BAB 77

Romance Series 57647

Selepas menghantar Safia dan Darwish dari makan malam tadi, Farhan terus pulang ke kondo mewahnya.

Ketika Farhan ingin melangkah masuk ke bilik untuk menukar baju, kedengaran bunyi deringan loceng. Dengan malas dia melangkah ke pintu. Alangkah terkejutnya Farhan memandang seorang gadis bertudung dan memakai dress merah berdiri di grill sambil tersenyum memandangnya.

“War..Wardah..!” gagap Suara Farhan.

“Hai abang.. Assalamualaikum.’’ Wardah tersenyum manis memandang tunangnya itu.

“Err waalaikumsalam..” berkelip-kelip mata Farhan. Rasa tidak percaya melihat seseorang yang agak lama dia tak berjumpa muncul di depan pintu.

“Bila Wardah balik Malaysia?’’ dengan perlahan Farhan membuka grill.

“Dah dua minggu ada kat sini. Abang dari mana?’’ soal Wardah memandang lelaki di depannya yang berpakaian kemas. Seolah baru balik dari mana-mana.

“Err abang ada dinner dengan staff tadi’’ bohong Farhan.

“Oo yeke. Wardah baru nak ajak abang pergi dinner’’ kata Wardah ceria.

“Kenapa tak call dulu? Kalau tak abang boleh ambik kat rumah’’

“Saja. Nak surprise tunang sendiri. Tak boleh?’’ Farhan tersenyum hambar.

“Boleh. Jom lah’’ dengan cepat Farhan menutup pintu dan membawa tunangnya itu ke restoran berdekatan.

Sampai saja di sebuah restoran, mereka memesan minuman. Farhan memandang gadis cantik di depannya. Wajah inilah yang dia rindu setiap hari.

Wardah ialah anak kepada ayah angkatnya Encik Tarmizi, iaitu lembaga pengarah di syarikatnya bekerja. Keluarganya dan keluarga gadis itu sangat rapat. Sejak kecil mereka membesar bersama-sama. Kerana saling mencintai membuatkan mereka bersetuju mengikat tali pertunangan sebelum gadis itu menyambung pelajaran di United Kingdom. Tapi sekarang hatinya berbelah bagi.

“Kenapa abang tengok Wardah macam tu?’’ Wardah tersipu malu kerana Farhan memandangnya lama begitu.

“Saja. Rindu la lama tak jumpa kan.” Farhan tersenyum.
Kali terakhir mereka berjumpa dua tahun lepas ketika tunangnya itu balik ke Malaysia kerana menyambut hari perayaan dan cuti semester.

“Abang la. Wardah dah dua minggu kat rumah mummy tau. Wardah call abang haritu tapi susah betul abang nak angkat call sekarang kan’’

“Sorry la. Abang busy sikit. Banyak kerja. Macam mana study? Ok?’’

“Alhamdulillah ok. Tunggu grad. Then apply kerja’’

“Hospital mana apply?’’ soal Farhan sambil menyedut minuman.

“Macam-macam hantar resume. Buat masa ni daddy cakap kalau nak kerja dengan abang dulu pun boleh’’ Farhan tersedak mendengarnya.

“Abang ok tak ni?’’ Wardah menghulur tisu kepada tunangnya. Farhan mengangkat tangan memberi isyarat ok.

“Kerja dengan abang? Kan Wardah study course medic. Abang akaun. Macam tak kena pulak’’

“Tak de la. Daddy cakap kalau bosan sementara tunggu grad ni’’

“Tak payah la kerja. Duduk rumah rest je. Empat tahun duduk UK kan. Mestilah rindu semua benda kat Malaysia ni’’ pujuk Farhan.

“Mummy suruh tanya abang bila abang nak tetapkan tarikh wedding kita?’’ Farhan menelan air liur mendengarnya. Agak lama dia tidak datang menjenguk keluarga tunangnya itu. Padahal tinggal dekat-dekat sini saja.

“Err Wardah dah ready ke nak kahwin?’’

“Dah 4 tahun kita bertunang bang sebelum Wardah fly ke UK. Mesti lah Wardah balik ni Wardah dah ready nak kahwin’’ balas Wardah ceria.

“Tak nak kerja dulu?’’

“Plan nak kerja dulu. Tapi mummy cakap benda yang baik perlu di segera kan.’’ Wardah mengangkat kening memandang Farhan. Farhan juga tersenyum. Senyumannya kelat.

Share this novel

Gina Seman
2024-09-27 21:25:02 

elok lah Farhan ada tunang.. be lh pia n am brsatu kembali demi anak or cinta msh ada dihati..

NAT
2024-09-27 13:04:10 

la..Farhan dh tunang..


NovelPlus Premium

The best ads free experience