Safia menidurkan anaknya. Entah kenapa sejak beberapa hari ini Darwish tidak berhenti menangis. Puas di pujuk. Ini tak mahu itu pun tak mahu. Bawak pergi ke klinik doktor kata tak ada apa-apa.
Haih! Pening kepala di buatnya. Hari ni baru lah ok sikit. Sudah beberapa hari dia tidak pergi kerja kerana menemani Darwish. Mujurlah Farhan memahami.
Telefon pintar berbunyi mengejutkan Safia. Nama Yusra tertera di skrin. Dengan perlahan dia menjauh sikit dari anaknya.
“Hello beb. Mimpi apa kau call aku ni. Selalu kau nk VC dengan Darwish je’’
“Aku tak VC sebab tahu Darwish dah tidur kan? Sebab tu aku call kau.. Dia ok tak? nangis lagi?’’ suara Yusra risau di talian.
“Dah ok. Baru hari ni ok.. Nyenyak dah tidur’’ mata Safia memandang Darwish. Takut anaknya tersedar lagi.
“Pia.. Kau tahu tak? Am accident..’’ Safia terkejut mendengarnya.
“Bila??”
“4 hari lepas..’’
“Kau tahu mana?” jantung Safia berdebar kencang. Kata terakhir Ilham terngiang di telinga. Betul ke mereka tak akan berjumpa lagi?
“Azam bagi tahu, diorang adalah whatsapp grop diorang’’
“Teruk ke..?’’
“Azam pergi tengok tadi kat hospital. Dia cakap kaki Am retak, koma kejap. Tu dia baru sedar tadi’’ jawab Yusra.
Safia terdiam dan terpikir. Mata memandang Darwish. Patutlah anaknya asyik menangis saja minggu ni. Macam tahu sesuatu yang buruk terjadi dekat papa dia.
“Pia… Kau tak nak datang malawat dia?’’ soal Yusra setelah Safia tidak bersuara. Safia berdehem perlahan.
“Buat apa? Aku bukan ada apa lagi dengan dia’’
“Mana la tahu, kau nak melawat dia sebagai kawan. Azam ada lepak dengan dia dulu. Dia cakap kau dah kahwin and dah ada anak’’
“Habis? Azam bagitahu dia hal sebenar??’’ laju Safia bertanya.
“Tak la. Kan kitorang dah janji dengan kau. Azam pun iye kan je la.’’ Safia menghembus nafas lega mendengarnya.
“Kau bila nak bagitau dia Pia? Darwish pun makin besar. Dia pun nak kenal papa dia..’’ pujuk Yusra.
“Entah la, aku malas nak fikr Yus. Kau sendiri tahu dia tu mampu. Kalau tiba-tiba dia nak ambik Darwish bila-bila masa dia boleh fight kat mahkamah. Time aku dulu pun, dia ugut nya Encik Farok tu sampai terpaksa buat aku tukar kerja. Takkan kau dah lupa? Dia tu boleh buat apa je kau tahu tak..!’’ tegas suara Safia.
“Sampai macam tu kau fikir pasal Am kan. Haih! Yelah.. Suka hati kau lah Pia. Kau pun sekarang dah bercinta dengan Farhan tu kan. sampai siap boleh mengaku dia suami kau..’’ sindir Yusra. Dia tahu pun semua itu dari Azam dan Salwa.
“Aku terpaksa Yus..’’ jawab Safia lemah. Jujur dia rasa sebersalah sebenarnya.
“Ni sebelum aku terlupa aku nak bagitahu. Aku dah tetap kan tarikh kahwin aku tau’’ Safia teruja mendengarnya. Riak wajah bertukar gembira.
“Serius la beb? finally.. Wah tak sabarnya aku..’’
“Ye, dah terbukak kot hati aku ni.. Nanti aku whatsapp grop bagitahu bila.. Nanti kau datang tau. Bawak Salwa sekali. Aku dah lama tak jumpa korang ni.. Mungkin dalam 2 ke 3 bulan lagi. Banyak benda lagi aku nak kena prepair ni..’’ suara Yusra kedengaran ceria.
“InshaAllah Yus. kitorang mesti datang.!’’
Dalam beberapa minit berbual, talian dimatikan.
Yus Yus. Akhirnya terbukak jugak hati kau kan. Tersengih Safia sendiri. Dia berdoa semoga urusan sahabatnya itu dipermudahkan.
Safia memandang anaknya yang sedang tidur lena di sebelah. Wajah Ilham bermain dalam fikiran. Sungguh hatinya rasa ingin tahu tentang keadaan bekas suaminya itu sekarang. Kerana ego, dia tidak bertanya lebih kepada Yusra. Media sosial mereka satu kelurga pun dia sudah block. Hati sangat risau.
‘Ya Allah. Kau selamatkan dia walau dimana dia berada. Kalau dia sakit Kau sembuhkanlah dia. Amin..’ Doa Safia dalam hati.
Share this novel