BAB 29

Romance Series 57647

Masuk je ke dalam rumah Safia ternampak Yusra sudah bersiap kemas berjalan turun dari tangga.

“Kau nak pergi mana?’’

“Aku nak keluar dengan Azam jap pergi makan. Awal Ilham hantar kau balik’’ soal Yusra sambil membetulkan tudung di kepala.

“Awal la dah keluar dari pagi kan’’

“Ok la aku gerak dulu. Azam dah nak sampai tu’’ langkah Yusra terhenti kerana Safia memanggilnya.

“Kau tolong cucuk duit aku jap boleh? Aku terlupa la nak ambik cash tadi. Dah sampai rumah baru teringat. Minyak kereta aku tu dah lama tak isi’’

“Buat apa kau nak isi minyak? Am kan hari-hari hantar kau pergi kerja. Weekend dia ambik kau keluar. Mana?’’ Yusra menghulur tangan meminta kad debit Safia.

“Aku ingat esok aku nak pergi sendiri je. Lama dah kereta aku tu tak jalan’’ kata Safia sambil tangan mencari purse di dalam handbag. Tapi tak jumpa. Eh mana pulak purse aku ni? tiba-tiba Safia teringat sesuatu.

“Asal?’’ Yusra memandangnya.

“Aku rasa aku tertinggal dalam kereta Am tadi. Aku terlupa masukkan dalam handbag tadi waktu lepas beli barang. Dah la lesen, IC aku semua dalam tu’’

“Nampaknya dia kena datang hantar kau jugak la esok. Ok la aku gerak dulu. Bye!’’ Yusra terus keluar setelah kereta tunangnya sampai di depan pagar.

Safia memandang jam tangannya. Baru pukul 9.10 malam. Awal lagi. Mungkin Ilham tengah memandu dan belum sampai rumah lagi. Kejap lagi lah call dia. Safia terus naik ke atas untuk menunaikan solat Isyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience