Selesai mensyuarat dengan staf nya tadi, Ilham masuk ke dalam ruang pejabatnya. Kelendar yang ada di atas meja di ambil. Setiap tarikh dia kira satu persatu kemudian membulatnya. Sedar tak sedar, tinggal lagi dua bulan lebih je tarikh iddahnya akan tamat. Dia mengeluh kecil.
Hampir setiap hari dia memerhati Safia dari jauh. Safia masih isterinya. Dia harus memastikan Safia sentiasa dalam keadaan selamat. Dia melihat Safia ketawa bahagia bersama kawan seperjabatnya itu. Tak ada langsungkah rindu Safia untuknya seperti dia menanggungnya sekarang ni.
Telefon pintar berbunyi mengejutkan Ilham. Nama Khadeja tertera di skrin. Tak ada mood dia nak jawab panggilan itu. Walaupun sudah hampir sebulan menikah, dia langsung tak melayan Khadeja sebagai isteri yang sepatutnya. Dia tahu, berdosa buat isteri begitu. Tapi tak boleh. Dia perlukan masa untuk semua ini. Cinta? Apatah lagi. Cintanya hanya pada Safia.
Selesai saja majlis pernikahannya, dia di paksa oleh ummi dan mak long untuk membawa Khadeja tinggal di rumahnya. Sampai saja di rumah, dia menyuruh Khadeja tidur di bilik yang lain. Dia perlukan masa untuk terima Khadeja sebagai isteri sepenuhnya.
Teringat sewaktu dia balik dari kerja malam itu. Masuk saja ke dalam rumah dia ternampak Khadeja berbaring santai di atas sofa sambil mengunyah jajan. Bersepah plastik keropok dan beberapa kulit kacang di atas lantai. Ilham mula naik angin.
“Apasal sepah sangat ni?!’’ Khadeja yang baru perasan suaminya pulang segera bangun dari sofa.
“Eh abang. Bila balik? Tak dengar pun kereta abang masuk parking?’’ Khadeja tersenyum kelat.
“Nak dengar apa benda telinga tu kalau dah bersumbat!!’’ bebel Ilham. Khadeja segera mencabut earphone dari telinga.
“Kau makan apa sampai bersepah macam ni ni?!’’ mata Ilham memandang sekitar meja dan sofa di ruang tamu.
Sepanjang dia hidup dengan Safia tak pernah bersepah begitu. Dasar budak-budak betul!
“Sorry la bang. Eja tak perasan tadi’’ dengan cepat dia membersihkan meja dan sofa. Perbuatannya terhenti saat terpandang kaki Ilham berjalan naik ke atas. Dengan cepat dia mengejar suaminya.
“Abang.. Abang dah makan? Eja ada masak favorite abang sambal udang. Jom makan..’’ ceria dia mengajak suaminya.
“Tak apalah. Saya dah makan’’ Ilham terus masuk ke dalam bilik dan mencapai tuala.
Khadeja masih tak puas hati. Hampir sebulan dia cuba memikat suaminya itu tapi langsung tak jalan. Laju dia ikut suaminya masuk ke bilik.
“Abang..! Sampai bila abang nak layan Eja macam ni? Eja isteri abang tau. Eja ada perasaan’’ dia memandang suaminya. Ilham mengeluh.
“Saya perlu masa Eja. Awak tahu kan saya kahwin dengan awak sebab keluarga saya yang paksa. Saya tak nak pun semua ni’’
“Kalau abang tak nak kenapa abang tak batalkan je nikah kita dulu??’’ Ilham hanya diam. Dia tak ada jawapan untuk itu.
“Jawab lah kenapa?!” Khadeja menolak kasar lengan Ilham. Dia rasa geram kenapa suaminya itu masih tak mahu terima dia. Dah lah nak tidur sebilik tak kasi.
Ilham rasa marah kerana Khadeja menolak kasar lengannya.
“Sebab aku cintakan Safia..! Dalam hati aku ni ada dia je! faham tak!’’ Ilham terus melangkah masuk ke dalam bilik air.
“Pandang lah kelendar tu sampai tembus’’ Suara Imran menyedarkan Ilham dari lamunan. Wajah Khadeja hilang dari ingatan. Kelendar di letakkan semula di atas meja.
“Dia masih menghitung hari lah tu’’ Shahrul menyambung kata Imran. Kedua mereka masuk dan duduk di depan Ilham.
‘’Hari apa?”
“Hari apa lagi. Hari iddah dia lah’’ mereka sama-sama ketawa menyakat Ilham.
“Korang nak apa ni?’’ tanpa peduli kan gurauan mereka Ilham terus bertanya.
“Ai, nak jumpa bisnes partner sendiri pun dah tak boleh dah. Kan kita nak jumpa Mr. Kevin kejap lagi. Nak discuss pasal projek kat JB tu. Then, terus pergi lunch’’ Imran menunjuk jam tangannya.
Ilham mengangguk kemudian segera bangun dari kerusi. Tanpa berkata apa-apa dia terus keluar dari ruang pejabatnya Kemudian masuk semula mengambil blazer yang tertinggal.
Imran dan Shahrul memandang perbuatan Ilham itu. Tahu sangat mereka dengan masalah yang melanda sahabat mereka itu.
“Kau ni Am. Sejak bercerai dengan Safia makin teruk aku tengok kau ni. Semua benda kau tak fokus’’ Shahrul geleng kepala. Kesian jugak mereka melihat Ilham begitu. Macam tak terurus.
“Sorry lah gais. Aku betul-betul tak ada mood sekarang ni’’ serius muka Ilham.
Imran dan Shahrul hanya berpandangan sesama mereka. Kemudian mereka turut keluar dari ruang pejabat itu dan mengikut langkah Ilham.
“Dia fikir Safia lah tu” bisik Shahrul pada Imran. Imran hanya mengangkat kening.
Share this novel