BAB 37

Romance Series 57647

Safia yang leka membuat kerja tiba-tiba terasa perutnya memulas. Dengan pantas dia berjalan ke tandas. Dari jauh dia perasan seseorang yang dia kenali. Tapi kerana tidak tahan dengan sakit perut dia tak pedulikan itu.

Ilham yang tekun mengadap laptop sedikit terkejut apabila terdengar pintu terkuak dari luar. Kening Ilham berkerut memandang Khadeja dan setiausahanya di depan pintu.

“Sorry Encik Am. Saya dah halang dia tadi..’’ sebersalah Emma bersuara. Sudah di halang perempuan degil ni. Pernah hari tu, perempuan ini datang sini sekali, dia terjah jugak bilik bosnya tu. ‘Kang aku yang kena marah.’ Bebel Emma dalam hati.

“Its ok Emma’’ Ilham mengangkat tangan pada setiausahanya itu. Gadis itu berlalu pergi. Khadeja tersenyum mengejek pada gadis itu.

Khadeja melangkah masuk ke dalam bilik Ilham dan duduk di depan suaminya.

“Buat apa datang sini?’’ soal Ilham tanpa memandang Khadeja.

“Eja datang nak jumpa suami sendiri pun tak boleh ke?’’

“Sekarang ni kan time kerja..!’”

“Yela. Dah lama kan Eja tak jumpa abang. Abang balik rumah pun tak’’

“Kan saya dah cakap sepanjang iddah saya duduk dengan Safia. Awak tak faham ke?!’’ keras sikit suara Ilham. Sudah di cakap banyak kali, jangan diganggu masa itu. Apa-apa pun Khadeja sudah bersetuju dengan keputusannya. Setuju atau tidak, Khadeja harus terima.

“Ye Eja tahu. Alar kejap je.. Ni Eja bawakkan lunch abang. Nasi putih dengan sambal udang. Abang makan lah eh’’ Khadeja meletakkan bekas makanan yang di bawanya ke atas meja Ilham. Dia tahu makanan serta lauk kegemaran Ilham pun daripada Mak long Salma dan ibu mertuanya.

Mendengar lauk sambal udang membuatkan Ilham rasa terliur. Kebetulan perutnya tengah lapar sementara menunggu waktu makan tengah hari nanti.

“Saya lunch dengan Safia kejap lagi..’’ jawab Ilham bersahaja.
Ilham buat tak heran saja kerana sepanjang duduk dengan Safia, Safia sering memasakkan untuknya. Mata tetap fokus memandang laptop.

Khadeja rasa menyirap mendengarnya. Tak habis habis-habis Safia. Aku ni apa?? Ishh! Dia cuba bersabar dan senyum. Tiba-tiba dia bangun dari kerusi dan berjalan mendekati Ilham. Punggungnya dilabuhkan sikit dihujung meja sambil menunduk mendekatkan mukanya pada Ilham.

“Ye Eja tahu.. Tapi Eja pun isteri abang kan… Apa salahnya Eja masak and hantar makanan kat abang.. Dah la abang tak balik rumah.. Eja rindu nak jumpa abang. Rindu jugak abang peluk-peluk Eja atas katil macam malam tu..’’ Jarinya berjalan perlahan di bahu Ilham sambil berbisik manja ke telinga suaminya.

Ilham mengeluh. Dia pun tak ingat apa yang jadi malam tu. Dia tahu perbuatannya. Tapi semua itu jadi tanpa dia sedar.

“Err.. Sorry..! Saya tak ingatlah apa jadi malam tu’’ Ilham malas nak fikir. Fikirannya betul-betul kosong. Yang dia ingat dia mahu ambil baju di almari. Lepas tu, sedar je Khadeja sudah ada dalam pelukannya tanpa seurat benang dalam selimut. Sebersalah dia dibuatnya. Lebih-lebih lagi dengan Safia.

“Alar abang ni.. Kenapa nak sorry pulak. Eja kan isteri abang. Hak abang… Abang saja buat-buat lupa kan. Abang tak ingat ke, abang yang tarik Eja kat atas katil tau. Eja tengok abang pandang Eja macam stim sangat bila Eja pakai baju tidur merah tu..’’ sambil meletakkan kedua tangan di leher suaminya, Khadeja berbisik manja di telinga Ilham.

“Tau abang cakap apa.. Seksi sangat….aum..” Jantung Ilham sedikit berdebar mendengarnya. Dia mula rasa terangsang dengan bisikan manja itu. Ilham menelan air liur.

Ilham memandang Khadeja. Muka mereka yang hanya jauh beberapa inci itu membuatkan Khadeja mendekatkan bibirnya ke bibir Ilham. Ilham hanya membiarkan.

Pintu yang berbunyi ketukan sekali tiba-tiba terbuka mengejutkan mereka berdua.

“Abang.. Ni??’’ Safia yang sedang memegang satu fail terkesima memandang mereka begitu. Dia segera mengalihkan pandangan.

Ilham gelabah. Dia tidak mahu Safia salah faham melihat keadaan mereka sebegitu. Begitu juga Khadeja. Dia sangkakan Safia dan Ilham hanya tinggal serumah. Rupanya tempat kerja pun sekali.

“Err sorry ganggu!’’ Dengan cepat Safia menutup pintu dan berjalan ke arah biliknya. Niat untuk menyerahkan satu fail kerja terbantut ketika itu.

Ilham yang masih gelabah tersedar yang Khadeja masih di sebelah segera menganjakkan sikit kerusinya.

“Kau pergi sekarang!’’ suaranya mula kasar. Khadeja yang perasan Ilham mula nak naik angin segera berdiri.

“Dia kerja sekali dengan abang ke??’’ soal Khadeja tak puas hati.

“Biarlah dia nak kerja dengan siapa pun..! dah la kau pergi balik!’’ Ilham mengangkat jari telunjuk ke arah pintu.

“Ok.!’’ Sambil membetulkan tudung dan baju Khadeja bergerak laju ke pintu.
Sebelum keluar dia memandang Ilham sekilas kemudiaan tersenyum puas kerana dapat menyakitkan hati Safia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience