BAB 26

Romance Series 57647

Safia mengunci pintu rumah untuk pergi kerja pagi itu. Tiba-tiba dia rasa pening kepala dan mual. Ingatkan migrainnya sudah hilang lepas makan ubat yang di beli di farmasi hari tu. Ada lagi rupanya. Nak pergi klinik dia rasa malas.

Ketika Safia berpaling dan ingin melangkah ke pagar, dia ternampak Ilham berdiri disitu sambil tersenyum ke arahnya. Berkerut kening Safia.

Bila pulak dia datang? Buat apa la dia kat sini. Ish! Dengan perlahan dia menghampiri lelaki itu.

“Hi Pia. Assalamualaikum’’ Ilham menanggalkan kaca mata hitamnya.

“Waalaikumsalam..!’’

“Pia Sihat?’’

“Alhamdulillah. Sihat. Awak buat apa kat sini?’’

“Abang…’’ Ilham cepat menunjuk dirinya. Dia mahu Safia terus memanggilnya begitu. Safia mengeluh. Dengan malas dia bertanya lagi.

“Abang buat apa kat sini..?!’’

“Tak buat apa. Abang just nak hantar Pia pergi kerja’’

“Pia ada kereta la..! Pia boleh pergi sendiri’’ Safia ingin berlalu ke keretanya yang terparking di tepi pagar. Ilham cepat menyambar tangannya. Dengan pantas Safia menarik tangannya semula. Mata memandang sekeliling. Risau jika ada jiran yang salah faham nanti.

“Tak payah pegang la..! Kang apa jiran cakap!’’

“Kenapa? Pia masih isteri abang. Halal lagi kalau abang pegang. Lebih dari tu pun boleh’’ Ilham tersenyum nakal. Safia menelan air liur.

“Abang jangan nak merepek ye. Malu kalau orang dengar..! Ingat sikit kita ni suami isteri dalam iddah je.!’’ Tegas suara Safia. Ilham mengangkat kedua tangan dan mengangguk.

“Ok ok. Sorry. Jom. Abang hantar, kalau tak abang buat hal kat sini” ugut Ilham. Kening Safia berkerut.

“Abang nak buat apa?’’

Safia memandang Ilham pergi ke kereta BMW X4 biru itu. Tiba-tiba Ilham menekan hon kereta tanpa henti. Safia memandang sekeliling. Risau kalau semua jiran keluar, dengan laju dia berjalan ke arah Ilham.

“Abang stop lah!!’’ Ilham tersenyum memandang muka Safia yang kemerahan itu.

“Kalau macam tu jom abang hantar”

“Jangan jadi budak-budak boleh tak?!” marah Safia.

“Tak nak abang hantar?” Ilham mengangkat kening? Safia menjeling.

“Tak nak!”

“Ok..’’ Ilham menekan hon keretanya lagi tanpa henti. Safia cepat menghalangnya.

“Abang ni gila ke?! ganggu orang tau tak!” marah Safia lagi. Ilham tersenyum tanpa pedulikan muka Safia yang merah menahan marah itu.

“Kalau tak nak abang buat bising naik kereta abang. Kalau tak abang tekan lagi.?’’ Tangan Ilham sudah bersedia untuk menekan hon di stereng. Dengan terpaksa Safia masuk ke dalam kereta Ilham.

“Macam tulah…” kata Ilham sambil tersenyum lagi.

Sampai saja di pejabat, safia ingin turun dari kereta. Tapi lock pada pintu tidak dibuka Ilham. Safia memandangnya.

“Kenapa tak bukak? Macam mana Pia nak keluar?’’

“Abang nak cakap sikit dengan Pia’’

“Cakap apa? Pia dah lambat nak masuk kerja la..!’’

“Kenapa? Takut bos marah? Kalau suami marah macam mana pulak? Lagi berdosa tau. Tak takut dosa? Hmm?’’

Safia menghela nafas mendengarnya. Dengan kepala yang masih rasa pening membuatkan dia malas nak layan.

“Hmm. Nak cakap apa? Cakaplah cepat..!” sengaja Safia memandang jam tangannya.

“Relaks Pia. Awal lagi. Lagipun bos Pia, Encik Farok tu bisness partner abang jugak. Nanti abang jawab dengan dia ye sayang..?’’ Ilham mencuit pipi isterinya. Safia muncungkan bibir.

“Abang nak cakap apa..?!”
Ilham menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata.

“Sepanjang tempoh iddah ni abang ada 4 permintaan’’’ kening Safia berkerut.

“Permintaan apa pulak?’’

“First.. Pia pergi balik kerja abang hantar and ambik. Second.. Sebelum pergi atau balik mana-mana, kena mintak izin abang dengan salam tangan abang.. Boleh?’’ Safia terdiam beberapa saat.

“Yang ke 3 and 4 apa pulak..?!”

“Jawab dulu yang tadi. Boleh ke tak boleh?’’

“Yelah..!”

“Macam tak ikhlas je”

“Ye..! Habis tu kalau Pia kata tak boleh nanti abang paksa jugak kan…!’’ Sindir Safia sambil menjeling.

Ilham tergelak memandang Safia begitu. Rindu usik mengusik antara mereka dulu.

“Macam tulah sayang..’’ pipi Safia dicuit perlahan.

“Yang 3 dengan 4 apa?’’ tanya Safia lagi.

“Yang tu nanti abang bagitahu. Sekarang sayang boleh turun. Jangan lupa cium tangan abang’’ Ilham menghulur tangan.

Dengan berat hati safia mencium tangan suaminya. Dia rasa sebak sekarang. Hampir saja dia mahu buang rasa rindu itu, tapi kenapa Ilham datang semula memujuknya. Hatinya mesti akan terluka lagi lepas ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience