Begitulah setiap hari selama beberapa minggu ni. Ilham akan datang menghantar dan menjemputnya ke tempat kerja. Kalau Safia tak keluar berjumpa Ilham di depan rumah sewa Yusra ni, pasti Ilham akan menekan hon tanpa henti.
Yusra yang risau mengganggu jiran sekeliling terpaksa menyuruh Safia layankan saja kehendak Ilham sepanjang tempoh iddah mereka.
Safia membetulkan tudung dan bersiap-siap di depan cermin. Hari cuti macam ni malas dia nak keluar. Kalau tak kerana Ilham call dan memaksa dia keluar bersama terpaksalah dia ikut. Kalau tidak Ilham akan buat bising di depan rumah.
Haih! Kepala batu betul si Ilham tu.
Nasib baiklah migrain dan mualnya semakin berkurang sekarang ni. Kalau tak, nak buat apa pun pening kepala. Lagi-lagi selepas bangun pagi.
Mata terpandang cincin yang tersarung di jari manis. Baru sedar, dia masih memakai cincin pernikahan mereka. Dah terbiasa pakai mungkin.
Lagi sebulan lebih je lagi. Lepas ni aku dah bukan isteri dia. Kata Safia dalam hati. Safia menanggalkan cincin itu dari jari kemudian menyimpannya di dalam laci. Dalam beberapa saat dia keluarkan cincin itu dan memakainya semula. Rasa lain pulak kalau tak pakai.
Terdengar notifikasi di telefon berbunyi menandakan Ilham sudah sampai di depan rumah. Dengan malas dia mencapai beg tangan dan keluar dari bilik untuk turun ke bawah.
“Kau nak pergi mana cuti-cuti ni?’’ Yusra yang baru keluar dari dapur menegur Safia.
“Keluar jap. Ilham dia nak bawak aku pergi makan kat mana entah’’
“Hari-hari eh dia datang jumpa kau. Aku rasa tak lama kau dengan dia boleh getback ni…’’ Yusra mengusik sambil tersengih.
“Tak ada maknanya. Aku layan kan sebab kang dia memekak depan rumah’’ sedang leka berbual tiba-tiba mereka terdengar hon kereta berbunyi beberapa kali.
“Tu! Aku dah cakap dah bunyi dah tu..’’ Safia menunjuk jari ke arah luar.
“Baik kau keluar sekarang beb. Kang jiran semua keluar jenuh nak menjawab..’’ dengan cepat Yusra menolak Safia keluar dari rumah. Safia berjalan laju ke arah kereta Ilham.
“Tak payah tekan hon lah. Bising tau tak..!’’ marah Safia.
“Kan abang cakap dalam masa 5 minit Pia masih tak keluar tanpa sebab, abang akan buat hal kat sini. Nasib lah kalau jiran tanya’’ Ilham mengangkat kening sambil membuka pintu kereta pada Safia. Dia tersengih memandang muka Safia yang masam itu.
Masuk saja dalam kereta. Ilham terus memandu keluar dari kawasan taman perumahan itu.
“Hari ni abang nak bawak Pia pergi makan-makan kat satu tempat ni’’
“Mana?’’
“Ada lah..”
Safia hanya memandang keluar tingkap. Dia rasa tak ada mood pulak hari ni. Rasa macam nak tidur je. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dengan malas dia bertanya.
“Isteri awak tu tak marah ke awak keluar dengan saya ni?’’
Ilham tak suka Safia berawak saya begitu dengannya. Bertambah hilang moodnya bila di soal tentang Khadeja.
“Buat apa nak marah. Pia isteri abang kan..’’
“Dia pun isteri awak jugak kan. Saya ni isteri awak dalam iddah je..’’ Safia memandang muka Ilham yang berubah moody. Ilham hanya diam tanpa berkata apa-apa.
Share this novel