BAB 17

Romance Series 57647

Selesai menunaikan solat isyak Safia menanggalkan telekung. Setelah itu dia turun ke bawah dan duduk di atas sofa di depan televisyen.

Mata membelek aplikasi whatsapp. Tak henti-henti keluarga mak long Salma menanyakan soalan yang sama. Setuju atau tidak Ilham menikah lagi satu, Izinkan saja demi masa depan Ilham. Dalam beberapa hari ni, ibu mertuanya pun turut menanyakan hal itu.

Ah semak! Dia bluectick kan saja mesej itu. Ikutkan hati mahu di block saja mereka satu keluarga.

Tiba-tiba Safia rasa sakit kepalanya menyerang lagi. Dengan cepat tangan mencapai minyak angin dan sapu di kepala serta hidungnya. Dia berasa nak termuntah tapi tak terkeluar pulak isi perutnya. Ish! Mungkin migrain kot. Nak pergi klinik check up, dia rasa malas pulak.

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.40 malam. Ilham masih belum pulang. Safia termenung memikirkan hubungan mereka. Hampir lima hari dia dan suaminya tidak bercakap. Ilham langsung tak memujuknya. Balik rumah pun lewat. Dia pulak kalau suaminya balik dia berpura-pura tidur. Mungkin kerana masih marahkannya Ilham pun tidur di bilik yang lain.

Dia ingat mereka akan lebih bahagia selepas balik bercuti hari tu. Tapi makin parah pulak jadinya. Mungkin sebab dia belum mengandung sampai sekarang. Itu yang jadi punca utama sebenarnya. Beginilah jadi kalau keluarga sudah mula campur tangan dalam hal rumah tangga. Hurmmm.

Air mata mengalir di pipi. Pilu rasa hati bila suami tak pedulikannya. Dia sendiri tak tahu mana arah hubungan mereka kalau begini. Dia yang ego kah? Tak nak mengalah? Tapi dia dah selalu mengalah.

Setiap malam dia buat solat istikarah. Tapi satu jawapan pun dia belum dapat. Perlu ke dia ikut kata hati? Izinkan saja Ilham nikah satu lagi? Nak bermadu? Dia tak suka berkongsi. Lagi-lagi berkongsi suami. Ya Allah.. Apa patut aku buat sekarang?

Bunyi pintu utama yang terbuka dan tertutup mengejutkan Safia. Ilham terus berjalan ke tangga tanpa pedulikan Safia di situ.

“Abang...” langkah Ilham terhenti setelah Safia memanggilnya. Safia bangun dari sofa dan berdiri di depan suaminya.

“Abang masih marah Pia?’’

“Hmm tak lah” Ilham ingin berlalu dengan cepat Safia menarik lengannya.

“Kalau tak marah kenapa tak cakap dengan Pia?’’ mata redup memandang muka Ilham yang tiada senyuman itu. Dia rindu pujukan romantik suaminya.

“Abang penat la. Nak mandi’’ Ilham terus melangkah naik ke atas.

Safia rasa sangat sedih. Hatinya sakit dengan cara Ilham begitu. Dia cuba untuk berbaik tapi suaminya langsung tak memujuknya seperti selalu. Kalau begini patutkah dia ikut saja kata hati? Safia memejam mata. Dengan berat hati dia bersuara.

“Pia izinkan abang kahwin lagi.…’’ sebak suaranya. Laju air mata mengalir di pipi. Hati menjerit tak mahu berkongsi kasih. Dia berharap Ilham menolak dan memujuknya.

Ilham yang mendengarnya terus berpusing ke arah Safia. Dia mula rasa bengang. Balik rumah ummi, mereka bualkan soal itu. Sampai rumah sendiri pun ada lagi topik sebegitu. Dia rimas.! Dengan perlahan dia turun ke bawah dan berdiri di depan isterinya yang masih membatu disitu.

“Pia cakap apa tadi?’’ sengaja Ilham bertanya lagi. Safia mengesat air mata dan memandang Ilham.

“Abang nikah je lah lagi. Tapi tolong lepaskan Pia… Pia dah tak tahan’’ berkerut kening Ilham.

“Pia merepek apa ni ha?? Tak tahan apa??!’’ Ilham mula melenting. Safia terkejut mendengarnya. Ilham tak pernah tinggi suara begitu. Dia rasa geram.

“Pia tak tahan nak hadap orang tanya Pia pasal anak!”

“Dah nama pun mulut orang, tak boleh nak tutup kita nak buat apa? Hadap je lah!” Safia tak puas hati dengan jawapan suaminya.

“Abang tu lain lah boleh hadap semua tu.! Pia ni perempuan. Yang asyik kena tanya Pia. Tahap kesabaran Pia ni pun dah habis abang! Abang tak rasa apa yang Pia rasa!”

“Rasa apa? Ingat abang kayu? Tak ada perasaan? Abang pun terasalah. Tapi abang tak ambik port pun. Pia tu yang lebih-lebih!”

“Memang lah abang tak ambik port sebab family abang tu tak push abang! Pia ni yang stress abang tahu tak!” Ilham geleng kepala dan rasa malas nak layan. Kaki ingin melangkah. Safia cepat bersuara.

“Kahwin je lah dengan pilihan mak long tu..!” langkah Ilham terhenti dan berpaling lagi pada Safia.

“Tak habis lagi ke pasal ni??! Hei! Aku serabut lah dengar! Kat rumah ummi dengar benda ni. Kat sini pun aku dengar benda ni! Bagi aku tenang kejap boleh tak?!!’’

Safia yang mendengarnya terus naik angin.

“Abang ingat Pia tak serabut?? Dengan mak long tak habis-habis call, whatsapp Pia tanya soalan yang sama. Ummi pun dah start tanya Pia! Pia pun rimas abang!’’

“Kau tu layan dah kenapa?!’’ berkerut kening Safia mendengar bahasa Ilham begitu. Luluh hatinya.

“Pia dah penat..! Abang proceed je lah benda tu. Lepas tu cerai kan Pia! Habis cerita!’’

“Kau ni tak habis-habis mintak! Kau nak sangat ke aku ceraikan kau??” bulat mata Ilham memandang isterinya. Safia terus melawan.

“Yes! Aku memang nak kau cerai kan aku! Lepas tu kau pergi kahwin dengan pilihan mak long kesayangan kau tu!!” tangan Safia menunjuk ke arah pintu.

Ilham terkejut. Walau bergaduh macam mana pun Safia tak pernah berbahasa kasar begitu dengannya. Ilham rasa tercabar. Dia mengangguk laju memandang Safia. Dada turut naik menahan marah.

“Fine! Kau nak sangat kan?? aku ikut apa kau nak! Tapi aku nak kau ada dengan aku time aku nikah dengan pilihan mak long tu! Lepas aku dah selamat nikah dengan perempuan tu jatuh talak satu kat kau! Kau jangan menyesal Pia! kau yang mintak!!” Ilham mengangkat jari telunjuk di muka Safia. Safia tersenyum sinis dan mengangguk.

“Semoga dipermudahkan..!’’ perlahan nada Safia tapi menyakitkan hati Ilham.

Ilham mendengus kasar dan terus berjalan laju naik ke atas.
Dengan kuat Ilham menghempas pintu bilik. Tangan mencekak pinggang menahan marah.

“Kau nak sangat aku kahwin lain kan? Ok! Aku ikut cakap kau!” Ilham bermonolog sendiri. Dengan cepat Ilham mengeluarkan telefon dari poket seluar dan mendail nombor Mak long Salma.

Safia terduduk di tangga dan menangis semahunya. Hati bagai di siat-siat sekarang. Dia mengharap pujukan Ilham tapi lain pulak yang jadi. Sepanjang perkahwinan mereka tak pernah mereka bergaduh teruk begini. Mungkin ini pengakhirannya. Dia sudah penat menahan hati. Kali ni biarlah dia undur diri.

Tangan mencapai telefon pintarnya di atas sofa kemudian menaip sesuatu.

‘Ilham dh setuju. Sy izinkan..’

Dengan berat hati jari menekan butang hantar. Kemudian mencampak telefonnya ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience