BAB 55

Romance Series 57647

Safia tersedar dari lena yang panjang. Penat dia rasa selepas melahirkan anak semalam. Dia memandang ke sisi. Salwa sedang menyediakan sesuatu buatnya.

“Morning Pia. Dah bangun..?’’ Salwa membantu Safia duduk bersandar di kepala katil.

“Lama ke aku tidur Wa?’’ Safia memakan beberapa keping roti yang di hulur Salwa. Begitu lapar dia rasa selepas banyak tenaga dipakai semalam.

“Lama Pia. Kau beranak kan lepas asar semalam. Ni pagi ni baru kau bangun’’

“Baby aku kat mana?’’ Sambil mengunyah roti dia memandang sekeliling. Dia berada di bilik khas bersama dua orang pesakit yang lain. Cuma di sekelilingnya di tutupi kain langsir hospital.

“Baby kau ok. Kejap lagi nurse bawak datang sini. Semalam kau banyak tumpah darah Pia. Banyak pack jugak doktor masuk darah kat kau. Tu kau kena duduk sini’’ Safia terkejut mendengarnya.

“Yeke? Patutlah penat sangat” wayar pun banyak di cucuk pada tangannya.

Notifikasi telefon pintar Salwa berbunyi. Salwa memandang telefonnya.

“Farhan dah on the way tau’’ kata Salwa sambil membantu membetulkan selendang dan anak tudung di kepala Safia.

Seteleh beberapa minit bersembang, seorang lelaki berkemeja merah muncul di ruang itu.

“Hai.. Sorry I’m late. Jammed tadi..’’ kata Farhan sambil tersenyum memandang mereka. Buah tangan di letakkan ke atas meja di tepi katil Safia.

“Kau dari office ke Farhan?’’ soal Salwa.

“Yup. Tu jammed tadi’’

“Kau tak kerja ke Wa hari ni?’’ Safia memandang kawannya. Baru perasan Salwa sejak tadi duduk menemaninya disini.

“Tak. Aku ambik cuti la.. Teman kau..’’

“Ye ke? Habis anak kau?’’

“Anak aku macam biasa la, pagi lagi husband aku dah hantar pergi baby sitter sebelum pergi kerja"

“Thanks Wa..’’ Safia memeluk kawannya itu. Terharu Safia mendengarnya.

Seorang jururawat muncul sambil menolak trolley bayi. Begitu teruja Safia memandang putera sulungnya yang dibaluti kain itu. Merah sungguh muka tu.

“Dah boleh azan kan baby ye..’’ jururawat itu berlalu pergi setelah menyerahkan bayi itu kepada Safia. Mungkin dalam beberapa minit dia akan kembali lagi. Safia mencium anaknya beberapa kali. Eumm harumnya bau baby….

Salwa memandang Farhan yang hanya berdiri saja di sebelahnya. Lelaki itu turut memandang Salwa sambil mengangkat kening.

“Kau je lelaki kat sini. Tunggu apa lagi.? Azan kan la…’’

“Err… Boleh ke Pia?’’ gagap suara Farhan memandang Safia. Safia mengangguk dan menyerahkan anaknya pada Farhan.

Farhan membelakangkan mereka untuk mengadap kiblat. Kemudian dia melaungkan azan ke telinga bayi itu. Kedengaran lunak suara laungan azan lelaki itu di telinga mereka.

Sebak Safia mendengarnya. Sungguh dia mahukan saat ini sejak dulu. Alhamdulillah hari ini dia sudah rasmi menjadi seorang ibu. Secara mutlaknya kini dia tidak lagi berstatus isteri.

Mata memandang Farhan. Sepatutnya yang berdiri di situ dan melaungkan azan di telinga anaknya adalah Ilham. Tapi dia harus sedar. Dia yang memilih jalan ini. Ilham pun dah bahagia. Mungkin sudah menjadi ayah dan sudah melakukan ini pada anaknya dan Khadeja.

Safia sangat bersyukur. Walaupun dia berjauhan daripada keluarga, dia dikelilingi orang yang baik sepanjang dia di Johor Bahru ini. Salwa dan Farhan banyak membantunya.

Mereka berdua bekerja dalam satu bangunan. Cuma berlainan department saja.
Farhan adalah akauntan dan Salwa pula admin di syarikat itu. Memandangkan Salwa dan Farhan berkawan baik, Salwa menyuruh lelaki itu melantik Safia kerja sebagai pembantunya. Kebetulan jawatan pembantu akauntan itu masih kosong.

Safia tersenyum sendiri. Rasa Kelakar bila di fikirkan. Dulu dia menjadi orang penting dalam menguruskan kewangan syarikat. Sekarang dia cuma jadi pembantu akauntan saja. Turun pangkat sikit. Tapi tak apa lah. Janji dia jauh dari Ilham.

Selesai melaungkan azan bayi itu di serahkan semula pada Safia.

“Comel betul baby kau Pia… Sebijik muka Ilham’’ kata Salwa membuatkan wajah Safia berubah. Safia hanya mencium anaknya tanpa berkata apa-apa. Salwa mula rasa sebersalah dengan katanya.

“Err. Sorry beb. Aku tak ada niat nak buat kau sedih…’’

“Tak pe. Ni kan anak dia..’’ kata Safia perlahan. Emosi di kawal supaya air mata tidak keluar ketika ini.

“Awak tak nak bagi tahu dia?’’ Farhan pula bertanya.

“Tak. Saya malas nak kacau dia’’ itu saja jawapan Safia. Farhan dan Salwa saling berpandangan.

Farhan juga sudah tahu semuanya tentang Safia. Sekiranya Salwa sibuk, dia lah yang menawarkan diri menemani Safia membeli barang keperluan atau pergi buat pemeriksaan kandungan di klinik.

Walaupun Safia banyak kali menolaknya dia tetap ingin membantu. Farhan tahu Safia tidak selesa dengan nya kerana masih berstatus isteri. Dia faham dan meminta Safia menganggapnya kawan sama seperti Salwa.

“Kau dah bagi nama baby kau ni?’’ Salwa cepat mengubah topik perbualan. Safia mengangguk sambil tersenyum.

“Dah. Mohd Darwish Iskandar’’ bin Mohd Ilham Wafie. Bin itu hanya di sebut di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience