Safia termenung memandang sawah padi di luar tingkap. Sudah dua hari dia berada di kampungnya di Sekinchan Selangor ini. Yusra sanggup mengambil cuti selama seminggu untuk menemaninya ke Johor nanti, dengan syarat mereka harus pulang ke kampung terlebih dulu. Terpaksalah dia ikut saja. Mujurlah mereka tinggal di kampung yang sama.
Tangan membelek kelendar di telefon. Esok dia akan gerak pindah ke Johor Bahru. Lusa dia akan daftar masuk kerja di tempat baru. Hari yang sama jugaklah sepatutnya dia pergi ke mahkamah mengesahkan penceraiannya.
Teringat tentang bagaimana reaksi keluarganya saat dia menceritakan semuanya. Abahnya, Encik Abbas begitu marah sekali. Cerai berai di buat main.
Safia menangis saat berterus terang. Dia mahu mereka menyimpan rahsia kehamilannya daripada Ilham satu keluarga. Dia harap mereka pegang janji itu.
“Angah..” suara Puan Maimunah mengejutkan Safia dari lamunan.
“Ibu….’’ Safia tersenyum pahit. Puan Maimunah duduk di atas katil Safia sambil memandang anaknya.
“Bila angah nak pergi Johor..?’’ soalnya.
“Esok bu.. Lusa dah masuk kerja..’’
“Pasal mahkamah tu macam mana?’’
“Entah la bu.. Biarlah. Angah dah fikir masak-masak. Malas angah nak pergi…’’
“Angah.. Walau apa yang jadi Ilham kena tahu pasal anak dia tu..’’ Puan Maimunah menunjuk ke arah perut Safia. Dia juga terkejut anaknya di ceraikan.
“Angah tak nak kacau dia ibu. Dia dah bahagia sekarang dengan bini baru dia. Dah nak ada anak dah. Biarlah angah cari kebahagiaan angah sendiri’’ mendatar suara Safia. Air mata yang di tahan mengalir di pipi.
“Sampai bila angah nak simpan rahsia ni? Sampai anak angah tu besar baru nak bagitahu dia? Cuba angah fikir. Kalau anak tu lelaki tak apa lagi ngah. Kalau anak angah perempuan. Nak nikah nanti dia kena ada wali jugak kalau wali dia masih hidup..” jauh pemikiran Puan Maimunah. Dia kenal betul anak keduanya itu. Keras hati. Safia terdiam dan berfikir.
“Ibu… Abah masih marah kat angah ke?’’ Safia teringat ayahnya.
“Abah tu marah kejap je. Dah ok dah. Nanti angah cakap lah dengan abah tu elok-elok. Nanti dia faham lah. Cuma cara angah lari dari Ilham ni, tu tak selesaikan masalah ngah..’’
“Nantilah angah cakap dengan abah..’’ Safia termenung lagi memandang ke luar tingkap. Puan Maimunah bangun berdiri di tepi tingkap di sebelah Safia.
“Ibu… Angah mintak sangat kalau Ilham datang sini cari angah tolong lah jangan bagitahu angah kat mana. Cakap je tak tahu mana angah pergi. Lagi-lagi pasal baby ni.. ye ibu….” Safia memegang perutnya sambil menangis.
Puan Maimunah menghela nafas. Dia menarik Safia dalam pelukannya. Dia tidak setuju sebenarnya rahsia ini di simpan. Tapi dia perempuan. Dia faham apa yang Safia rasa. Biarlah anaknya menangis sepuas-puasnya dalam pelukannya.
Share this novel