DUA BULAN KEMUDIAN..
Puan Sakinah menyapu di halaman belakang rumahnya. Setelah selesai, dia duduk termenung di atas kerusi di halaman itu.
Sudah beberapa hari dia memikirkan cara untuk memberitahu Ilham tentang berita ini. Dengan Encik Aziz pun dia rasa malu untuk berterus terang. Pasti suaminya itu akan ketawa kan dirinya. Kerana dialah yang terlebih excited dulu.
Fikirannya melayang teringatkan tentang kejujuran mummy Khadeja ketika dia menemani Mak long Salma menghadiri majlis kenduri di rumah teman kakaknya minggu lepas.
Mummy Khadeja yang turut menghadiri majlis itu berjumpa dengan mereka. Kerana rasa bersalah yang menghantui diri, membuatkan bekas besannya itu mengaku jujur tentang kandungan Khadeja dulu.
Selepas mendengar pengakuan jujur itu, dengan rasa marah Puan Sakinah terus masuk ke dalam kereta Mak long Salma, dan mengajak kakaknya pulang. Setelah tiba di perkarangan rumahnya, Puan Sakinah dengan laju turun dari kereta dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Tangan menghempas kasar beg tangannya di atas sofa. Dada turun naik menahan marah.
Mak long Salma dengan perlahan mengekori langkah adiknya masuk ke dalam rumah. Dia juga terkejut dengan kejujuran kawannya itu.
“Kinah… ” perlahan suara mak long Salma memanggil adiknya. Dia tahu Puan Sakinah masih marah. Mesti adiknya akan menyalahkan dirinya.
“Sampai hati kak long kan.! Selama ni, kak long cari menantu untuk Kinah rupanya yang dah kena tebuk tupai. Ada isi pulak tu!! Haih!” dengus Puan Sakinah kasar. Tangan mencekak pinggang. Sunggguh dia rasa sakit hati. Memang perkara itu sudah lepas. Tapi dia satu keluarga, rasa tertipu sekarang ni!
“Kak long betul tak sangka yang Khadeja tu mengandung waktu nikah dengan Ilham dulu.” Mak long Salma sebersalah memandang adiknya. Puan Sakinah berpaling memandang kakaknya tajam.
“Kak long tahu tak Kinah rasa apa sekarang ni? sakit hati tau tak.! tergamak ye, diorang jadikan Am tu kambing hitam! Ingat kitorang ni apa? Tak ada maruah??! Nasib baik diorang berdua tu dah bercerai! Kalau tak, tak tahu lah apa jadi!” terbayang wajah Khadeja yang polos dan sopan itu. Tidak sangka. Sepolos-polos begitu tapi pandai menipu. Sampai hati mereka jadikan anak aku pak sanggup! Tak guna betul! Gumam dia dalam hati.
Teringat dulu, betapa gembiranya dia rasa sewaktu Khadeja mengatakan dia sudah mengandung. Itulah impiannya ingin memiliki cucu dari darah daging sendiri. Tapi ternyata, huh! Kecewa sungguh dia rasa. Sangat kecewa!
“Maafkan kak long. Kak long pun tak tahu semua ni.. Kalau kak long tahu, sumpah kak long tak pinangkan dia untuk Am Kinah..’’ Mak long Salma menunduk. Air mata bertakung di tubir mata.
Rasa bersalah pada Ilham menghantui diri. Niat untuk membahagiakan anak buah kesayangannya itu, tapi lain pula yang jadi.
Menyesal dia tidak siasat tentang Khadeja dulu. Hanya terpedaya dengan sikap Khadeja yang sopan dan wajah yang cantik membuatkan dia terus merisik anak kawannya itu. Patutlah dulu, kawannya laju menerima pinangan itu dengan muka yang sebersalah.
“Ni..! sekarang ni? Apa Kinah nak cakap kat Am pasal ni?!” Puan Sakinah memicit kepala. Sudahlah anaknya itu baru pulih dari sakit kemalangan dulu. Kalau Ilham tahu berita ini, pasti Ilham akan mengamuk lagi. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi lagi pada anak sulungnya itu.
“Biar kak long cakap dengan dia.. Ye..?” Mak long Salma memegang bahu adiknya untuk memujuk. Dengan kasar Puan Sakinah mengibas bahunya dari di sentuh kakaknya itu.
“Tak payah! Kang tak pasal-pasal dia mengamuk macam haritu pulak..!”
Mak long Salma menunduk lagi mendengarnya. Hatinya rasa sedih. Sudah lah Ilham merajuk tidak mahu bercakap dengannya sampai ke hari ini. Ditambah pula kalau mendengar berita ini, bertambah bencilah Ilham padanya nanti. Kerana dia lah yang bersungguh-sungguh meminang Khadeja untuk Ilham dulu.
Puan Sakinah menghela nafas dan memejam mata seketika. Teringat cerita Ilham tentang Darwish, cucu kandungnya itu. Wajah Safia bermain dalam fikiran. Dia rasa sangat menyesal kerana membiarkan Safia pergi dari anaknya dulu. Kalau lah dia bersabar, tentu sekarang dia sedang bermain dan memeluk cucu kandungnya sendiri.
Air mata mengalir di pipi. Setelah beberapa minit tiada suara antara mereka, Puan Sakinah bersuara perlahan.
“Kak long tahu tak.. Betapa Kinah rasa sebersalah dekat Safia sekarang ni...” Dia berpusing memandang kakaknya yang sedang mengesat air mata itu. Dia sambung lagi.
“Sebab kan mulut kak long yang tak habis-habis cakap pasal Safia tu lah, sampai Kinah pun terpaksa ikut benci kan dia dulu..! Kalau lah Kinah ni tak peduli apa kak long cakap, tentu sekarang ni Kinah dah peluk cium cucu Kinah sendiri tahu tak!” Puan Sakinah melepaskan rasa kecewanya.
“Maafkan kak long Kinah…” teresak-esak tangisan Mak long Salma. Hati di selubungi rasa penyesalan sekarang ini. Dia juga sudah tahu cerita tentang anak kandung Ilham itu. Itu pun sanggup dia menghasut adiknya lagi untuk tidak percaya apa yang di ceritakan Ilham. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tidak suka pada Safia. Sedangkan Safia tiada salah apa pun dengannya. Hanya kerana takdir yang tertulis, membuatkan dia menyalahkan Safia kerana tidak membahagiakan keluarga adiknya. Ya Allah. Wajah Safia bermain dalam fikirannya.
“Dah lah! Kak long balik lah! Tak payah datang sini lagi..!” Puan Sakinah terus melangkah naik ke bilik meninggalkan kakaknya di situ.
Dia sudah rasa tawar hati mahu bercakap dengan kakaknya itu. Betul kata Ilham. Disebabkan mulut kakaknya itu lah Safia pergi tinggalkan anaknya. Sampai kewujudan cucu kandung sendiri pun dia tak tahu. Kerana mulut kakaknya juga lah membuatkan dia terpengaruh menyalahkan Safia tentang ketentuan Allah.
“UMMI…”
Sentuhan tangan Ilham di bahu mengejutkan Puan Sakinah dari lamunan. Wajah Mak long Salma hilang dari fikiran. Laju jari mengesat air mata yang mengalir di pipi.
“Am.. bila balik?’’ soal Puan Sakinah sambil memandang anaknya yang baru pulang dari hospital itu.
Ilham yang masih bertongkat kecil di tangan terinjut-injut berjalan dan duduk di kerusi di hadapan Puan Sakinah.
“Baru je. Cari ummi tadi tengok-tengok ada kat sini..’’
“Fisioterapi Am macam mana? ok?” Soalnya lagi. Ilham menunjukkan kakinya.
“Ok. Doktor cakap tak lama lagi boleh jalan seperti biasa la. Cuma ada la rasa sakit sikit” jawab Ilham sambil tersenyum.
Memang dia rasa tidak sabar nak berjalan dengan sempurna semula. Dua bulan berkerusi roda dan bertongkat membuatkan dia rimas.
Puan Sakinah mengangguk dan tersenyum tawar. Kemudian dia termenung seketika. Ilham memandang ibunya yang tiba-tiba berdiam itu.
“Ummi..?’’ masih tiada respon dari Puan Sakinah. Ilham menyentuh tangan ibunya.
“Ummi..?’’
“Ye..?” terkebil-kebil mata Puan Sakinah memandang Ilham.
“Ummi kenapa? ok ke tak ni?’’ Ilham memandang mata ibunya yang kemerahan. Seolah baru lepas menangis.
“Hmm ok..” jawab Puan Sakinah sepatah.
“Tapi macam tak ok je Am tengok. Ummi ada masalah ke? Bagitahu Am..” Ilham mengangkat kening memandang ibunya. Puan Sakinah mengeluh. Dia sendiri tak tahu nak mula dari mana.
“Am.. Ummi nak bagitahu Am. Tapi ummi mintak sangat Am bertenang ye..?” dia memegang tangan Ilham.
“Kenapa ummi? Macam serius je bunyinya?” Ilham rasa berdebar.
“Pasal Khadeja..”
“Kenapa dengan dia?”
“Dulu.. dia.. Err…” tergagap untuk Puan Sakinah bercerita.
“Kenapa ni ummi..?” soal Ilham lagi.
“Khadeja dulu.. Dia bukan mengandung anak Am..” rasa takut untuk dia meneruskan kata. Dia tidak mahu Ilham mengamuk lagi.
“Ummi tahu mana?” Ilham memandang ibunya.
“Mummy Khadeja dah jujur dekat mak long dengan ummi hari tu..” perlahan suara Puan Sakinah.
“Benda dah lepas ummi. Tak payah lah ingat.” Tenang Ilham menjawabnya.
Berkerut kening Puan Sakinah memandang riak muka Ilham yang bersahaja itu. Dia jangka kan anaknya akan mengamuk kerana rasa tertipu.
“Am tahu?” Ilham mengangguk perlahan. Puan Sakinah mula rasa geram.
“Macam mana Am tahu?? Kenapa tak bagitahu ummi pasal ni?!”
“Am tahu lepas Khadeja gugur dulu ummi. Sebab Am fikir maruah keluarga Am diam. And Am kesian kat Eja tu. Ummi pun tahu kan daddy dia tu bekas komando. Baran pulak.”
“Itu bukan masalah kita Am..!” Puan Sakinah menghela nafas kasar.
Rasa marahnya masih ada kerana mereka jadikan anaknya itu pak sanggup. Dan dia pulak rasa gembira dengan kandungan yang bukan darah dagingnya sendiri. Siapa tak sakit hati?
“Tak apalah ummi. Benda dah lepas. Am pun dah maaf kan dia. Biar lah. Am malas nak fikir pasal dia”
Puan Sakinah memandang Ilham. Begitu tenang anaknya menerima takdir. Rasa bersalah kembali menghantui diri. Kerana dia lah anaknya tidak bahagia. Matanya mula berkaca.
“Am.. ummi mintak maaf ye.. Sebab kan ummi Am terpaksa jadi pak sanggup. Sebabkan ummi jugak Safia tinggalkan Am, sampai Am tak kenal langsung anak Am. Cucu ummi…” sebak suaranya. Laju air mata mengalir di pipi.
“Ummi.. Chill la ummi. Am dah redha. Sekarang pun Am dah tahu pasal anak kandung Am tu. Cuma tunggu masa yang sesuai je untuk Am pujuk Safia”
“Ummi betul-betul rasa sebersalah kat Safia. Kat keluarga dia… Ummi malu Am.. Malu sangat...” teresak-esak dia menangis.
Sungguh dia mahu berjumpa Safia dan meminta maaf pada bekas menantunya itu. Dia sendiri tak tahu kenapa dulu dia tidak langsung menghalang Safia meninggalkan anaknya. Padahal Safia seorang menantu yang baik. Kerana tidak mahu menerima takdir Tuhan, sanggup dia menanam rasa benci pada Safia dulu.
Astaghfirullahalazim.
“Dah la ummi.. Tak payah sedih-sedih k. Insha-Allah, lusa Am balik kampung. Nak pergi majlis Yusra dengan Azam. Safia mesti ada sekali” Ilham mengusap bahu ibunya. Puan Sakinah mengangkat muka.
“Yusra kawan Safia tu?”
“Yup” Ilham mengangguk.
“Diorang sekampung kan?”
“Aha.. Kenapa ummi?’’ terangkat kening Ilham mendengar soalan ibunya yang bertubi-tubi itu.
“Ummi nak ikut..! Ummi nak jumpa safia dengan keluarga dia. Dengan cucu ummi.. ya?” semangat Puan Sakinah bersuara sambil tangan mengesat air mata di pipi.
“Ummi.. Buat masa ni tak payah lagi la. Biar Am pujuk Safia dulu. Ye?’’ kata Ilham. Muram wajah Puan Sakinah.
“Tapi ummi nak sangat jumpa cucu ummi..” sayu suaranya.
Hatinya rasa sangat teringin melihat wajah kecil Darwish. Nak tengok muka cucunya pun tiada sebarang gambar yang tersimpan di telefon Ilham kerana anaknya juga baru tahu sebelum kemalangan itu.
“Insha-Allah satu hari nanti Am bawak dia datang jumpa ummi ye..” Pujuk Ilham.
Puan Sakinah mengangguk perlahan dan tersenyum pahit.
Share this novel