BAB 74

Romance Series 57647

Ilham memandu sambil bersiul kecil. Pagi itu dia terus memandu balik ke rumah keluarganya. Ummi dengan ayah mesti happy kalau tahu mereka dah ada cucu lelaki.

Wajah comel Darwish bermain dalam fikiran. Sungguh dia rasa gembira sekarang. Impiannya untuk memiliki anak bersama Safia termakbul. Tapi hati sedikit kecewa kerana Safia bukan isterinya lagi.

Sekarang ini, dia harus fikirkan bagaimana cara memujuk Safia untuk membenarkan dia berjumpa Darwish. Patutlah Farhan dan Safia tidak tinggal sekali. Lelaki itu bukan suami Safia rupanya. Kerana takut dia merampas Darwish, sanggup Safia berbohong. Dia tak lah sekejam itu. Cuma mahu berkongsi kasih seorang anak.

Bekas isterinya itu bukan milik siapa-siapa lagi. Adakah dia berpeluang untuk memikat Safia semula?

Wajah Farhan melayang di fikiran. Memang dia selalu mengekori Safia sekiranya ada masa dan peluang. Dia juga sering ternampak Farhan dan Safia membawa Darwish keluar bersama. Agak mesra sekali. Mungkin sedang bercinta. Hampa rasanya. Hati Safia bukan untuknya lagi. Dia redha. Yang dia mahukan hanya memberi kasih sayang kepada Darwish bersama-sama.

Sampai saja di perkarangan rumah keluarganya, senyumannya mati setelah ternampak kereta Mak long Salma.

Dia rimas dengan sikap Mak long Salma yang terlebih ambil berat itu. Tak habis-habis sibuk nak carikan jodoh untuknya. Jodoh yang dicari sebelum ni pun tak boleh pakai. Kena tebuk tupai pulak tu. Jodoh untuk adiknya si Amira tu tak pulak di sibuk-sibukkan.! Hish!

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Niat untuk memberitahu berita gembira itu terbantut setelah ternampak Mak long Salma satu keluarga di ruang tamu. Ayah, ummi dan adiknya turut ada di situ. Riuh rendah macam ada kenduri. Tanpa pedulikan mereka dia terus berjalan untuk naik ke atas.

Langkah Ilham terhenti setelah ayah memanggilnya untuk sertai mereka. Dengan rasa malas dia duduk di sofa kosong berhadapan mereka.

“Lama tak nampak Am. Mak long datang pun Am tak ada’’ kata Mak long Salma memandang anak saudara kesayangannya itu.

“Sibuk sikit..’’

“Am projek dia kat Johor. Dapat tender. Dah siap gamaknya kan Am?” soal Puan Sakinah pada anaknya.

Ilham hanya menangguk saja. Apa yang disembang mereka langsung tak masuk ke telinga. Tiba-tiba Mak long Salma bertanya kepadanya.

“Am bila nk kahwin ni Am. Dah lama kan menduda, tak nak cari ke?’’

“Nanti lah. Malas nak fikir. Tu, Amira tu dah anak dara. Suruh je dia kahwin’’ Ilham menjuih mulut pada adiknya.

“Eh asal Mira pulak. Mira muda lagi.. Abang tu dah 31 tahun. Tua dah’’ balas Amira selamber.

“Amira muda lagi. Kalau dia dah bersedia nanti mak long carikan..’’ Mak long Salma tersenyum.

“Eh taknak la. Mira nak cari sendiri.’’ Jawab Amira.

Ilham hanya tersenyum paksa. Rasa tak berminat nak mendengarnya. Dengan segera dia bangun untuk naik ke atas.

“Nak pergi mana Am? duduk lah dulu sembang-sembang” Kata Atirah sambil melayan kerenah anak-anaknya di ruang tamu itu.

“Naik atas, mandi’’ balas Ilham sepatah. Sejak bertolak dari rumah bekas mertuanya pagi tadi, sampai nak masuk tengah hari dia belum segarkan badan.

“Ni Am. Mak long ada kawan. Tengah cari jodoh kat anak dia.. Am nak?” Mak long Salma ingin mengeluarkan telefon dari beg tangannya. Ilham rasa bengang. Mula dah la tu!

“Stop lah mak long sibuk pasal jodoh Am...! Am rimas lah! Hishh!!’’ dengus Ilham kasar.

Mereka semua tersentak bila mendengar suara Ilham tinggi begitu. Tidak pernah Ilham meninggikan suara pada orang tua.

“Am..kenapa cakap macm tu kat mak long..!’’ tegur Puan Sakinah.

“Am rimas lah ummi.. Daripada dulu lagi mak long tak habis sibuk pasal Am. Jodoh Am, biar Am yang cari sendiri. Am yang nak hidup dengan pilihan Am sampai mati! Bukan pilihan mak long!!’’ Mak Long Salma terasa mendengarnya.

“Tak ada niat pun mak long nak sibuk Am. Mak long cuma nak anak buah mak long ni bahagia.. Salah ke?’’ sebak suara Mak long Salma. Sedih hati apabila niat nya di salah tafsirkan.

“Bahagia? Bahagia apa?? Jodoh yang mak long cari tu tak kekal pun. Bercerai jugak!’’ Ilham mencekak pinggang. Encik Aziz dari tadi hanya jadi pendengar.

“Tu kan kentuan Allah. Lagi pun kau yang lepaskan Eja kan…!’’ Atirah menyampuk. Dia tak suka Ilham cakap begitu pada maknya. Orang nak tolong bahagiakan dia, dia pulak nak marah-marah.!

Ilham tersenyum sinis. Pandai pulak cakap ketentuan Allah. Sindir-sindir Safia waktu dia belum mengandung dulu tu tak fikir pulak pasal ketentuan Allah.

“Am lepaskan Eja tu bersebab. Dia pun ada pilihan dia sendiri.. Huh! Pandai cakap ketentuan Allah. Waktu Safia belum mengandung dulu semua orang perli-perli dia. Time tu tak fikir pulak pasal ketentuan Allah!’’ sindir Ilham.

Mereka semua terdiam mendengarnya. Puan Sakinah mula rasa bersalah. Wajah Safia bermain dalam fikirannya. Encik Aziz agak setuju dengan kata Ilham. Kakak iparnya itu tak habis-habis nak sibuk pasal anaknya. Isterinya pula hanya ikut saja cakap kakak kesayangan dia itu.

Hati yang masih panas membuatkan Ilham segera melangkah menuju ke pintu untuk keluar. Puan Sakinah memanggil.

“Am..! Nak pergi mana?’’

“Dah lah! stop kacau hidup aku!! Sebab kan korang semua sibuk sangat pasal aku Safia pergi tinggal kan aku! Tau dia pergi sebab apa?? Sebab mulut mak long tu!! sibuk nak sindir-sindir dia. Ingat dia tak ada hati?? tak ada perasaan??!
Selama ni aku diam bila mak long anak-beranak sibuk perli dia! Sebab aku hormat dan sayangkan mak long.! Aku tak peduli pun pasal perasaan safia! Untuk pengetahuan korang semua, aku tak pernah happy pun bila Safia pergi tinggal kan aku!! Ummi pun sama!!! Arhh!!!’’

BUMMM!!!

Ilham menumbuk pintu sekuat hati. Bunyi gegaran pintu utama rumah itu mengejutkan mereka semua.

Ilham terus masuk ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan kawasan itu. Sambil memandu dia menangis semahu-mahunya. Puas dia rasa selepas melepaskan apa yang terbuku di hati selama ini. Kerana mulut mereka semua lah Safia pergi. Dan dia tak tahu langsung tentang kewujudan anak kandungnya itu.

Ketika keluar di satu simpang Ilham tidak menoleh langsung kiri dan kanan. Sebuah kereta dalam keadaan laju yang datang dari arah kiri tanpa sempat menekan brake telah melanggar kereta Ilham membuatkan kereta Ilham terbabas dan berpusing beberapa kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience