Safia duduk di kerusi sambil memerhatikan Ilham yang sedang melayan kerenah Darwish di taman permainan berdekatan bangunan apartment itu. Petang hujung minggu begini, agak ramai kanak-kanak bermain di sini.
Bunyi deringan telefon beberapa kali, di biarkan terus berbunyi di dalam beg tangannya. Dia tahu itu Farhan. Malas dia nak angkat.
Teringat tentang pertemuannya dengan tunang lelaki itu ketika dia mahu pulang awal dari pejabat petang kelmarin. Wajah gadis itu bermain dalam fikiran.
Keluar saja dari ruang bilik Farhan, Safia terus mencapai beg tangan dan keluar dari pejabatnya. Tak ada mood untuk dia sambung buat kerja. Lantak lah dia balik awal sejam pun. Malas dia nak hadap muka si penipu tu!
Cepat jari menekan butang lif untuk turun ke bawah. Setelah pintu lif terbuka, keluar seorang gadis lalu menegurnya. Safia mengangkat muka. Macam kenal.
“Hai. You yang pagi tadi tu kan..?” Wardah mengangkat jari telunjuk pada Safia. Safia pura-pura tersenyum ramah.
“Aha ye. Err.. Tunang Encik Farhan kan?’’ gadis itu tersenyum paksa. Kemudian mengangkat tangan memperkenalkan diri.
“Yup. Wardah’’
“Safia..” Safia menyambut tangan itu.
Seingatnya, gadis itu sudah memperkenalkan diri pagi tadi. Mungkin kerana hati tengah panas, membuatkan dia lupa tentang nama gadis itu.
“You.. Dah lama ke kerja dengan Abang Farhan?” soal Wardah. Safia berpura-pura berfikir.
“Nak dekat dua tahun jugak”
“Oh.. Lama tak lama jugak” kata Wardah sambil memandang Safia.
Sejak beberapa hari ni, dia sering ternampak perempuan ini berjalan dengan Farhan keluar dari bangunan ini bersama-sama. Kadang-kadang dia nampak perempuan ini naik dan turun kereta tunangnya. Nampak agak mesra.
Pagi tadi pun dia perasan air muka Farhan berubah setelah melihat mereka berjumpa. Dah alang-alang terjumpa ni lebih baik dia bertanya apa hubungan mereka.
“Err Kenapa ye?” kening Safia terangkat memandang Wardah. Jantungnya terasa berdebar.
Terbayang dalam fikirannya drama TV yang pernah dia tonton. Babak dua orang perempuan bergaduh dan saling merentap rambut antara satu sama lain hanya kerana suami, tunang atau kekasih terkantoi curang.
Dia dengan Wardah apa pulak? Adegan tarik tudung? Ya Allah..! mintak jauh la. Dia bukan perampas. Rasa malu kalau babak begitu terjadi sekarang ni. Dia masih ada maruah dan harga diri.
“You tahu kan yang Abang Farhan tu dah ada tunang?’’
“Tahu. Tapi baru hari ni saya jumpa tunang dia. Cantik orangnya..” bohong Safia sambil berpura-pura senyum.
“Kalau dah tahu bagus la. I harap you dengan dia tak lebih dari seorang pekerja la.’’ Senyuman Wardah nampak sinis pada Safia.
“Eh tak. Don’t worry. Saya dengan Encik Farhan tak ada apa-apa hubungan pun. Emm ada apa-apa lagi?”
“Tak ade” Wardah menggeleng perlahan.
‘‘Kalau macam tu saya pergi dulu. Assalamualaikum” Safia terus masuk ke dalam lif setelah pintu lif itu terbuka.
“Waalaikumsalam” jawab Wardah sambil memandang sinis langkah Safia.
“MAMMA!”
Suara pelat Darwish berlari dan memeluk kakinya mengejutkan Safia. Wajah Wardah hilang dari ingatan.
“Ish, terkejut mama tau..’’ Safia mengusap kepala anaknya.
Ilham mendekati mereka dan duduk di sebelah Safia. Nampak keletihan kerana mengejar Darwish yang semakin lasak itu. Sejak dah pandai berjalan ni, asyik nak berlari saja si Darwish ni.
“Pia ok?”
“Ok je. Kenapa? Nampak tak ok?” terangkat kening Safia memandang Ilham yang duduk di sebelah sambil memegang Darwish yang ingin melepaskan diri untuk pergi berlari ke papan gelongsor itu.
“Tak ade la. Dari tadi termenung abang tengok”
“Apa salah ke termenung.?”
“Tak salah. Kenapa? Ada masalah? Fikir pasal kerja? Ke.. Farhan buat hal? Dia sakitkan hati Pia?’’ Safia tergelak kecil. Bertubi-tubi soalan dari Ilham. Bijak pulak lelaki ini meneka hatinya.
“Pandai-pandai je kan’’
“Abang kenal Pia. Pia kalau tak ada masalah tak kan termenung. Betul la kan?”
“Malas la nak cakap pasal dia..!’’ Ilham pelik mendengarnya.
“Kenapa? dia ada buat Pia sakit hati? Dia buat apa? Pia bagitahu abang? Biar abang ajar dia. Berani dia sakitkan hati Pia..!” serius suara Ilham.
“Jangan nak ngada eh…!” Safia menjeling.
Ilham memandang Safia. Dia tidak suka Farhan menyakiti hati Safia. Lelaki itu sudah berjanji dengannya mahu menjaga Safia dan Darwish dengan baik.
“Bagitahu abang. Farhan buat apa? Abang tak suka la tengok orang abang sayang sedih. Share dengan abang please...” terharu Safia mendengarnya. Dia menghela nafas perlahan.
“Hmm.. Dia. Dia dah ada tunang sebenarnya..’’ lemah suara Safia meluahkannya.
“Uish! Serius la??” Ilham terkejut.
“Hmm’’
“Habis tu. Pia still dengan dia ke?” laju Ilham bertanya. Berkerut kening Safia.
“Eh memang tak la. Abang tahu Pia kan. Pia tak suka kacau atau ambik hak orang. Apatah lagi nak berkongsi’’ Ilham mengangguk faham mendengarnya.
“So.. Kiranya.. Pia dengan Farhan dah putus la? dah tak ada apa-apa?’’ Safia memandangnya pelik.
“Kenapa abang tanya macam tu?’’
Ilham tersedar kemudian tersenyum. Seronok pulak dia rasa kalau Safia sudah kembali single. Boleh dia masuk jarum balik.
“Tak ada la. Saja tanya. Kalau dah putus dengan Farhan abang ada chance la..hihi.’’ kata Ilham perlahan. Cepat dia berpaling ke arah lain sambil membuat muka malu. Walaupun perlahan tapi masih jelas di telinga Safia.
“Jangan nak mengarut eh. Abang dah janji nak jadi kawan je kan. Pia malas nak fikir semua tu. Pia dah penat. Pia nak fokus besarkan Darwish je sekarang ni..’’ Ilham tersenyum tawar mendengarnya.
Tak apa. Yang penting Safia bukan milik siapa-siapa. Masih ada masa lagi dia nak pikat semula hati bekas isterinya itu. Slow-slow Ilham. Dia cuba positifkan hati.
Dalam beberapa minit berdiam Safia teringat sesuatu. Tidak pernah dia bertanya, hari ini dia terasa ingin tahu. Dia memandang Ilham di sebelah.
“Abang.. Pia nak tanya. Abang selalu datang JB ni setiap minggu. Anak abang siapa jaga? Kenapa tak bawak dia sekali?” muka Ilham berubah muram.
“Dia dah meninggal lama dah. Gugur dalam perut” kelat senyuman Ilham. Malas dia nak ingat kerana itu bukan anaknya. Safia sedikit terkejut.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sorry.. Pia tak tahu. Yang Pia ingat abang bagitahu yang abang dah bercerai” Safia rasa sebersalah.
“It’s ok. Benda dah lepas. Abang malas nak ingat. Sekarang ni, abang pun nak fokus besarkan Darwish. Abang harap Darwish membesar depan mata mama dengan papa dia. Darwish tolong doakan mama dengan papa jodoh lagi tau. Ye sayang ye..…? muuahh!’’ Ilham terus mencium pipi Darwish bertubi-tubi. Mengekek-ngekek ketawa Darwish kerana menahan geli.
Safia terkedu mendengarnya. Ilham tersengih memandang muka Safia yang sudah berubah itu. Dia terus melepaskan Darwish dan mengejar anaknya yang ingin berlari ke arah papan gelongsor di situ.
Tanpa mereka sedar, Farhan sejak tadi berdiri tidak jauh dari situ perhatikan mereka sambil mengetap bibir. Hati rasa panas. Tujuannya datang ke sini untuk memujuk Safia, kerana ternampak Ilham turut ada di situ dia membatalkan niatnya itu.
Dia rasa sangat cemburu melihat mereka duduk bersebelahan begitu. Safia langsung tak jawab panggilannya. Tapi keluar dengan Ilham ke taman itu tanpa pengetahuannya boleh pulak. Ish!
Kaca mata hitam di pakai semula. Dengan cepat Farhan masuk ke dalam kereta dan beredar dari kawasan itu.
Share this novel
aduhai Farhan..dah lah kejar pia..awak tu dah ada tunang...harap pia get back to ilham..sian darwish..
aloo..np Farhan tu ada tunag lak .....xsuka lama Pia tu balik NGN ilham