Selesai menunaikan solat Isyak secara berjemaah dengan suaminya tadi, Safia terus berbaring di atas katil. Dia memusingkan badannya ke kanan dan ke kiri beberapa kali, tetap juga tidak boleh terlelap.
‘Time solat tadi, mengantuk sangat. Bila dah selesai, hilang pulak mengantuk ni. Setan apa la yang bertenggek kat mata tadi. Ishh!’ Safia melepaskan geram di dalam hati.
Jam di tepi katil di pandang. Baru pukul 9.15 malam. Mungkin terlalu awal untuk dia tidur. Safia turun dari katil dan membuka pintu sliding balkoni biliknya. Dia keluar ke situ untuk mengambil angin malam seketika. Mata memandang beberapa bintang yang ada di atas langit. Angin spoil-spoil bahasa mula menyapa muka.
Sedar tak sedar, sudah dua bulan dia menjadi isteri Ilham buat kali kedua. Dia pun sudah berpindah masuk ke rumah Ilham ini. Mujur la tilam, katil, cadar serta cat rumah ini sudah bertukar. Tak ada la dia terbayangkan kenangan lama ketika Ilham bersama isteri lain di rumah ini. Kalau kenangan dia dengan Ilham dalam rumah ini, tak mengapa untuk dia bayangkan. Bibir tersenyum sendiri.
Safia termenung seketika. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini moodnya berasa tidak menentu. Nak masak malas. Mengemas pun dia berasa malas. Anaknya merengek nak makan dan tidur pun dia malas nak layan. Biarlah Ilham yang melayan Darwish dan menidurkan anak mereka di bilik sebelah.
Moodnya adakalanya swing juga. Ilham buat kesalahan kecil pun dia rasa nak melenting. Mujurlah Ilham sudah menanam kesabaran yang tinggi dalam dirinya. Bila dia marah atau membebel, Ilham cepat meminta maaf atau mendiamkan diri. Risau juga hati bila teringatkan pergaduhan besar mereka dulu. Kang tak pasal-pasal dia ditalak lagi. Ya Allah mintak jauh lah semua itu dari berlaku. Hmm.
Kenapa ye sekarang dia mudah naik angin dengan suaminya? Orang kata itu tanda terkena sihir. Siapa pulak nak hantar sihir pemisah pada dia dah Ilham.?
Astaghfirullahalazim..! Dah kenapa pemikirannya sampai ke tahap itu. Semoga Allah melindungi rumah tangganya dari permainan syaitan itu semua. Doa Safia di dalam hati.
Tiba-tiba dia teringatkan tentang pertemuan dengan Farhan ketika mereka membawa Darwish ke taman permainan minggu lepas. Wajah Farhan dan Wardah bermain dalam fikiran.
“Awish nak main slide tu…’’ kata Darwish ingin melepaskan pegangan tangan Safia.
“Sabar lah sayang.. Tunggu papa beli aiskrim dulu. Awish nak aiskrim kan tadi..” pujuk Safia.
Sejak umur Darwish sudah mencecah 3 tahun lebih ini, anaknya itu semakin aktif. Sudah la sejak beberapa hari ini dia berasa tidak sedap badan. Bertambah tak larat lah dia nak pantau anaknya kalau di biarkan bermain sendiri.
“Assalamualaikum.”
Safia berpaling ke arah suara yang memberi salam. Berubah air muka Safia memandang lelaki yang berdiri di sebelahnya. Dengan pantas dia menjauh dan memegang kuat anaknya.
“Waalaikumsalam..!” jawab Safia sambil memandang Farhan yang tersenyum tawar kepadanya. Kelihatan Wardah juga turut ada di sebelah lelaki itu.
“Pia apa khabar? Sihat?”
“Sihat” acuh tidak acuh saja Safia menjawabnya. Dia berasa tidak selesa. Masih trauma dengan lelaki itu. Mujurlah dia di tempat awam sekarang. Yang Si Ilham ni entah mana pulak perginya. Beli aiskrim apa lama sangat!
Farhan memandang tunangnya di sebelah. Dalam beberapa saat mereka berbisik, Wardah menganggukkan kepala kepada Farhan. Kemudian dia berdiri dan menjauh sedikit supaya memberi ruang kepada mereka untuk bercakap.
“Buat apa kat sini?” soal Safia.
“Saya ada urusan kat KL ni dengan Wardah. Tapi awak jangan salah faham. Saya tak stalk awak. Saya memang niat nak jumpa awak. Kebetulan saya dengan Wardah nampak awak tadi. Itu kitorang ikut awak. Saya nak mintak maaf kat awak dengan apa yang dah berlaku’’ laju Farhan berkata sambil mengangkat tangan memohon maaf.
Masih ada rasa sebersalah menyelubungi dirinya. Dia sudah berterus terang pada Wardah tentang hubungan mereka dulu. Wardah pun sudah memaafkan kesalahannya dan sudi menerima dirinya semula. Dengan ditemani tunangnya hari ini, dia cuba berani kan diri berjumpa Safia.
“Saya dah maafkan awak” cepat Safia berkata. Farhan tersenyum tawar. Dia tahu Safia masih takut dan trauma dengan dirinya. Riak wajah Safia nampak jelas tidak selesa dia berada di sini.
“Thanks Pia. Thank you sebab sudi maafkan saya. Saya menyesal dengan apa yang saya dah buat kat awak. Awak jangan risau. Saya takkan ganggu awak lagi. Saya doakan awak dengan Ilham bahagia” kata Farhan Ikhlas.
Selepas kejadian itu, dia masih berkunjung ke kampung Safia untuk meminta maaf. Tapi, kerana takut, dia hanya perhatikan Safia dari jauh. Sehinggalah dia ternampak majlis pernikahan mereka berlangung.
Walaupun Safia sudah bernikah, dia masih mengekori mereka dari jauh. Jelas terpancar senyuman bahagia di wajah Safia ketika bersama Ilham. Dia harus redha yang Safia bukan jodohnya.
Sejak dari itu, dia mengambil keputusan mengikhlaskan hati melepaskan cinta singkatnya itu pergi. Dan berusaha dengan bersungguh-sungguh memujuk Wardah untuk kembali bersamanya.
Mata Farhan beralih memandang ke arah Darwish. Dia berasa sangat rindu pada anak kecil yang semakin membesar itu.
“Hai Darwish…” Farhan menunduk dan mengangkat tangan pada Darwish.
“Pergi salam uncle” arah Safia pada anaknya. Darwish teragak-agak untuk mencium tangan Farhan. Mungkin kerana sudah lama tidak berjumpa.
“Rindunya uncle kat Darwish ni.. How are you..?’’ Farhan mengusap manja kepala Darwish.
“I’m fine..” jawab Darwish dengan bahasa budaknya. Farhan ketawa memandangnya. Nampak bijak Darwish sekarang.
Tiba-tiba Ilham datang dan menolak kasar bahu Farhan sehingga lelaki itu terganjak ke belakang. Wardah yang terkejut segera mendekati tunangnya.
“Kau buat apa ha?!” marah Ilham.
Safia cepat menahan suaminya.
“Abang..! Sabar la.. Jangan macam ni..”
“Kau buat apa kat sini?? Kau stalk Pia ke apa?! Jangan dekat dengan family aku!” Ilham mengangkat jari telunjuk pada Farhan.
“Dia cuma nak mintak maaf kat Pia je bang..” pujuk Safia sambil memegang dada suaminya. Beberapa orang awam di situ mula memandang ke arah mereka.
“Aku ada urusan kat sini dengan tunang aku. Aku datang sini nak mintak maaf kat Pia. Itu je..!” jelas Farhan.
“Pia dah maafkan kau kan. Tunggu apa lagi?? Blah la!!” kasar suara Ilham sambil menggoyangkan jari telunjuk ke arah Farhan sebagai isyarat menghalaunya pergi.
Farhan menelan air liur. Masih terasa sakit di bibir dan hidungnya akibat tumbukan lelaki itu dulu.
“Aku just nak bagi ni. Wedding card kitorang. Insha-Allah hujung bulan nanti. Datang lah” Farhan menghulurkan sampul putih yang sejak tadi berada di poket belakang seluarnya kepada mereka.
“Ye Insha-Allah. Terima kasih’’ cepat safia mengambil sampul itu. Dia berharap Farhan segera pergi. Risau jika tiba-tiba Ilham bertindak memukul lelaki itu lagi.
Farhan mngangguk dan tersenyum kelat pada mereka. Mata Ilham tidak lepas memandang tajam pada Farhan tanpa senyuman.
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum” kata Farhan pada Safia. Kemudian matanya beralih memandang Ilham.
Safia menjawab salam itu. Ilham hanya menjawabnya di dalam hati. Sebelum pergi, Farhan menghulurkan tangan kepada Ilham untuk bersalam. Dengan dipaksa oleh Safia membuatkan Ilham terpaksa menyambut huluran tangan itu.
Setelah itu, Farhan terus melangkah pergi bersama tunangnya.
“Senang Pia maafkan dia..!” sindir Ilham pada isterinya.
“Dia manusia bang. Ada buat silap. Lagipun time tu Pia yang lempang dia. Takkan la satu kesilapan dia, Pia nak lupakan semua kebaikan dia’’ Jawab Safia.
“Yela tu. Jangan ada cinta lagi dah la..’’ kata Ilham dengan nada cemburu. Berkerut kening Safia memandangnya.
“Ish abang ni..! tak adanya..! Cuba cairkan hati tu maafkan orang, macam cairnya aiskrim kat tangan abang tu..!” Baru Ilham perasan aiskrim coklat yang mencair di tangan kirinya. Patutlah terasa sejuk.
“SAYANG!”
petikan jari Ilham mengejutkan Safia. Wajah Farhan dan Wardah hilang dari ingatan.
“Terkejut Pia. Darwish dah tidur?”
“Dah, baru je. Tapi pintu bilik abang tak tutup la. Takut dia nangis tak dengar pulak” jawab Ilham. Sudah berhari-hari dia mengajar anaknya tidur sendiri. Hari ini, Darwish nampak semakin selesa walaupun jenuh juga dia memujuk anaknya yang mula nak buat drama air mata tadi.
“Kenapa abang bercerai dengan Eja?” berkerut kening Ilham mendengar soalan Safia itu.
Kenapa tiba-tiba isterinya tanya begitu? Mungkin sebab Safia teringatkan tentang pertemuan mereka dengan Khadeja di restoran tengah hari tadi. Ilham menghela nafas. Malas dia nak buka cerita lama.
“Tak ada jodoh. Lagi pun abang tak boleh cintakan dia. Dia pun bukan cintakan abang. Time dengan abang pun dia dah ada pilihan hati. So, abang lepaskan lah dia. Kenapa tiba-tiba Pia tanya?” Ilham memandang Safia.
“Yeke..? tapi kenapa dulu nampak macam dia suka kahwin dengan abang erk? Abang pun, mulut je kata tak suka. Dalam hati tu bukan main suka kan dapat yang muda. Dia siap mengandung lagi’’ sindir Safia seolah tidak berpuas hati.
“Sebab terpaksa je tu..’’ jawab Ilham bersahaja.
“Terpaksa? Apa yang terpaksanya?’’ Berkerut kening Safia. Tak faham mungkin.
Ilham terdiam. Perlu ke dia buka aib orang? tapi demi membersihkan namanya pada safia dia akan berkongsi. Dia tahu isterinya tidak akan bercerita pada sesiapa pun.
“Sebenarnya…. Dia dah mengandung waktu dia nikah dengan abang dulu tu..’’
“What?? Seriously??” terkejut Safia mendengarnya.
Ilham mengangguk perlahan. Kemudian dia menarik nafas panjang dan menceritakan semua pada isterinya. Daripada A sampai lah Z. Safia tekun mendengar tanpa menyampuk sedikit pun.
“Mak long tahu?” soal Safia setelah suaminya selesai bercerita. Ilham menggeleng.
“Nope.. Abang tak cerita kat sesiapa pun. Aib orang kan. Diorang pun baru tahu lepas abang excident dulu tu. Mummy Khadeja dah cerita semuanya kat mak long dengan ummi. Ummi apa lagi. Naik angin la. Lama jugak abang tak bercakap dengan mak long lepas abang eccident tu.. Ummi pun tak bercakap dengan mak long. Tapi abang tak perasan pulak bila dua beradik tu berbaik. Mungkin mak long pujuk ummi kot, entah..’’ cerita Ilham panjang lebar.
“Yela. Adik beradik kan. Tak senang duduk kalau bergaduh panjang ni” kata Safia.
Ilham hanya mengangkat kening dan mengangguk saja.
Tersenyum sinis Safia setelah mendengar cerita Ilham yang panjang lebar itu.
‘Padan la muka. Nak sangat kan cucu. Ha ambik! Dapat cucu express. haha’ kutuk Safia dalam hati.
Astaghfirullahalazim! Terasa berdosa pulak hatinya mengata begitu. Tak baik betul!
Safia memandang muka Ilham. Rasa kasihan pula dia memandang suaminya itu. Tidak sangka perkahwinan Ilham tidak bahagia selama ini. Sampai hati Khadeja menjadikan suaminya itu kambing hitam. Rasa sakit hati juga mendengar cerita Ilham itu. 'Dia ingat Ilham ni tak ada maruah agaknya'
Rasa sebersalah pula kerana pergi dari Ilham dulu. Dia pergi pun kerana tak tahan dengan sindiran. Asyik makan hati je. Dengan sikap dan ego Ilham dulu yang adakala tinggi melangit. Kalau bergaduh sikit, asyik dia saja yang nak kena mula bertegur dulu. Dia harap suaminya itu sudah berubahlah bila diberi peluang kedua ini.
Tiba-tiba dia teringatkan tentang alahan yang di alami oleh suaminya dulu. Bermakna, Ilham mengalami morning sickness, muntah-muntah dulu tu, sebab dia mengandungkan Darwish. Bukanlah sebab Khadeja yang mengandung. Hatinya mula rasa gembira. Bibir tersenyum sendiri.
Ilham berasa pelik dengan senyuman Safia yang secara tiba-tiba itu.
“Kenapa sayang senyum?’’
“Tak ada apa. Saja.. Senyum pun tak boleh ke?’’ terangkat kening Safia sambil menjeling manja.
Berkerut dahi Ilham memandang jelingan manja isterinya itu. Humm pelik.
Ilham terpandang anak rambut Safia yang sedang berterbangan di tiup angin malam. Sambil mengetap bibir, mata gatalnya merayau-rayau pada badan isterinya dari atas ke bawah. Safia yang memakai baju tidur satin pajamas berlengan pendek dan berwarna merah menaikkan syahwatnya. Ilham menelan air liur. Warna merah itu warna kegemarannya. Dengan laju dia memeluk Safia dan berbisik manja di telinga isterinya.
“Sayanggg… Jom..! Buat adik kat Awish..’’
Tiba-tiba Safia terbau sesuatu. Cepat tangan menutup hidung.
“Abang pakai perfume apa ni? Busuknya..’’
“Mana ada abang pakai perfume malam-malam” Ilham cepat menghidu badannya sendiri. Safia cuba menghidu badan suaminya. Jari laju memicit hidungnya lagi.
“Tapi asal busuk sangat ni..?”
“Mana abang tahu hidung Pia..’’ jawab Ilham.
Safia terdiam seketika. Dia pun pelik mana datang bau busuk ini. Takkan hantu kot? Nak kata bau busuk kemenyan bukan. Bau kapur barus pun bukan. Bau bangkai? Pun bukan. Tiba tiba dia terasa tekaknya mual.
Ilham yang melihat Safia yang berdiam itu cuba memeluk isterinya lagi. Dengan kasar tangan Safia menolak dada Ilham.
“Abang jauh sikit..! Pia nak muntah lah bau badan abang ni..! busuk tau tak!” marah Safia dengan tiba-tiba. Kemudian dia terus berlari masuk ke dalam bilik air.
Laju Ilham menghidu baju t-shirt yang dipakainya dan badannya sendiri lagi. Sehingga ke celah ketiak dia menghidunya. Tiada langsung bau busuk. Nak kata dia busuk dengan peluh bukan dia berpeluh pun sekarang ini. Baru beberapa jam dia mandi tadi.
“Apa yang bau nya?” Ilham menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik dengan sikap isterinya itu. Dah kenapa pulak..?
“Werkk!”
Setelah terdengar suara Safia yang sedang memuntahkan sesuatu di bilik air, dengan segera dia melangkah masuk ke dalam rumah dan mengetuk pintu bilik air yang bertutup itu.
“Sayang..! kenapa ni? ok tak?” laung Ilham dari luar. Bunyi suara Safia yang sedang muntah itu membuatkan dia risau.
Setelah beberapa minit, pintu bilik air terbuka. Ilham memandang muka dan hidung Safia yang kemerahan itu. Safia yang ingin keluar dari bilik air mengangkat tangan sebagai isyarat supaya Ilham berhenti mendekatinya.
“Jangan dekat!” kening Ilham berkerut memandang isterinya begitu.
“Sayang.. Kenapa ni..?’’ lembut Ilham bertanya walaupun hatinya sikit terasa dengan sikap Safia itu.
Safia terus berjalan dan duduk di atas katil.
“Tak tahulah. Pia bau busuk sangat kat abang..” jawab Safia tanpa memandang Ilham.
“Busuk tu bau ape? Abang tak bau apa-apa pun..” Ilham mengangkat bahu sambil memandang isterinya.
“Pia tak tahu lah nak cakap bau apa. Tapi memang busuk..!” Safia terus berbaring membelakangi suaminya di atas katil dan menarik selimut. Terasa habis tenaga selepas memuntahkan isi perutnya tadi.
Ilham menghampiri dan duduk di atas katil di sebelah Safia. Dengan pantas Safia berpusing memandang Ilham.
“Abang tidur luar boleh tak..! Dah tahu busuk tu nak mendekat jugak! Hish!’’ kasar nada Safia menghalau Ilham. Kemudian, tangannya laju menarik dan berselubung di dalam selimut membelakangi suaminya lagi.
Ilham mengeluh hampa. Dengan berat hati dia bangun dari katil. Sambil tangan mengambil bantal, mata mengerling isterinya. Hati berasa geram juga bila Safia bersikap kasar begitu. Tadi elok saja bersembang.. Haih.!
“Pelik betul tiba-tiba nak angin..! apa yang busuk entah.!’’ bebel Ilham sambil menggeleng kepala. Sengaja ditekan nadanya sedikit. Kemudian dia keluar dari bilik dan masuk ke dalam bilik anaknya.
SELESAI bersiap untuk ke pejabat pagi itu, Ilham turun ke bawah untuk bersarapan. Sebelum keluar dari bilik tadi, dia menyembur perfume sebanyak mungkin di badannya. Dia harap tiada sebarang bau busuk lagilah seperti semalam. Pagi tadi pun Safia tersenyum dan menegurnya seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku semalam. Pelik betul!
Sampai saja di bawah, dia memandang anaknya yang sedang leka bermain mainan di ruang tamu. Awal pula Darwish bangun pagi ini.
Kemudian dia mengintai di muka pintu dapur mencari kelibat isterinya. Kelihatan Safia sedang menunduk dan membasuh mukanya di singki. Dengan perlahan dia berjalan dan memeluk isterinya dari belakang.
“Morning sayang..” Safia sikit terperanjat.
“Ye morning...’’ lemah dan sengau suara Safia menjawabnya.
Ilham tersenyum. Mood Safia nampaknya macam ok pagi ini. Kemudian dia mencium pipi isterinya. Tiba-tiba Safia berpaling dan menjarakkan badannya dari pelukan Ilham.
“Abang ni pakai perfum apa lagi? Busuk betul lah..!” Safia menutup hidungnya. Tekaknya tiba-tiba berasa loya lagi. Baru sekejap tadi dia memuntahkan isi perutnya.
Berkerut kening Ilham memandang muka dan hidung Safia yang kemerahan itu.
“Mana ada busuk. Abang dah sembur satu botol perfume lah tadi..” jawab Ilham. Dia mula terasa hati melihat Safia begitu.
Safia membuat muka. Ye ke? Tapi kenapa masih busuk ye? Dia cuba untuk menahan. Tangan menggosok hidungnya yang sedang berair itu.
“Abang nak pergi kerja kan? Jangan lupa buang sampah. Lepas tu abang mandi kan Darwish dulu. Tu sarapan Pia dah siapkan” pesan Safia kemudian ingin berlalu ke tangga. Dengan perlahan Ilham mengekori langkah isterinya.
“Sayang nak pergi mana?” soal Ilham.
“Pia pening kepala. Nak naik mandi. Kejap lagi Pia turun balik’’ Jawab Safia dan terus naik ke atas.
Ilham mengeluh kecil. Dia menghidu baju dan badannya. Dia sudah buntu bau busuk apa yang dimaksudkan Safia. Takkan kena tukar perfume baru pulak?
Dalam beberapa saat berfikir dia duduk bersarapan di meja makan. Sambil menjamah makanan, mata memerhati anaknya yang sedang bermain mainan sendiri itu.
Telefon pintar yang berbunyi mengejutkan Ilham. Nama Imran tertera di skrin. Dia menjawab panggilan itu. Jam tangan di pandang. Baru dia teringat, pagi ini mereka ada mensyuarat penting bersama client sebentar lagi. Nasib baik Imran mengingatkannya.
Dengan pantas Ilham bangun dari kerusi dan pergi ke arah Darwish lalu mencium dahi anaknya itu. Tergesa-gesa dia keluar dari rumah. Grill di tutup rapat tanpa sempat menguncinya. Apa yang dipesan isterinya tadi sudah hilang dari ingatan.
Share this novel