“Kenapa? Nampak Pia tak ok ke?’’ terangkat kening Safia memandang Ilham.
“Ermm. Meh sini duk dekat abang’’ Ilham menarik Safia dalam pelukannya. Mereka sama-sama memandang ke langit. Safia hanya membiarkan saja perbuatan suaminya.
“Kenapa ni? Pia banyak termenung sekarang ni abang tengok. Ada masalah? Humm?’’
“Kan best kalau kita ada anak kan bang..’’ tawar senyumannya. Kata mak long Salma tadi terngiang di telinga.
“Best memang best. Tapi nak buat macam mana. Belum rezeki kita sayang. Sabar je la’’
“Tapi betul la mak long cakap. Rumah kita sunyi kan tak ada budak-budak’’
“Alar.. Kalau kita pasang TV nanti riuh la rumah kita.. ’’ seloroh Ilham.
“Abang.. Pia serius ni..!’’ tangan Safia menampar perlahan lengan suaminya. Ilham tergelak kecil.
Ilham tak pernah serius bila topik anak dibahaskan. Tak terasakah dia dengan soalan mak long Salma tadi. Bukannya tadi saja. Kerap kali berjumpa, mesti soalan itu jugak di tanya.
Lagi-lagi sejak anak Mak long Salma yang ke dua itu yang baru beberapa bulan kahwin sudah bunting. Lepas tu dibanding kan pulak dengan dirinya. Dulu dia rasa itu biasa. Tapi, setiap kali berjumpa topik itu jugak di tanya, dia jadi rimas. Sampai kan dia rasa nak balik rumah mertua pun jadi serba tak kena. Risau jika Mak long Salma bertandang disitu. Terpaksa pulak mengadap muka ibu saudara kesayangan suaminya itu.
Baik balik kampung je. Keluarganya tak pernah bahas langsung soal itu. Mereka sudah faham rezeki anak tu dari Allah.
“Betul la.. Bukak TV nanti bising la.. alarr Pia. Sayang sabar la. Nanti ada la rezeki kita. Kita pun dah ikhtiar kan. Jumpa doktor pun dah. IVF pun dah buat tapi tak jadi je’’ Ilham mendekatkan bibir di kepala isterinya.
Dia tahu isterinya terasa dengan kata Mak long Salma. Sudah banyak kali dia nasihatkan Safia untuk tidak ambil hati. Abaikan saja soalan itu. Jawab saja belum rezeki. Bukannya mereka tidak usaha.
Pelbagai cara mereka lakukan untuk dapatkan zuriat. Doktor pun dah mengesahkan mereka berdua tiada masalah kesuburan. IVF adalah jalan terakhir dan mereka sudah cuba tapi tidak berjaya. Safia yang tak nak terus kan kerana rasa sakit fizikal dan mental. Jadi kerana sayang dia ikut kan saja isterinya.
“Mak long kan selalu tanya kita. Lagi-lagi sejak anak dia Hanim yang baru kahwin tu pun dah melekat. Tunggu hari nak bersalin je..’’
“Biar la mak long tu. Dia memang macam tu mulutnya. Kalau dia tanya kita jawab je belum rezeki. Pia tak payah la ambik hati. Anggap je mak long tu just ambik berat’’ Safia membuat muka saat mendengar kata suaminya.
‘Huh? Ambik berat ke macam tu?’ sindir Safia dalam hati. Nak cakap lebih kang jadi gaduh pulak. Bukan dia tak tahu suaminya ni sayang sangat kat Mak long Salma tu. Wanita itu lah yang mengasuh mereka adik-beradik sewaktu kecil dulu. Sebab itu apa yang di cakap Mak long Salma Ilham langsung tak ambik hati.
“Abang bahagia tak dengan Pia? Yela.. Pia kan belum mampu bagi abang zuriat lagi’’ soal Safia tiba-tiba.
“Kenapa tanya macam tu. Abang bahagia je. Abang tak kisah sayang. Anak tu kan rezeki dari Allah. Kalau Dia bagi kita terima’’
“Yeke. Ni baru 4 tahun kahwin tau. Boleh la abang cakap macam tu. Entah-entah nanti dah 6 ke 7 tahun kahwin berubah pulak hati tu cakap nak kahwin lain sebab nak zuriat. Tahu sangat dengan orang lelaki zaman sekarang ni” Safia tersenyum sinis. Teringat dia tentang drama-drama melayu yang pernah dia tengok. Awal episod cakap lain. Hujung episod cakap lain. Huh!
“Hihihi. InshaAllah abang tak macam tu. Abang selalu doa hati abang tak pernah berpaling pun dari Pia’’ laju Ilham mencium pipi isterinya.
“Walaupun sampai bila-bila kita tak ada anak, abang akan setia and sayang Pia sorang?’’ duganya sambil memandang Ilham.
“Ye sayang. Abang akan setia and sayang Pia sorang. Dari dulu lagi hati abang ni tak pernah berubah. Abang sumpah takkan ada perempuan lain dalam hati ni’’ Safia tergelak bila Ilham mengangkat tangan berjanji macam budak kecil.
“Aip!. Jangan main sumpah-sumpah. Makan sumpah nanti..’’ mereka sama-sama ketawa. Dalam beberapa minit di luar, Safia menarik tangan suaminya masuk ke dalam rumah.
Share this novel