BAB 7

Romance Series 57647

“Ayah tak kerja hari ni?’’soal Ilham sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

“Ayah ni dengar je Am nak datang lunch sini terus dia balik makan tengah hari. Samalah si Mira ni. Laju je balik dari U dia tu’’ kata Puan Sakinah sambil tersenyum.
Gembira dia rasa bila setiap kali mereka berkumpul dalam satu rumah. Walaupun dulu hampir setiap minggu Ilham berkunjung ke rumahnya. Cuma sejak akhir-akhir ni anak sulungnya itu jarang balik ke rumah kerana sibuk dengan kerja.

“Ummi kalau masak rugi kalau tak makan. Kalau duduk Johor pun sanggup lari turun KL ni makan masakan ummi. Boleh jadi rindu. Kan ummi kan?’’ tersenyum Safia sambil memuji masakan ibu mertuanya. Puan Sakinah hanya tersenyum sinis dengan kata menantunya.

“Am tak tidur sini ke? Dah lama kan Am tak tidur sini. Rindu ummi nak sembang lama dengan Am’’ soal Puan Sakinah tanpa pedulikan menantunya.

“Am sibuk sikit la ummi. Projek sekarang banyak masuk. JV sana sini. Tu kadang-kadang Am terpaksa stayback. Kesian jugak kat Pia ni tunggu Am malam-malam sorang-sorang kat rumah’’ mata memandang isteri di sebelah.

“Sebab tulah kena cepat-cepat dapat anak. Tak ada lah sunyi rumah tu..!’’ sambil menguis nasi Puan Sakinah bersuara. Mata menjeling menantunya. Safia terkedu. Pertama kali ibu mertuanya berkata begitu.

“Nak buat macam mana ummi. Belum rezeki lagi. Mira macam mana study? Ok?’’ cepat Ilham ubah topik perbualan.

“Ok je Bang Am. Cuti sem pun dah tak lama. Tak sabar rasanya nak cuti. Boleh lah rest otak kejap’’ jawab Amira.

“Samalah macam ayah ni. Budak-budak nak exam ayah yang busy” Encik Aziz menyampuk.

“Yela. Ayah kan baru naik pangkat cikgu besar. Lagi stress lah’’

“Eloklah semua orang busy sekarang ni. Tak apa. Nanti bila semua dah free kita pergi holiday. Ummi pun bosan duduk rumah sorang-sorang time korang tak ada. Meriah pun time mak long datang bawak cucu-cucu dia tu. Lepas diorang balik sunyi balik lah rumah ni. Nak harap kan cucu sendiri entah bila la..’’ mata menjeling lagi pada menantunya. Kata-kata kakaknya membuatkan dia rasa tawar hati untuk bersembang dengan menantunya itu. Susah betullah dia nak bagi anak aku anak! Bebelnya dalam hati.

“InshaAllah sabar lah awak ni. Pia tambah nasi lagi Pia?’’ Encik Aziz menghulur mangkuk nasi pada menantunya.

“Tak apa yah” Safia cuba untuk senyum. Topik yang mereka bualkan tak masuk langsung dalam fikirannya saat ini.

Safia menjeling Ilham disebelah. Begitu mesra dia bersembang dengan mereka. Tak fikirkah Ilham tentang perasaannya sekarang. Dia rasa nak menangis sekarang ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience