BAB 91

Romance Series 57647

Selepas mandi dan membersihkan diri, Safia memasak di dapur untuk menyiapkan makanan tengah hari. Setelah selesai, dia masuk ke dalam bilik untuk bersantai seketika.

Cuti hujung minggu ini, Ilham datang ke sini dan membawa Darwish, ibu, abah serta adiknya pergi ke pekan membeli barang. Mereka ada mengajaknya tapi dia berasa malas nak ikut.

Sementara menunggu mereka pulang untuk makan tengah hari bersama-sama, dia berbaring di atas katil sambil membuka aplikasi fac.

Ketika leka melayan telefon di tangan, terdengar seperti ada suara lelaki memberi salam. Kening Safia berkerut. Siapa pulak yang datang.? Suara macam kenal. Cepat tangan mencapai tudung dan menyarungnya di atas kepala. Kemudian dia keluar dari bilik dan membuka pintu utama.

Terkejut Safia memandang Farhan yang sedang berdiri di atas tangga utama betul-betul di hadapan pintu sambil tersenyum memandangnya.

“Buat apa kat sini..?”

“Saja. Nak jumpa awak” Kata Farhan sambil tersenyum.

“Nak jumpa buat apa? Kita dah tak ada apa-apa kan…!’’

“Saya rindu kat Darwish. Saya nak jumpa dia kejap boleh..?’’

“Dia tak ada”

“Dia pergi mana?’’ soal Farhan.

“Keluar dengan papa dia’’ Farhan terkilan mendengarnya. Nampak betullah tekaannya Ilham selalu datang ke sini berjumpa mereka.

“Emm. ok, bila dia balik?” soal Farhan lagi sambil tersenyum tawar.

“Entah’’ jawab Safia sepatah.

Farhan mengangguk perlahan. Matanya tidak lepas memandang muka Safia. Sungguh dia rindu dengan senyuman Safia dulu. Sejak Safia meletakkan jawatan sebagai pembantunya, dia cuba menyingkirkan Safia dari fikiran. Tapi hati tetap tidak tenang. Kerana itu, dia selalu menghubungi Safia, tapi Safia langsung tidak menjawab panggilannya. Apatah lagi whatsapp. Dibiarkan bluetick saja oleh Safia.

Rasa rindu membuatkan dia selalu datang ke kampung ini memerhatikan Safia dari jauh. Niatnya untuk singgah ke rumah ini juga terpaksa dibatalkan kerana sering ternampak Ilham juga turut ada di sini. Hatinya bertambah sakit dan cemburu.

Wardah yang masih marahkannya pun tidak di pujuk dengan bersungguh-sungguh. Entah kenapa hatinya lebih menginginkan Safia.

Hari ini, dia mengambil keputusan untuk datang ke sini mahu berjumpa Safia dan keluarganya. Dia akan berusaha memujuk Safia serta meminang sendiri pada kedua orang tua Safia.

Farhan bertekad. Sekiranya mereka menerima pinangannya, dia akan memutuskan pertunangan dengan Wardah dan berkahwin dengan Safia.

Mata Farhan melilau memandang Safia yang hanya ber t-shirt lengan panjang dan berkain batik. Walaupun dipadankan dengan tudung sarung biasa tapi tetap cantik di matanya. Dia mula rasa terangsang.

Safia rasa pelik dengan pandangan Farhan sebegitu.

“Kenapa tengok macam tu?’’

“Saya rindu awak Pia..’’ luah Farhan perlahan. Berkerut kening Safia. Dia mula rasa tak selesa.

“Jangan nak merepek lah. Awak pergi lah balik. Ibu dengan abah pun tak ada, kang apa pulak orang kampung cakap’’ Safia ingin menutup pintu. Pantas tangan Farhan menahannya. Terkejut Safia di buatnya.

“Kejap Pia..! Sampai hati awak layan saya macam ni..’’

“Awak nak saya layan macam mana lagi? Macam raja.?? Dah. Pergi balik lah!” Safia terus menutup pintu.

Dengan kuat Farhan menolak pintu itu dan terus masuk ke dalam rumah. Safia terganjak sikit ke belakang. Cepat Farhan menutup dan mengunci pintu dengan tangannya sambil mata tidak lepas memandang Safia. Jantung Safia mula berdebar laju.

“Kenapa dengan awak ni?! Bukak pintu tu!’’ arah Safia kasar. Farhan menggeleng.

"No! saya takkan bukak selagi awak tak terima saya..’’

“Awak ni gila ke ape?? baik awak keluar sebelum saya jerit!’’ ugut Safia.

“Jerit lah..! Biar orang kampung awak dengar” kata Farhan sambil melangkah perlahan mendekati Safia. Berkerut kening Safia memandang Farhan.

“Farhan..! Stop! Awak tolong ingat tunang awak boleh..?!” sengaja Safia kata begitu. Tangan di angkat sebagai isyarat untuk Farhan berhenti mendekatinya.

“Perlu ke saya nak ingat dia sekarang? waktu dia kat UK pun dia sibuk tak ingat saya..’’

Safia mengundur perlahan-lahan. Langkahnya tersekat dengan sofa di belakang membuatkan langkah Farhan juga terhenti dan berdiri beberapa inci di depan Safia.

“Habis tu? awak nak balas dendam?’’ Kerana Farhan lebih tinggi sikit darinya membuatkan Safia melangut memandang mata Farhan.

“Saya tak dendam pun. Saya cuma jatuh cinta kat awak, salah ke..?’’ soal Farhan. Mata Farhan memandang Safia dengan harapan.

“Saya tak cintakan awak Farhan!’’ Safia menggeleng.

“Bohong!! Selama ni awak boleh terima saya. Awak cakap awak sayang saya. Kenapa sekarang tak pulak? Hmm?’’ kening Farhan terangkat. Otak Safia ligat mencari alasan.

“Err.. Saya sendiri tak tahu perasaan saya masa tu. Lagi pun awak yang tipu saya! awak dah bertunang. Saya tak nak jadi perampas..!”

“No..! awak bukan perampas sayang... Saya yang nak awak. Sebab tu saya datang sini hari ni.. Saya nak masuk minang awak. Saya nak jumpa along, abah dengn ibu awak..’’ lembut nada Farhan sambil ingin mendekatkan muka ke pipi Safia. Bau haruman badan Safia membuatkan Farhan lebih terangsang.

Safia menelan air liur. Dia tidak suka Farhan berdiri rapat begini. Dengan kasar tangan Safia menolak dada Farhan. Farhan tetap tak berganjak.

“Diorang tak ade la..! Awak keluar sekarang!” arah Safia sambil menunding jari ke arah pintu di belakang Farhan.

“Tak! Saya tak kan keluar selagi awak tak terima saya. Saya tahu awak buang saya sebab Ilham tu kan! Huh?’’

“Tak ada kena mengena dengan Ilham lah! Semua tu sebab awak! Penipu! Curang dengan tunang sendiri!’’

“Habis tu, kenapa saya nampak dia selalu datang sini?!” Farhan tak puas hati. Teringat apabila dia mahu datang ke sini, mesti Ilham juga ada di sini. Bertambah berkerut kening Safia memandangnya.

“Awak stalk saya sampai sini Farhan?! Suka hati dia lah dia nak datang sini ke tak! Darwish anak dia. Dia datang sini jumpa anak dia lah!!” marah Safia.

“Jumpa anak? Woo.. kalau jumpa anak, mesti jumpa mak dia sekali kan.? Entah-entah, awak dengan dia pun dah buat maksiat dalam rumah ni..! Sebab tu awak biar je dia datang selalu. Kan? Huh! Tak sangka. Murah jugak awak ni..!’’ Farhan tersenyum sinis memandang Safia.

Berdesing telinga Safia mendengar tuduhan itu! Dengan laju tangan Safia naik ke pipi Farhan.

PANG!!

Farhan memandang tajam Safia yang sedang menunding jari tepat ke mukanya. Rasa marah mengatasi pedih di pipinya sekarang.

“Kau jaga sikit mulut kau eh! Aku dah lama sabar tau! Yang murah tu kau! Dah ada tunang sibuk nak menggatal dengan perempuan lain!!’’ tinggi suara Safia. Marah kerana Farhan berani menuduh dia sebegitu.

Dengan pantas Farhan menyambar tangan Safia lalu menolak Safia jatuh terlentang di atas sofa. Kasar dia menindih kedua tangan Safia dengan sikunya. Safia mengelupur ingin melepaskan diri.

“Berani kau tampar aku ye! Tak pernah seorang perempuan pun berani naik tangan kat muka aku tau!!’’ bulat mata Farhan memandang Safia.

“Memang patut pun kau kena tampar! Biadap! lepaskan aku lah!!” bertambah berang Farhan mendengar kata Safia yang berani melawan itu.

“Aku takkan lepaskan kau Safia! Kau sanggup tinggalkan aku sebab si Ilham tu..! bukan sebab aku dah ada Wardah! Kau yang buat aku jatuh cinta kat kau, lepas tu senang-senang kau nak pergi tinggalkan aku! Dulu kau layan aku baik Pia. Asal sekarang ni kau kasar dengan aku?! ha?!!”

“Kau ni gila ke?! Aku tak suka kau sebab kau tu penipu! Lepaslah! aku jerit nanti!” ugut Safia lagi. Kedua lengannya sudah terasa sakit dengan cengkaman Farhan itu.

“Kau nak jerit? Ha! Jerit lah!! Biar orang datang tengok aku dengan kau macam ni! Boleh kita kahwin terus!!’’ Farhan ketawa mengejek.

Nafsu Farhan semakin mencanak setelah lama menindih Safia begitu. Tambah pula kain batik Safia terselak hingga ke betis. Dengan kasar Farhan mencumbu rakus leher Safia.

Safia cuba meronta dan menolak Farhan tapi tidak berhasil.
Badan Farhan yang sado dan bidang itu melebihi kemampuannya.

Safia cuba menjerit dan menangis. Bermacam-macam bermain dalam fikirannya sekarang. Dalam hati dia berdoa semoga ibu dan abah cepat balik. Dia tidak mahu menjadi mangsa rogol Farhan.

Ilham yang memandu masuk ke halaman rumah itu terkejut memandang kereta Honda Civic berwarna silver ada di situ. Macam kenal.

“Tu kereta siapa pulak tu?” Soal Encik Abbas yang berada di sebelah Ilham.

“Macam kereta Farhan bah” teka Ilham. Matanya melilau memandang ke arah pangkin di tepi Sawah. Tapi tiada sesiapa pun di situ.
Takkan Safia senang-senang bawa Farhan masuk ke dalam tanpa sesiapa di rumah? Pintu juga bertutup. Bisik Ilham dalam hati.

Setelah sampai di halaman rumah, Ilham dan Encik Abbas keluar dari kereta untuk mengeluarkan barang-barang dari bonet. Telinga terdengar seperti suara Safia menjerit dari dalam rumah. Ilham mula rasa tak sedap hati. Mereka saling berpandangan.

“Pia..!’’ Ilham cuba memanggil Safia dari bawah.

“Aarrrrrhh!!’’ suara Safia yang sedang menjerit jelas di telinga Ilham.

Dengan pantas Ilham berlari naik ke tangga dan menendang pintu yang bertutup itu. Kelihatan Farhan sudah mencabut tudung Safia dan menindihnya.

Share this novel

Gina Seman
2024-10-15 15:43:36 

aduh geramnyee dgn Farhan ni..nasib baik cpt blik.. sakit nye hatiii..


NovelPlus Premium

The best ads free experience