BAB 66

Romance Series 57647

SETAHUN KEMUDIAN..


“Happy birthday Nur Adni Safia!!’’

Safia berpaling ke belakang memandang Farhan yang sedang membawa sebiji kek dan meletakkan di atas meja. Salwa yang duduk di sebelah tersengih memandang muka Safia yang kemerahan itu.

“Patut lah kau beria ajak aku pergi makan dulu sebelum balik kerja eh.. Ngidam nak makan tu lah, apa lah. Pandai ek..’’ kata Safia kepada Salwa sambil meniup lilin di atas kek di depannya.

“Farhan yang plan semua ni nak buat surprise kat kau.. Aku ikut je. Susah jugak cari alasan tadi’’

“Happy birthday Pia yang ke.. 29 tahun..” sambil tersenyum Farhan duduk di depan Safia.

“Terima kasih. Alar janganlah mention umur. Malu la..” kata Safia Sambil tersengih.

“Eh, kita baru 29 la. 29 tu tak tua lagi tau..” kata Salwa pula.
Farhan juga tergelak. Kedua mereka baru 29 tahun. Sedangkan dia sudah 30 tahun. Warga emas sudah.

“Sorry la, tak dapat join birthday celebration awak kat office tadi’’ Farhan memandang Safia.
Dia kira sempatlah petang ni masuk semula ke pejabat untuk menyambut hari lahir Safia bersama officemate yang lain. Kerana meeting pulak habis lambat. Terpaksa lah dia plan sendiri dengan Salwa.

“Eh tak pe lah. Ok je. Awak dah wish kat whatsapp kan tadi..’’ Safia memandang Farhan.
Rasa terharu di buatnya. Tadi dekat pejabat pun Farhan yang sponser untuk sambut hari lahirnya. Tapi, lelaki itu tidak dapat join kerana terpaksa hadir mensyuarat penting dengan lembaga pengarah.

Mereka semua bergelak ketawa sambil menjamu selera. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memandang mereka dari luar restoran itu.

“Eh, dah pukul berapa dah ni. Aku nak kena balik la. Nak ambik anak aku.’’ Safia memandang jam di tangan.
Hampir pukul 6.50 petang. Dia terlupa untuk memaklumkan kepada pengasuh Darwish yang dia akan mengambil anaknya lewat sikit hari ini. Farhan turut memandang jam tangannya.

“Ok. Jom lah saya hantar awak balik’’

“Korang gerak lah dulu. Aku nak pergi toilet jap’’ Salwa segera bangun dan menuju ke tandas.
Manakala Farhan pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran.

Safia berjalan keluar dari restoran dan menunggu di luar. Dalam fikirannya hanya fikirkan Darwish. Selalu, keluar saja dari tempat kerja, dia akan terus balik ke rumah mengambil anaknya.

Hari ni, ikutkan dia nak bawak kereta sendiri. Entah kenapa sejak dua menjak ni Farhan selalu menawarkan diri untuk mengambil dan menghantarnya balik rumah. Senang sebab satu jalan dan satu tempat kerja katanya. Jadi, dia ikut kan saja lah. Benda mudah, takkan dia nak tolak.

“Adni Safia..’’

Ada suara garau yang memanggil namanya di belakang. Kening Safia berkerut. Macam familiar suara itu.
Dia berpusing.

Alangkah terkejutnya Safia memandang seorang lelaki yang berdiri di depannya. Dia masih kenal walaupun janggut dan misai serta jambang yang dulunya halus semakin menebal di muka lelaki itu. Penampilan lelaki itu juga masih kemas di matanya.

“Hai Pia.. Assalamualaikum” Ilham tersenyum memandang Safia.

Sudah lama dia mencari Safia sebenarnya. Projek yang dia ambil alih di Mersing itu pun hampir siap, tetapi dia masih gagal menjejaki bekas isterinya itu.
Sehinggalah satu projek tender di Johor Bahru yang baru di uruskannya membuatkan dia ternampak Safia di sini. Terus dia bertindak mengekori Safia sekiranya ada masa dan peluang.

Sempena hari lahir Safia ini membuatkan dia berani menemui bekas isterinya itu.
Melihat Safia yang masih terkaku memandangnya, dia bersuara lagi.

“Pia apa khabar? sihat?’’

Safia tersedar saat Ilham melambaikan tangan depan mukanya. Matanya berkelip berkali-kali. Seolah baru bangun tidur.

“Err Sihat.. Alhamdulillah. Abang sihat ke?’’ Ilham tersenyum lagi. Hatinya gembira mendengar panggilan abang itu.

“Alhamdulillah, sihat. Oh lupa. Abang nak wish Happy Birthday kat Pia. Sorry. Abang tak expect jumpa Pia kat sini. Kalau tak abang dah beli hadiah..’’ bohong Ilham.

“Eh tak pe..’’ balas Safia sepatah. Agak janggal sikit dia rasa. Mungkin sebab dah lama tidak berjumpa.

“Pia kerja area sini? Tinggal kat mana sekarang?’’ jantung Safia berdebar mendengar soalan itu. Perlu ke dia bagitahu?

“Err.. Pia tinggal…” Safia teragak-agak mahu menjawabnya.

“Pia…?’’ suara Farhan mengejutkan Safia.
Salwa turut datang ke arah mereka. Kening Salwa berkerut memandang lelaki asing di depan mereka. Macam kenal.

“Siapa ni Pia?’’ soal Salwa.

“Err ni..’’ masih teragak untuk Safia menjawab.

“Ilham..’’ cepat Ilham memperkenalkan diri dan menghulurkan tangan pada Farhan.

“Farhan..” Farhan menyambut tangan itu sambil tersenyum tawar.

Salwa terkejut mendengarnya. Patut lah macam kenal. Lain benar muka lelaki itu. Hampir dia tak kenal tadi.

“Lah.. Ilham ke.. Aku ingat siapa tadi’’ kata Salwa membuatkan Ilham ketawa.

“Salwa kan..?’’ soal Ilham.
Dia masih ingat lagi wajah Salwa walaupun mereka dah lama tak berjumpa. Kali terakhir sewaktu Salwa datang ke majlis pertunangan Yusra dan Azam dulu. Selepas itu Salwa jarang lagi berkunjung ke Kuala Lumpur kerana menetap di Johor.

“Buat apa kat sini?’’ laju Salwa bertanya. Rasa excited pulak bila terjumpa senior lama merangkap bekas suami kawannya itu.

“Ada kerja sikit. Projek baru masuk area sini’’ jawab Ilham.

“Oh. Patutlah ada sini.’’ Salwa mengangguk.

“Ni.. Suami Pia ke?’’ Mata Ilham memandang Farhan dan Safia. Sengaja dia tanya begitu. Dia selalu nampak lelaki ini bersama Safia. Mungkin lelaki ini yang dikatakan Shahrul dulu.

Salwa dan Safia saling berpandangan. Farhan turut memandang Safia.

“Aha. Suami.. Eh jom lah. Kita dah lambat kan” laju Safia menarik lengan baju Farhan. Tanpa berkata apa-apa Farhan terpaksa mengekori langkah Safia.

Salwa juga terkejut dengan pengakuan Safia itu. ‘Eh kenapa pulak Pia cakap macam tu?’

“Err.. Kitorang gerak dulu’’ Salwa turut pergi dari situ. Kang tak pasal-pasal dia pulak nak kena menjawab dengan Ilham.

Ilham hanya berdiri dan memerhati langkah mereka. Dalam beberapa minit dia terus pergi ke arah keretanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience