Ilham termenung di atas kerusi empuk di ruang pejabatnya. Pening dia memikirkan perangai pelik Safia sekarang. Dalam beberapa hari ini, dia mahu mendekat dan memeluk Safia pun susah. Busuklah, apalah. Hampir tiga hari dia menumpang tidur di bilik anaknya. Rindu untuk memeluk Safia seperti biasa malam-malam pun terpaksa dipendam begitu saja.
Tambah pula Safia suka marah-marah dan melenting kepadanya. Hanya kerana sesuatu perkara yang dia terlupa nak buat pun isterinya sudah membebel panjang. Sebelum-sebelum ini bebelan Safia itu dia anggap biasa saja. Sejak dua tiga hari ini, makin melampau pula mendengarnya.
Fikirannya melayang teringatkan tentang bebelan Safia semalam.
Balik saja dari kerja petang itu, Ilham masuk ke dalam rumah. Ketika kaki ingin melangkah, dia ternampak Safia yang baru turun dari tangga. Bibirnya melemparkan senyuman. Tapi Safia terus menyoalnya kasar.
“Kenapa abang tak buang sampah tadi?!” soal Safia dengan muka serius. Ilham menepuk dahinya.
“Ya Allah. Sorry, abang terlupa tadi.” Jawab Ilham sambil tersengih paksa.
“Takkan buang sampah pun lupa. Pia dah pesan kan tadi?! Siap dah letak kat tepi pintu dapur tu ha.!” kata Safia masih tidak berpuas hati.
“Ye! Abang terlupa, nak buat macam mana. Kejap abang pergi buang..” dengan pantas Ilham meletakkan brifecasenya di atas kerusi dan pergi ke arah dapur.
Kemudian dia mengambil sampah yang sudah terikat itu lalu membawanya keluar dari rumah. Setelah selesai meletakkan sampah itu ke dalam tong sampah diluar pagar, dia masuk semula ke dalam rumah.
Ilham memandang Safia yang masih berdiri memandang tajam kepadanya. Kening Ilham terangkat memandang Safia. Apa lagi agaknya yang isterinya tak puas hati tu.
Melihat suaminya sudah masuk ke dalam rumah, dengan pantas Safia bersuara tinggi sambil mencekak pinggang.
“Benda kecik macam tu pun abang boleh lupa.! Selalu macam tu.! Dah lah Pia suruh mandikan Darwish pagi tadi pun abang tak buat..! Bukannya susah pun! Dengan abang tinggalnya dia main depan TV tu sorang-sorang! Tak boleh ke tunggu Pia siap mandi dulu baru pergi kerja? Tu pun nak kena pesan jugak ke?! Kalau jadi apa-apa macam mana.?! Dengan pintu tak bertutup.! Grill abang tak kunci.! Gate tu pun abang tak tutup! Kalau Darwish keluar ke, tak pun orang masuk rumah ni culik Darwish ke. Tak fikir ke semua tu?!!” panjang bebelan Safia memarahi suaminya.
Selesai mandi pagi tadi, Safia terus turun ke bawah. Dia mellihat Darwish sudah berdiri di tepi grill dan ingin memanjatnya. Kelibat Ilham juga tiada di dalam rumah itu. Kereta yang tiada di garaj membuatkan dia tahu suaminya itu sudah keluar ke pejabat.
Buang sampah dan memandikan anak itu, tiada masalah untuk dia selesaikannya. Tetapi, meninggalkan Darwish sendirian begitu tanpa menutup pintu atau mengunci grill membuatkan hatinya risau. Bila dah berasa marah begini, habis semua kesalahan suaminya dia petik. Dengan nak kena menahan sakit pening kepala dan muntah-muntah ini lagi. Stress betul dia rasa.
Ilham menghela nafas mendengarnya.
“Ye.. Sorry... Abang terlupa nak buat tadi..” Ilham mula melangkah ingin naik ke atas. Malas dia nak melayan sebenarnya. Telinganya masih mendengar suara isterinya membebel lagi.
“Asyik terlupa je! Benda mudah macam ni pun tak boleh nak ingat.! Takkan semua benda nak kena pesan banyak kali.!! Nak kata umur tu tua muda lagi..! Dah nyanyuk agaknya!” lancang mulut Safia melepaskan rasa geramnya itu.
Berkerut kening Ilham mendengarnya. ‘Ai dia ni! Lebih-lebih pulak membebelnya.! Dah melampau sangat ni!’
Sudah lah dia penat baru balik dari kerja. Di tambah pula telinga nak kena menadah bebelan panjang isterinya hanya kerana dia terlupa nak membuat kesalahan yang kecil itu.
Pasal dia terlupa mengunci grill dan menutup pintu, dia mengaku itu kecuaiannya. Tapi kerana terlupa nak membuang sampah dan memandikan anak pun isterinya tetap nak melenting memang dia rasa benganglah. Apa salahnya kalau dia terlupa buat pekara itu Safia tolong selesaikannya. Kalau sudah rasa tidak mahu buat, biarkan saja. Dia akan buat nanti. Perlu ke nak membebel seperti panjangnya landasan kereta api itu.
Ilham mula berasa geram. Dia berpaling memandang muka Safia yang kemerahan menahan marah itu. Ingin saja dia bersuara dan membalasnya.
Bila teringatkan pergaduhan mereka dulu dia menjadi takut untuk kehilangan Safia sekali lagi. Bertambah takut jika dia terlepas lagi apa yang tidak sepatutnya dia lafazkan. Jadi dia cuba untuk bersabar dan beristighfar di dalam hati. Nafas di tarik dan menghembusnya perlahan-lahan.
“Ye sayang... Abang mintak maaf ok..? abang mengaku abang careless tadi.. Maafkan abang.. hmm?’’ lembut nada Ilham memujuk sambil tersenyum dan mengangkat kedua tangannya seolah menyerah kalah dengan isterinya.
Safia terdiam. Terasa puas apabila dapat melepaskan rasa geramnya itu. Senyuman dan suara Ilham yang lembut meminta maaf itu meredakan rasa marahnya.
Sambil menjeling suaminya, dia ingin berpaling untuk melangkah ke dapur. Dengan tiba-tiba kakinya tersepak kereta mainan anaknya yang bersepah di atas lantai.
"Aduh!’’ Cepat Safia mengangkat sebelah kaki dan menggosok hujung jarinya.
Dengan pantas Ilham memegang lengan Safia dan menunduk untuk membantu isterinya menggosok hujung jari kaki yang sakit itu.
“Sakit?” mata beralih memandang isterinya.
“Hmm’’ Safia mengangguk dan membiarkan saja suaminya berbuat begitu.
Dalam beberapa saat Ilham bangun berdiri.
“Lain kali nak jalan tu hati-hati. Kereta besar gitu pun Pia tak nampak. Ha.! Ni balasan sebab membebel kat suamilah ni.. Kata suami bukan-bukan.. Tak baik tau..” selamber Ilham berkata sambil mencuit perlahan hidung isterinya.
Safia terkedu. Alamak! Macam mana dia boleh tak nampak kereta sebesar tapak kaki itu di situ? Betullah kot sebab melenting dekat suami yang penat baru balik kerja. Cash tuhan bayar. Aduh! Malu pulak dia rasa.
“Boleh jalan tak?’’ Ilham bersuara lagi. Kening Safia berkerut dan menepis perlahan pegangan suaminya itu.
“Boleh je..!’’ jawab Safia dengan nada yang sedikit sombong. Dia cuba mengawal riak wajahnya sendiri. Walaupun hakikatnya di hujung jari kakinya tengah menahan pedih sekarang ini.
Ilham mengangguk memandangnya. Tiba-tiba Safia bersuara.
“Yang kereta ni macam mana boleh ada kat sini?! Abang kenapa tak kemas mainan ni?!’’
Kening Ilham berkerut mendengarnya. Eh eh. Kita pulak di persalahkan.
“Pia.. Abang baru balik kerja kan..Mana abang tahu kereta mainan Darwish tu bersepah kat situ” jawab Ilham.
“Dah tu! Dah nampak kan? Tak reti-reti nak tolong kemas…! Ambiklah simpan! Yang Si Darwish ni pun satu. Dah pandai main tu kemaslah balik! Bersepah macam ni nak jalan pun susah! Tu! kutip semua mainan anak abang tu..!’’ arah Safia pada suaminya kemudian dia terus melangkah naik ke atas. Ilham hanya menggeleng kepala memandangnya.
Tanpa banyak soal Ilham terus mengemaskan mainan anaknya yang bersepah itu. Ingatkan dah bagi setepek tadi sudah ada kesedaran. Rupanya masih sambung berbunyi lagi. Haih! Sabar je la.
TUK! TUK!
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Ilham. Wajah Safia hilang seketika dari ingatan. Imran berjalan dan berdiri di depan meja Ilham.
“Aku nak mintak fail JV Agreement yang aku bagi kat kau kelmarin tu. Kau dah semak belum? And dah sign apa yang patut dalam tu?” soal Imran sambil menadah tangan meminta fail itu. Berubah air muka Ilham. Dia menepuk dahinya sendiri.
“Ya Allah. Sorry Im.. Aku betul-betul terlupa’’ cepat Ilham mengeluarkan fail itu dan menyemaknya.
Berkerut kening Imran melihatnya. Jam tangannya di pandang. Ada masa lagi beberapa jam untuk dia keluar menyelesaikan urusan bersama fail penting itu.
“Kau ni apahal? Semua benda kau nak lupa. Kau tahu tak kejap lagi aku nak kena pergi jumpa owner syarikat tu!” Imran mencekak pinggang.
“Yela. Sorry lah. Kejap aku semak and sign ni. Kau jangan lah bising.!’’ Jawab Ilham sambil tetap fokus dengan kerjanya.
“Macam mana aku tak bising..! Aku dah pesan kat kau untuk sign and semak semua tu dari kelmarin lagi. Kau ingat sempat ke kau nak check agreement tebal macam tu dalam sejam dua ni? Aku suruh kau letak kat meja aku semalam tapi kau tak letak pun. Dah lah Shahrul pergi honeymoon tu tak tahu nak balik.! Kau pulak jangan buat tak fokus macam ni Am.! Takkan semua benda aku sorang nak kena fikir.!” Panjang bebelan Imran. Tidak faham dengan sikap Ilham yang mudah lupa sekarang. Sudah lah mensyuarat penting pagi semalam dia yang ingatkan.
“Ye kejap! Aku lupa kan. Nak buat macam mana.!” kata Ilham selamber.
Rimas juga dia mendengarnya. Sudahlah di rumah kena menadah telinga mendengar bebelan isterinya. Dekat pejabat pun dia nak kena mendengar bebelan juga ke?
Imran menghela nafas kasar. Dengan laju dia berpaling dan melangkah ke pintu. Kemudian dia berpaling semula pada Ilham.
“Aku nak kau letak kat meja aku petang ni jugak.! Lupa-lupa. Benda penting macam tu pun boleh lupa. Dah nyanyuk ke apa kau ni!’’ dengan selamber Imran terus keluar dari situ.
Tersentak Ilham mendengarnya. Sudahlah semalam dia di cop nyanyuk oleh Safia. Hari ini Imran pula berkata begitu.
“Ya Allah..! Kenapa dengan aku ni!’’ tangan menampar perlahan pipinya sendiri. Kemudian dengan cepat Ilham menyelesaikan kerjanya Itu.
Share this novel