BAB 63

Romance Series 57647

Petang hujung minggu Safia dan Salwa membawa anak mereka bermain di taman permainan. Farhan turut serta bersama mereka. Suami Salwa pula tidak dapat bersama mereka kerana terpaksa masuk bertugas. Trafik la katakan. Terpaksa lah Salwa angkut kedua anaknya itu. Seronok mereka melayan telatah Darwish yang semakin membesar.

Safia dan Salwa duduk di atas kerusi memerhati dari jauh Farhan melayan telatah kanak-kanak itu. Riuh gelak tawa mereka. Cuma Darwish saja terpaksa di pegang oleh Farhan kerana usianya yang baru mencecah 5 bulan, masih belum mampu untuk berjalan lagi.

“Seronok betul budak-budak tu. Farhan pulak kaki melayan’’ kata Salwa sambil geleng kepala memandang mereka. Kedua anaknya kalau dengan Farhan gelak sampai tak ingat dunia. Kawannya itu pulak suka budak-budak.

“Tulah. Tambah-tambah Darwish tu. Dengan Farhan bukan main suka dia kena dukung. Dengan laki kau tak nak pulak dia’’

“Yela. Farhan ada dengan dia since dia keluar dari perut kau lagi. Farhan yang azan kan dia. Laki aku tu bukan selalu lepak dengan kita. Asyik kena panggil masuk kerja je. Nak balik kampung pun tak ada masa tau..’’ rungut Salwa.

“Biasa lah kerja trafik kan. Khidmat dia di perlukan. Sabar je la. Nanti dia pencen kau balik lah kampung puas-puas. Tak lari pun kampung kita tu..’’ mereka ketawa dengan kata Safia.

“Kau perasan tak. Sejak Darwish ada ni, Farhan selalu care pasal kau dengan Darwish’’

“Lahh.. Salah ke dia care…? dia kan kawan kita. Merangkap bos aku. Sama lah macam kau.. Care pasal aku jugak kan..” Safia mengelipkan mata beberapa kali pada Salwa.

“Ni lain Pia. Aku tengok Farhan tu macam syok kat kau lah’’

“Entah. Aku tengok biasa je’’ balas Safia. Hakikatnya dia perasan jugak. Sikap ambil berat Farhan agak lain sikit dari dulu.

Macam-macam hint yang lelaki itu tonjolkan. Tapi dia buat tak tahu je. Farhan pun tak pernah meluahkan perasaan padanya. Jadi, dia anggap itu perkara biasa sebagai kawan.

“Elleh.. Ke.. Kau saja buat tak perasan… kan? Kan?’’ Usik Salwa.

“Ish. Tak ada makna lah"

“Alar Pia. Apa salahnya kalau betul pun Farhan syok kat kau.. Darwish kan makin besar. Dia pun perlukan kasih sayang sorang ayah jugak. Dah lah ayah sebenar pun mama dia tak nak bawak jumpa. Ayah tiri pun mama tak nak kasi dia jugak..’’ sindir Salwa dalam gurauan. Safia mencebik.

“Biarlah... Aku boleh ape jadi mak dengan bapak untuk anak aku…’’

“Sampai bila kau nak sembunyi kan anak kau dari Ilham Pia? Aku rasa lambat laun dia tahu jugak’’

“Entah lah. Aku malas lah nak fikir. Banyak kali kan aku cakap. Ilham tu berharta. Silap-silap dia fight kat mahkamah untuk dapat kan Darwish. Aku ni apa ada? Kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je.. Tak nak aku hilang Darwish. Dia nyawa aku sekarang ni…’’

“Aku tak rasa Ilham macam tu Pia. Dari dulu kan dia baik. Kau je buruk sangka…’’ Salwa memandang Safia.

“Manusia ni hati boleh berubah Wa.. Lagi pun dia mungkin dah ada anak sendiri. So biar lah dia tak tahu pun..’’

“Dah kau tahu dia dah ada anak sendiri takkan dia nak rampas anak kau pulak Pia..’’ bidas Salwa. Paranoid betul kawan aku ni. Safia mengerut kening memandang Salwa.

“Ai.. Kau ni kawan aku ke kawan dia? Bukan main back up si Am tu…” Salwa tergelak mendengarnya.

“Aku memang lah kawan kau. Tapi Am dulu pun senior kita kan. Lepas tu dia couple dengan kau. Ke hulu ke hilir asyik nak ikut kau je. Lepas tu kita berempat rapat kejap. Aku, kau, Yusra, Ilham. Sampai lah si Azam kawan si Ilham tu, syok pulak kat Yusra. Tinggal lah aku je tak ada siapa yang nak. Hurmm..’’ Salwa membuat muka sedih saat terkenang kisah zaman belajar dulu.
Safia ketawa sambil memeluk kawannya.

“Alolo. Kau tak payah nak touching sangat eh. Dulu kau yang memilih tau. Orang nak ngorat kau, kau yang cakap nak fokus study dulu.. Eh, kalau kau couple time study dulu, kau takkan jumpa Mr. Polis trafik kau sekarang tau… see! Dah ada anak dua dah. Aku ni lama kahwin tak ada anak. Sekarang dah bercerai baru nak ada anak. Yus pulak. Couple dengan Azam, lepas tu bertunang bukan main lama lagi sampai sekarang belum terbukak hati nak kahwin.. Masing-masing punya kehidupan tak semesti nya happy ending Wa...’’

“Yela kan.. Kita ni Allah bagi ujian tak sama..’’ Salwa mengangguk mendengarnya.

Salwa teringat dulu, Selepas menamatkan pelajaran, dia menerima pelbagai tawaran kerja di beberapa negeri. Tapi negeri johor jugak jadi pilihan.

Di sebabkan satu kemalangan kecil yang terjadi, membuatkan seorang anggota trafik menguruskan kesnya. Sekarang anggota trafik itulah yang jadi suaminya. Rasa kelakar bila teringat kenangan lama.

“Tahu tak apa..’’ kata Safia.

“Yang kau tu Pia.. takkan nak menjanda sampai tua’’ Salwa memandang Safia.

Dari beberapa sudut dia nampak jelas Farhan sukakan Safia sejak sahabatnya itu mula masuk berkerja di bangunan itu. Walaupun Farhan tidak pernah meluahkan, dia tahu perasaan teman sepejabatnya itu.

Mungkin waktu itu Safia masih berstatus isteri. Dia suka kalau Safia memilih Farhan sebagai papa untuk Darwish. Lelaki itu baik dan bertanggungjawab. Bila sahabatnya itu sudah rasmi menjanda, si Farhan ni pulak jenis lambat masuk line. Haih!

“Aku malas lah nak fikir pasal kahwin-kahwin ni. Serik dah. Aku sekarang fikir nak besarkan anak aku je..’’

“Kau bagi je la Farhan tu peluang. Lagi pun korang kan selalu keluar sama-sama jugak kan. Pergi makan lah, jalan-jalan lah bawak si Darwish tu.. Takkan tak ada perasaan kot..’’ Safia sedikit terkejut. Rasanya dia tak ada bagitahu Salwa yang Farhan selalu ajak dia keluar.

“Mana kau tahu Wa? Farhan bagi tahu erk?’’

“Adalah…’’ Salwa membuat mulut. Bangga segala rahsia mereka dia tahu.

“Aku keluar dengan dia pun sebab dia yang ajak. Kadang-kadang tiba-tiba je ada depan rumah. Takkan aku nak halau dia pulak. Lagi pun kalau aku ajak kau sekali mesti kau sibuk kan. Urus anak-anak lagi. Kalau Yusra ada sini boleh lah dia melayan aku kalau kau busy..’’ kata Safia panjang lebar.

“Oh, kiranya Farhan tu sekadar lepas boring kau je la kalau aku tak ada..? pandai kau erk’’ mereka sama-sama ketawa.

“Biasa la tu.. Kawan kan, macam kau dengan aku la.. Dulu aku duduk KL Yusra banyak tolong aku. Bila aku kat sini kau pulak tolong aku, thanks tau… Aku syukur sangat dapat bestfriend macam korang. Satu kampung pulak tu…” safia memeluk Salwa.

Teringat zaman persekolahan sehinggalah sekarang, mereka masih menjadi kawan baik. Syukur sangat. Salwa tersengih.

“Tulah. Kalau time sekolah dulu kau sombong dengan kitorang memang kau takkan dapat rasa sahabat macam kitorang ni tau..” kata Salwa bangga. Safia tergelak mendengarnya.

“Aku pun teringin nak peluk jugak” Suara Farhan dan kedua anak Salwa mengejutkan mereka.

“Kau tak boleh la.. Kalau kau nak rasa kena peluk dengan Pia ni kena la sah dulu.. Tak gitu Pia..?’’ Cepat Salwa mengusik. Safia mencebik. Eee Salwa ni.. Depan Farhan jugak dia nak gurau gitu.!

“Banyak lah kau punya sah.. Jangan dilayan salwa ni. Gurau dia bukan-bukan je” Safia memandang Farhan. Jangan lelaki itu friend zone kan dia sudah lepas dengar gurauan sebegitu.

“Kalau betul kena sah dulu apa salahnya kan. Saya ok je..” Fahan tersengih.

“Ha kan.. Aku dah cakap. Farhan dah open table tu. Sekarang tunggu jawapan kau je Pia..’’ Salwa turut tersengih memandang Safia yang merah muka menahan malu itu.

"Ish! apa la korang ni. Dah! Tak payah nak open table bagai. Jom kita balik. Nak dekat magrib ni. Anak aku ni kena mandi sebelum magrib’’ Safia mengambil Darwish dari Farhan.

“Yeke? Asal pulak?’’ kening Salwa berkerut.

“Kata orang tua la. Mana aku tahu’’ Sambil dukung anaknya Safia terus berjalan ke depan bersama kedua anak Salwa.

“Kata orang tua ke kau yang kata. Pandai kau tukar topik ek’’ Salwa dan Farhan tergelak di belakang Safia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience