Safia termemung di balkoni memandang langit yang dipenuhi bintang malam itu. Jam menunjukkan pukul 11.15 malam. Matanya masih segar dan tidak boleh nak tidur. Rimas untuk dia mengadap hari esok di pejabat.
Setiap hari, mesti ada sekuntum bunga ros di atas meja kerjanya. Sampai rakan seperjabat yang lain turut tertanya-tanya dari siapa. Ada juga yang ternampak Farhan yang meletakkan bunga ros itu. Dengan cepat dia membuangnya ke dalam tong sampah di bawah meja. Rasanya, tong sampah kecil itu pun sudah penuh dengan bunga Farhan itu.
Sebelum ini pun, Farhan sendiri yang nak merahsiakan hubungan mereka dari officemate yang lain. Bila dah tak ada apa-apa, sibuk pulak si Farhan tu nak expose. Hish!
Gosip tentang tunang Farhan yang sering datang ke pejabat itu pun belum habis mereka membawang. Kang tak pasal-pasal masuk topiknya pulak.
Kadang-kadang, pagi lagi Farhan sudah menunggu di bawah untuk menjemputnya. Konon-konon untuk memujuk dan berharap dia menerima Farhan semula. Memang tak lah! Waktu malam pun sanggup datang mengetuk pintu rumah sewanya ini nak memujuk. Jangan harap dia nak bukak!
Sampai Anis pun tertanya-tanya, kenapa melayan Farhan begitu. Terpaksalah dia berbohong mengatakan dia cuma merajuk saja. Malas nak bercerita panjang. Nasib baiklah rakan serumahnya itu bukan jenis orang yang suka ikut campur hal orang lain.
Dengan Salwa pun Safia tidak berkongsi cerita. Bukan dia tak tahu kawannya itu. Sejenis pantang juga dengan lelaki yang curang ni. Tambah pula, Farhan jadikan dirinya yang kedua. Bising Salwa nanti kerana menyakiti hati sahabatnya ini. Safia tidak mahu kerana hal ini membuatkan Salwa bermasam muka dengan Farhan. Biarlah Salwa tahu sendiri daripada gosip tentang tunang Farhan di bangunan itu. Malas jugak dia nak buka cerita.
“Eee.. Tamak betul si Khairul Farhan ni. Aku kau nak. Tunang kau pun kau nak! Hish! Stress aku! Suami aku yang dalam iddah dulu pun aku boleh tinggalkan apatah lagi kau yang tak ada apa-apa ikatan lagi ni!” Bebel Safia sendiri.
Teringat dulu, dia pernah pergi dari hidup Ilham supaya Ilham dapat melupakannya. Perlukah dia buat benda yang sama sekali lagi? Kalau dia berhenti kerja. Kerja lain pulak dia nak kena cari. Buat bisnes sendiri? Dia tak pandai. Kalau tak ada kerja, macam mana dia nak besarkan Darwish. Dah lah zaman sekarang semua benda pakai duit. Takkan nak balik kampung. Duduk dengan ibu dan abah? Kerja dengan along? Ah pening..!
Deringan telefon mengejutkan Safia. Nama Ilham tertera di skrin. Dengan malas jari menolak ke butang hijau.
“Assalamualaikum. Hai Pia” suara Ilham di hujung talian.
“Walaikumsalam. Hmm nak apa call ni? Darwish dah tidur”
“Ye, abang tahu Darwish dah tidur time macam ni. Saja la abang call Pia. Nak borak-borak. Tak boleh ye?’’
“Pia tak ada mood lah...! Esok-esok lah kita borak”
“Kenapa ni sayang…? Ada masalah? Farhan lagi?” laju Ilham bertanya.
Safia menghela nafas. Dia memang perlukan teman untuk meluah sekarang.
“Ye.. Pia rimas lah dia tu! Macam paksa-paksa Pia pulak terima dia balik. Dah ada tunang tu buat lah cara ada tunang. Menyampah betul orang tamak ni..! Dia ingat Pia apa? Perampas? Penyondol? Sanggup nak jadi yang kedua? Eee memang tak la!” entah kenapa laju pula dia mengadu pada Ilham.
Ilham tergelak kecil dalam talian. Mendengar suara Ilham yang ketawa itu Safia rasa geram.
“Abang ni kenapa? Gelak pulak..!”
“Abang gelak sebab terbayang muka Pia yang tengah marah sekarang ni..” jawab Ilham yang masih dengan sisa tawanya.
“Orang serius lah.!” Safia mencebik.
“Ok, ok. Sorry.. Macam ni.. Abang ada idea kalau tak nak Farhan kacau Pia lagi..’’ kening Safia berkerut mendengarnya.
“Hmm apa?”
“Pia resign je la. Senang.. Dah tak payah hadap muka dia’’
“Kalau Pia resign Pia nak kerja apa pulak? Dah la sekarang susah cari kerja”
“Kerja la dengan abang balik. Ye?” pujuk Ilham.
“Tak nak lah. Nak kena hadap muka abang pulak” kata Safia selamber.
“Kenapa? Kalau Pia kerja dengan abang kat sini, atleast Pia dengan Darwish dekat dengan abang. Boleh abang selalu tengok-tengokkan. Nak harap kan Farhan sekarang dia pun dah tak boleh pakai. Penipu pulak”
“Amboi..! sedapnya kata orang tak boleh pakai, penipu. Habis abang boleh pakai sangat la?’’ Safia tergelak kecil dengan sindirannya sendiri.
“Laa.. Betul la kan. Abang pernah tipu Pia macam dia? Tak pernah kan?” Safia menghela nafas.
“Emm..Tengok lah nanti macam mana. Pia rasa nak balik kampung. Kerja dengan along je la kat kilang tu”
“Hmm ikut Pia. Ok jugak. Kalau Pia duduk kampung. Dekat sikit abang nak ulang alik datang jumpa Darwish. Boleh jumpa Pia sekali’’
“Eh, asal pulak.? Jumpa Darwish dah lah. Jumpa Pia kenapa?’’
“Kalau dah jumpa anak mestilah kena jumpa mama dia sekali. Darwish pun suka kalau abang jumpa dia dengan mama dia tau..’’
“Mana abang tahu dia suka?’’ sengaja Safia bertanya.
“Abang tahu lah Darwish cakap..” Ilham ketawa.
“Ee pandai je. Darwish tu pun cakap pelat lagi”
“Dia anak abang. Pelat macam mana pun abang faham” Safia tergelak mendengarnya.
“Yela tu. Dah la.. Pia dah mengantuk. Esok kerja pulak. Kena hadap si Farhan tu lagi. Haih!’’ rungut Safia. Rimas untuk dia mengadap bosnya esok dan hari-hari seterusnya di pejabat.
“Itu abang cakap. Pia resign, kerja dengan abang. Pia hadap abang je la” berkerut kening Safia.
“Eh tak nak lah. Dua-dua Pia tak nak hadap”
“Jangan la macam tu sayang.. Abang rindu nak Pia hadap abang hari-hari.’’ bibir Safia tersenyum sikit mendengar Ilham kata begitu. Hati rasa terusik. Cepat dia tersedar.
“Jangan nak mengarut. Dah la. Pia letak dulu”
“Ok. Goodnight sayang... Mimpi abang tau” suara Ilham di buat manja.
“Jangan nak sayang sangat eh”
“Kenapa? Tak boleh ye? Dah memang abang sayang Pia. Abang panggil lah sayang. Nama Pia pun abang still save my lovely wife tau..’’
“Dah lah.. Assalamualaikum.’’ Cepat Safia menamatkan panggilan. Bibir tersenyum dan mata memandang ke langit.
Wajah Ilham bermain dalam fikiran. Teringat dulu, dia tidak suka Ilham sering datang ke sini berjumpa Darwish. Tapi Ilham terus memujuk dan meminta izin hanya demi Darwish. Safia terpaksa membenarkannya.
Betul kata abah. Ilham tidak pernah berniat merampas Darwish darinya. Lelaki itu hanya mahu berkongsi kasih anak. Dia saja yang paranoid dan fikir yang bukan-bukan.
Sikap Ilham yang menghormati hubungannya dengan Farhan juga membuatkan dia terima bekas suaminya itu sebagai kawan.
Notifikasi yang berbunyi sebanyak dua kali mengejutkan Safia. Aplikasi whatsapp dibuka untuk membaca mesej-mesej itu. Mesej dari Farhan di tekan.
‘You Are The sun in my day, the wind in my sky, the waves in my ocean and the beat in my heart… I Love You! i’M SORRY SAYANG.. G.NIGHT
-farhan-‘
Safia mencebik bibir. Menyampah pulak dia membaca ayat jiwang si Farhan ini. Dasar sweet talker! Dengan laju jari menekan butang delete.
Kemudian jari menekan mesej daripada Ilham. Ilham menghantar satu gambar menunjukkan yang dia menyimpan nama Safia sebagai ‘My Lovely Wife’ di kenalan telefonnya.
Safia tersenyum sendiri. Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia rasa selesa bila Ilham sering ke sini dan mendengar masalahnya. Tambah pula sejak akhir-akhir ini, Ilham asyik memanggil dia sayang. Hati rasa terusik walaupun mulut kata tak suka. Takkan cintanya pada Ilham masih ada lagi?
Dengan Farhan dia rasa tak kisah pula bila mereka tiada apa-apa hubungan lagi. Mungkin sebab Farhan tu penipu. Atau, cintanya pada Farhan belum ada sepenuhnya? bertambah rimas dia rasa bila Farhan sering mengeluarkan ayat manis untuk memujuknya. Kalau Ilham yang mengayatnya dia suka pulak. Pelik!
Share this novel
aah elok lah pia resign...x de lah tunang Farhan meroyan n bg warning kat pia lgi