Selepas habis waktu kerja petang itu Safia berjalan turun ke lobi pejabatnya. Terlihat dari jauh Ilham sedang menunggunya di kereta. Dengan berkaca mata hitam dan bersandar dipintu seperti model kereta lagaknya.
Baju kemeja Ilham pun sudah bertukar warna kuning cair. Penampilan suaminya itu lebih kemas berbanding pagi tadi.
Ilham tersenyum pada Safia sambil membuka pintu kereta. Safia yang bermasam muka terus masuk ke dalam kereta. Ada satu hal lagi yang buatkan dia sakit hati hari ni.
Teringat kejadian selepas beberapa minit dia masuk ke pejabat pagi tadi. Wajah Bos nya Encik Farok yang memanggil masuk ke ruang pejabat itu melayang dalam fikiran.
“Yes Cik farok panggil saya ke?’’ Safia rasa berdebar. Nak kena marah lah ni masuk lambat. 'Ilham punya pasal lah tadi!' Bebel dia dalam hati.
“Duduk lah Safia. Ada benda sikit saya nak discuss’’
“Discuss apa tu Cik Farok?’’ soalnya setelah duduk di depan bosnya.
“Ni notis awak 24 hour?’’
“Notis??’’ terkejut Safia. Dengan pantas dia mengambil surat itu dan membacanya.
“Tapi kenapa? Saya mintak maaf kalau lambat hari ni. Takkan sebab saya lambat masuk hari ni Cik Farok nak pecat saya?!’’ Safia tak puas hati. Encik Farok yang perasan wajah merah Safia segera menyabarkannya.
“Sabar dulu.. Dengar saya explain. Macam ni Pia. Awak dah lama kerja kat sini. Prestasi awak urus kewangan syarikat pun bagus’’
“So, kenapa Cik Farok nak pecat saya? Sebab saya lambat hari ni? Kalau lambat potong gaji pun boleh kan? Takkan sampai kena pecat??!’’ Safia terus memotong.
Entah kenapa dia rasa nak naik angin. Semua ni Ilham punya pasal. Sibuk sangat nak hantar dia pergi kerja hari-hari! Lepas tu lambat! 'Dia tu tak apa lah bos. Aku ni kuli!'
“No..! bukan itu sebabnya Safia’’ Encik Farok cuba menenangkan pekerjanya itu. Selama bertahun tahun baru pertama kali dia tengok Safia tinggi suara begitu. Tak kan datang bulan kot.
“Habis tu??!’’ merah wajah Safia.
“Err.. Macam ni Pia. Sebenarnya. Ada orang nak ambik awak bekerja dengan dia. Company dia sekarang perlukan akauntan yang bagus macam awak’’
“Siapa?’’ kening Safia berkerut.
“Encik Ilham. Suami awak. Dia nak awak kerja bawah dia on the sport’’
“Then, tak kan Cik Farok senang-senang je bagi saya kerja dengan dia tanpa bincang dengan saya setuju atau tak. Saya kerja di bawah company Cik Farok kan? Bukan company dia!’’ Safia teringat tentang surat tawaran yang diberi Ilham semalam. Dia belum bagi kata putus apa-apa lagi. Kenapa mereka memandai-mandai menetapkan keputusan untuknya.
“Ye betul. Macam ni lah Pia. Awak terima je la job dia offer awak tu..’’ lelaki 40 an itu malas nak panjang cerita.
“Kenapa? Cik Farok tak suka saya kerja kat sini kan? Kenapa tak pecat saya dari dulu je?!’’
Encik Farok menghela nafas. Dia nampak Safia terlebih emosi hari ini. Patutkah dia berterus terang sebabnya. Lepas ni, dia akan pening kepala untuk mencari pengganti Safia di syarikatnya itu. Haih!
“Macam nilah. Biar saya terus terang. Saya suka awak kerja dengan saya. Awak bagus. Saya terpaksa lepaskan pekerja bagus macam awak ni kat Encik Ilham’’
“Why??’’
“Awak tahu kan dia bisness partner saya. Saya banyak JV projek pun semua bawah company dia. Satu projek besar saya akan terlepas kalau saya tak ikut apa yang dia nak. Memang tak pernah pun dia ugut saya mcam ni. Ini first time, sebab dia nak sangat awak kerja dengan dia’’ sebersalah Encik Farok mahu cerita. Kang bergaduh pulak laki bini ni.
“So, sebabkan takut terlepas projek Cik Farok sanggup jual pekerja sendiri?’’
“Eh, saya bukan jual awak Safia, awak jangan Salah faham.. Projek tu besar bagi company saya ni. Kalau terlepas memang rugi. Saya harap awak faham. Lagi pun saya cuma tukarkan awak ke company lain. Bukan tukar posisi awak. Awak tetap akauntan syarikat. Company tu pun bukan company orang lain. Company Suami awak sendiri kan.’’
Safia terdiam mendengarnya. Haruskah dia berkorban diri untuk syarikat kecil yang sedang maju sekarang ini?
‘’Sayang!’’ petikan jari Ilham mengejutkan Safia. Wajah Encik Farok hilang dari ingatan. Safia menjeling Ilham.
“Kenapa ni sayang? Muncung je mulut tu. Gigit kang..’’ Safia hanya memandang keluar tingkap tanpa pedulikan gurauan suaminya itu.
“Ok, kalau Pia marah pasal pagi tadi sebab lambat ambik Pia, abang mintak maaf k.. Cik Farok tu marah Pia ke? Bagitahu abang nanti abang marah dia balik’’ seloroh Ilham.
“Kenapa abang buat keputusan tak bincang dengan Pia dulu?!’’ Safia terus berpaling memandang Ilham.
“Keputusan apa sayang?’’ soal Ilham blur.
“Abang jangan buat-buat tak tahu lah!’’
“Buat tak tahu apa sayang? Abang memang tak tahu..’’ Ilham tergelak kecil. Dia memang tak tahu apa maksud isterinya itu. Dah la kepalanya baru lepas tingtong. Ni Safia suruh dia berfikir pulak.
“Abang suruh bos Pia pecat Pia kan? Lepas tu, ugut dia kalau tak lepaskan Pia kerja dengan abang projek besar dia akan hilang. Sampai hati abang kan buat orang macam tu!’’
“Oh pasal tu. Hihi.. Pia jangan lah marah sayang. Abang cuma nak Pia kerja dengan abang je’’ Ilham tersengih.
Tak ada niat langsung dia nak main ugut-ugut ni. Apa yang dia cakap pada Encik Farok tu main main saja. Sengaja dia ugut begitu, kerana lelaki 40 an itu tidak mahu melepaskan akauntan sebagus Safia. Tak sangka Encik Farok memandang serius hal itu.
“Perlu ke buat Cik Farok tu macam tu. Mentang-mentang lah company abang lebih gah dari company Cik Farok tu, senang-senang je abang nak ugut-ugut dia.!’’ Safia melepaskan geram.
“Abang mintak maaf la sayang. Tak ada niat pun.. Ok, nanti abang tarik balik apa abang cakap kat bos kesayangan Pia tu. Tapi Pia kena kerja dengan abang la. Ye sayang ye..? Pia dah janji kan nak tunaikkan permintaan abang tu.. please ..!..’’ sambil memandu dia memandang Safia dengan penuh harapan. Safia hanya diam tidak bersuara. Masih geram mungkin.
Share this novel