Jeritan kanak-kanak di Shopping Mall itu mengejutkan Safia. Dia memandang kedua kanak-kanak lelaki dan perempuan sedang berlari di depan mata. Bibir tersenyum.
‘Hmm bestnya. Kalau dah ada anak mesti dah seusia diorang tu’ hati bermonolog sendiri.
“Jom Pia. Aku dah siap cari barang. Kau nak beli apa-apa lagi tak?’’ Yusra duduk di sebelah Safia sambil tangan memasukkan purse ke dalam handbag. Menyedari tiada respond dari Safia dia memandang kawannya itu.
“Pia? Hello!’’ petikan jari Yusra mengejutkan Safia.
“Eh dah siap cari baju kau kat dalam butik tu?’’
“Ye dah pun. Kau asal termenung ni?’’
“Aku suka tengok budak-budak tu main lari-lari depan aku’’ dia tersenyum. Yusra turut memandang ke arah itu.
“Kenapa kau teringin eh?’’
“Perkahwinan mana yang tak teringin anak Yus?’’ senyuman Safia kembali tawar.
“Ye aku faham. Kau sabar k. InshaAllah ada rezeki kau dengan Am nanti’’ Yusra mengusap bahu kawannya.
“Hmm selalu dah aku sabar Yus. Sometimes jadi macam tak sabar pulak’’
“Aku selalu doa untuk kau Pia. Kau pun dah ikhtiar macam-macam kan. Cuma tak ada rezeki je lagi. Mungkin Allah nak bagi rezeki kau lain dulu. Lagi pun Am tak ada push kau kan.. rezeki jugak tu’’
“Hmm. Aku bersyukur la Allah bagi rezeki kesihatan yang baik kat aku and family aku. Plus suami yang memahami aku’’
“Ha betul beb! Yang penting dia sayang kau and tak cari lain. Kita ni hamba Allah. Ujian pun masing-masing. Macam aku. Aku ni jadi takut pulak nak kahwin. hihihi’’ Yusra tersengih.
“Kenapa pulak? Dah setahun lebih kau bertunang kan?’’ berkerut kening Safia memandang kawannya.
“Ye. Tapi bila aku tengok masalah rumah tangga kau, Allah uji kau bab anak. Macam cousin aku pulak anak senang nak dapat. Tapi suami dia pemalas. kaki pukul pulak. Tu pun dia masih bertahan lagi. Tak faham aku..’’
“Macam kau cakap tadi ujian masing-masing kan. Kau jangan risau la. Kau kahwin je. Benda baik kena cepat buat apa tangguh-tangguh. Lama sangat bertunang ni tak elok. Kang si Azam tu cari lain pulak’’
“Kalau dia sayang aku dia takkan cari lain Pia. Dia akan tunggu aku’’
“Sampai bila dia nak tunggu kau? Tu pun kalau dia boleh bersabar. Kalau tak sabar macam mana? Berputih mata kau nanti. Korang bercinta bukannya sekejap. Bertahun dah kan’’ Safia memandang Yusra.
Dia kenal Yusra dan Azam sejak zaman belajar lagi. Begitu juga Ilham, suaminya. Mereka satu universiti cuma berlainan course. Hanya dia, Yusra dan Salwa yang agak rapat kerana mereka satu course. Cuma Salwa yang terpisah kerana mengikut suaminya menetap di Johor Bahru.
“Kalau dia tak boleh sabar biarlah dia nak cari lain pun’’ Yusra membuat muka. Hati risau jugak sebenarnya. Tapi mujur tunangnya dan keluarga masing-masing jenis tidak mendesak. So, tak ada masalah untuk dia tak fikir pasal kahwin sekarang ni.
“Kenapa kau takut sangat ni nak kahwin? Kau takut jadi macam aku? Lambat dapat anak bila dah kahwin? Atau jadi macam cousin kau tu dapat suami kaki pukul? Tak semua lelaki macam tu Yus. Azam pun aku tengok baik je’’
“Memang la baik sekarang. Bila dah kahwin tak tahu la macam mana nanti. Hihi’’
“Tak baik la kau buruk sangka kat dia’’
“Mana ada aku buruk sangka. Aku just takut nak hadap masa depan dalam perkahwinan. Tu je’’ entah kenapa dulu dia rasa excited bila Azam ajaknya bertunang. Lepas bertunang dia rasa belum bersedia pulak nak kahwin. Dia pun tak faham dengan hatinya sendiri.
Safia memandang kawannya. Mungkin kerana Yusra selalu mendengar masalah rumah tangga disekelilingnya membuatkan gadis itu jadi paranoid. Sebersalah pulak dia rasa.
“Sorry la Yus. Aku selalu mengadu kat kau masalah aku. Aku takutkan kau erk?’’ Dia memandang gadis itu. Yusra memang seorang sahabat yang baik. Selalu mendengar dan beri kata yang positif. Tapi bila bab diri dia sendiri tak ada pulak semangat yang positif tu. Haih Yus, Yus.
“Hihihi. Mungkin aku belum bersedia. Eh dah lah. Jom gerak balik. Kang petang-petang jammed pulak’’
“Kat KL ni memang hari-hari jammed. Kau ni saja tukar topik kan..?’’
sambil tersengih Yusra menarik tangan Safia bangun dari kerusi. Malas dia nak bahas pasal topik itu. Dia belum bersedia nak berumah tangga. Ada jodoh ada la. Mereka sama-sama bergerak keluar dari shopping Mall itu.
Share this novel