“Hoi!! Binatang kau!’’ laju Ilham menarik bahu Farhan sehingga Farhan jatuh tergolek di atas lantai. Dengan rasa marah Ilham meluru ke arah Farhan dan menumbuk muka lelaki itu berubi-tubi.
“Berani kau buat macam tu kat Pia!!’’
Puan Maimunah terus berjalan laju dan memeluk Safia yang sedang menangis ketakutan itu. Adriana yang sedang mengendong Darwish dengan segera menutup kepala kakaknya dengan tudung.
Encik Abbas segera bertindak menarik Ilham yang seperti di rasuk hantu itu.
“Sabar Ilham! Mati budak tu nanti!!”
“Dia ni memang kurang ajar!! Elok mampus!!” Ilham mengelupur ingin meluru ke arah Farhan yang sedang terbaring lemah di lantai.
“Ya Allah! Bawak mengucap Ilham!’’ Encik Abbas cuba menahan Ilham dengan kuat.
Turun naik dada Ilham menahan marah. Dalam beberapa minit, dia mula tenang walaupun mata masih tajam memandang Farhan yang mula duduk bersandar sambil memegang bibir dan hidung yang berdarah itu.
Setelah melihat Ilham sudah tenang Encik Abbas melepaskannya dan berpaling memandang Farhan. Dia juga rasa marah.
“Berani kamu masuk rumah aku Farhan. Aku hormat kamu sebab kamu dah banyak tolong anak aku.! Kamu ni nampak baik. Tapi biadap!” tegas suara Encik Abbas.
Farhan yang sedang menahan sakit itu memandang Encik Abbas. Dia sendiri tidak tahu syaitan apa yang merasuknya tadi. Dia cuba bangun dan berdiri.
“Pak cik.. Saya mintak maaf pak cik. Saya tak tahu setan apa yang rasuk saya tadi. Saya tak sengaja..” rayu Farhan.
Mata memandang Safia yang sedang menangis dalam pelukan ibunya. Sungguh dia menyesal sekarang. Dia bukan macam tu! Dia tidak suka berkasar dengan perempuan. Dia bukan dayus!
“Lebih baik kamu pergi sekarang! Sebelum aku report polis!” bulat mata Encik Abbas sambil mengangkat tangan ke arah pintu menghalau Farhan.
Mata Farhan masih lagi pada Safia. Dia rasa sebersalah. Safia mesti bertambah benci padanya. Tujuannya datang ke sini untuk meminang Safia, tapi lain pula yang jadi. ‘Ah! Bodoh betul kau Farhan!!’ hatinya menyumpah sendiri.
“Pia… Maafkan saya Pia…’’
“Pergi!!!” tengkingan Encik Abbas mengejutkan mereka semua.
Farhan terus keluar dari rumah dan memecut laju kereta nya keluar dari halaman itu.
Ilham menghela nafas lega dan segera pergi ke arah Safia.
“Pia.. Pia ok tak?” risau suara Ilham.
Safia hanya mengangguk perlahan. Dia bersyukur Farhan belum sempat berbuat apa-apa. Dia tidak tahu bagaimana nasibnya kalau mereka semua lambat pulang tadi.
“Abang dah agak Farhan tu gila! psyco! obses dengan Pia..! Abang tak rasa dia berputus asa nak kan Pia balik. So, sekarang ni demi keselamatan Pia, abang nak Pia kahwin dengan abang!” serius suara Ilham. mereka semua memandangnya. Dia sambung lagi.
“Ibu. Abah. Am nak Pia jadi isteri Am balik. Am janji depan semua, Am sumpah! Kali ni Am akan jaga Pia dengan Darwish macam nyawa Am sendiri!’’ tegas Ilham.
Safia yang sedang basah dengan air mata hanya memandang lelaki itu.
MEREKA satu keluarga berkumpul di ruang tamu petang itu. Adlan bersandar ke pintu sambil menggenggam penumbuknya. Dia berasa marah setelah mendengar berita itu.
Berani Farhan melakukan perkara yang tidak baik pada adiknya. Di rumah ibu dan abah pulak tu. Kurang ajar betul!
Dengan segera Adlan mengajak Ilham keluar mencari Farhan untuk membelasah lelaki itu. Ilham yang ingin bangun dari sofa untuk mengekori langkah bekas abang iparnya itu terhenti setelah Encik Abbas mengangkat tangan menahannya sambil mata lelaki 50-an itu memandang Adlan.
“Sabar long.. Tak payah.! jangan nak ikut marah tu sangat..! Duduk sini!” tegas suara Encik Abbas mengarahkan Adlan untuk duduk di sofa ruang tamu bersama mereka semua.
Bukan dia tidak tahu perangai anak sulungnya kalau sudah mengamuk. Sudah la tadi Ilham memukul lelaki itu. Nanti mati pula Si Farhan mereka kerjakan.
Adlan mendengus kasar dan duduk di atas sofa kosong berhadapan ayahnya. Ilham hanya diam di situ. Niatnya untuk pulang ke Kuala Lumpur terbantut, setelah Adlan singgah ke sini dan menahannya tadi untuk menunggu seketika di sini.
Ikutkan hati dia memang bersetuju dengan cadangan bekas abang iparnya itu. Nasib baik dia tergerak hati untuk mengajak mereka semua pulang lebih awal. Kalau lah mereka sampai lambat tadi, sudah tentu Safia menjadi mangsa Farhan. Terbayang ketika lelaki itu mencumbu rakus Safia tadi. Sakit betul hatinya.!
“Tapi dia kurang ajar sangat bah..! Dia ingat angah apa dia nak buat macam tu.! Sepatutnya kena ajar sikit mamat tu!” Adlan melepaskan amarahnya. Dia paling tidak suka adik-adiknya di sakiti. Kalau lah dia ada sekali tadi, memang mampus lelaki itu dia kerjakan bersama Ilham.
Safia hanya diam sambil meriba anaknya yang sedang tidur. Mata memandang sekilas muka Adlan. Nampak marah muka along ketika itu. Adriana yang duduk di sebelah kakaknya turut berdiam dan hanya menjadi pendengar.
“Dah..! tak payah. Kang mati budak tu, kamu berdua pulak yang ke dalam.. Tak pasal-pasal jadi kes polis pulak nanti.!” kata Encik Abbas lagi.
“Along betul tak sangka Farhan tu macam tu. Bukan main sopan dia cakap dengan along dulu.!” Teringat sewaktu dia terjumpa Farhan ketika lelaki itu menghantar adiknya beberapa kali balik ke kampung ini. Sangat lembut dan sopan bicaranya.
Safia juga ada menceritakan padanya hubungan mereka. Sampai dia meminta Farhan tengok-tengok kan Safia dan anak buahnya sepanjang mereka tinggal disana.
Setelah berminggu-minggu adiknya duduk di kampung. Ada juga dia bertanya tentang hubungan mereka. Tapi Safia mengatakan hubungan mereka sudah putus tanpa memberitahu sebabnya. Kerana tidak mahu di ganggu lelaki itu, adiknya mengambil keputusan berhenti kerja dan duduk di kampung. Tak sangka pula Farhan datang ke sini dengan niat untuk merogol adiknya. Kurang ajar betul!
“Abah pun tak sangka dia macam tu...” Encik Abbas turut menggeleng kepala.
Adlan memandang Safia. Kedengaran Farhan seperti obses pada Safia sehingga datang ke sini dan melakukan perkara yang tidak baik pada adiknya.
Dia sangat risau akan keselamatan adik dan anak buahnya itu. Dia tidak rasa Farhan akan berhenti mengganggu Safia lagi. Silap hari bulan, Darwish pula yang menjadi mangsa.
Adlan memandang Safia dan Ilham silih berganti. Teringat dulu, ilham pernah menyuarakan padanya untuk menjadikan Safia isteri semula. Tapi Adlan tidak berkata apa-apa kerana semua itu terletak di tangan Safia sendiri. Lagi pula waktu itu Safia masih menjalinkan hubungan bersama Farhan. Kerana itu, dia selalu mengingatkan Ilham hanya menjadi kawan dan jangan sesekali mengganggu kebahagiaan Safia.
Tetapi hari ini, dia mahu Safia memiliki seorang suami untuk melindungi mereka. Satu cadangan keluar dari mulutnya.
“Minggu depan angah nikah je dengan Ilham..”
Semua berpaling muka memandang Adlan. Ilham juga terkejut dengan cadangan Adlan itu. Perlahan kepala berpaling memandang Safia yang masih menunduk memandang Darwish di atas riba.
“Tak boleh la buat keputusan macam tu.. Kena tanya angah dulu..” Puan Maimunah yang diam dari tadi bersuara.
“Angah setuju ke?” Encik abbas pula bertanya.
Safia masih menunduk sambil mengusap kepala anaknya yang sedang tidur. Melihat Safia yang masih berdiam itu Adlan sambung bicaranya.
“Angah.. Along tak rasa Farhan tu boleh stop kacau angah. Sampai dia nekad cari angah sampai sini. Angah fikir keselamatan angah sendiri. Fikir pasal Darwish. Kalau satu hari dia nekad guna kan Darwish pulak untuk dapatkan angah macam mana.?” Jauh pemikiran Adlan.
Jantung Safia berdebar mendengar kata abangnya itu. Teringat kata Ilham tadi. Nampak Farhan seperti lelaki psiko dan obses dengan dirinya.
Bila di fikirkan balik, dia yang lempang muka Farhan dulu tadi hingga membuatkan lelaki itu menjadi marah. Tapi, bila teringatkan lelaki itu terus meluru masuk dan mengunci pintu serta menghampirinya membuatkan dia menjadi takut pula.
Ilham yang masih berdiam itu juga takut sekiranya perkara itu terjadi. Dia tidak mahu kehilangan Safia dan anaknya. Dengan perlahan Ilham bangun dari sofa dan melutut di depan Safia. Safia memandangnya.
“Pia.. Abang risau dengan apa yang along cakap tu. Abang tak nak hilang Pia dengan anak abang. Abang janji kali ni sumpah. Abang akan jaga Pia dengan Darwish macam nyawa abang sendiri. Pia jadi isteri abang balik..ye..? abang masih cinta kan Pia sangat-sangat..’’ Semangat Ilham memujuk sambil mengangkat tangan berjanji.
Dia tidak mahu Farhan mengganggu Safia lagi. Atau safia memilih lelaki lain. Alang-alang Adlan sudah menyuara kan cadangan. Dia akan terus berusaha memujuk dan menyuarakan hasratnya itu sekali lagi.
Safia memandang mata Ilham tanpa berkata apa-apa. Jelas keikhlasan di mata Ilham sekarang. Jujur hatinya juga masih ada rasa sayang dan cinta pada bekas suaminya itu. Tapi dia masih trauma dan keliru sebenarnya.
“Terima je la angah. Angah perlukan seseorang untuk lindungi angah dengan Darwish. Angah nak ke Farhan tu apa-apa kan angah lagi?” Adlan menyampuk lagi.
Safia memandang abangnya pula. Dia juga takut kalau Farhan masih mengganggunya lagi. Hari ini, Farhan datang ke sini dan ingin merogolnya. Mana la tahu, tiba-tiba Farhan bertindak menculik Darwish pula. Ya Allah.. mintak jauh lah! Sungguh dia rasa sangat takut kalau perkara itu terjadi.
Dengan perlahan dia menganggukkan kepala bersetuju. Terangkat kening Ilham memandang anggukan Safia itu.
“Betul ke Pia??” laju Ilham bertanya.
Safia tersenyum kelat dan mengangguk lagi. Hati Ilham rasa gembira. Matanya mula berkaca. Dia sambung lagi dengan suara yang sebak.
“Abang janji.. Abang akan jaga Pia dengan Darwish dengan baik..” Ilham berpaling memandang mereka silih berganti.
“Abah.. ibu.. along. Maafkan Am kalau dulu Am silap. Am janji. Kali ni Am tak kan kecewa kan Pia lagi. Sumpah..!” Ilham terus meyakinkan mereka dengan bersungguh-sungguh.
“Along pegang janji kau kali ni..! Kalau kau and keluarga kau masih sakit kan hati Pia lepas ni, kau along belasah..!’’ Ugut Adlan sambil mengangkat jari telunjuk pada Ilham sebagai tanda memberi amaran.
“Apa along ni..! tak baik la cakap macam tu.!” berkerut dahi Puan Maimunah mendengar kata anak sulungnya itu. Ilham menggeleng laju.
“Tak long. Am janji.. Am tak kan sakitkan hati pia lagi!” Laju Ilham mengangkat tangan berjanji seperti anak kecil berjanji.
“Kalau Pia dah setuju kamu pergi balik KL bincang dengan keluarga kamu, datang sini dengan adat. Minggu depan buat majlis nikah tu kat sini..” kata Encik Abbas pula.
Ilham dengan laju mencium kepala anaknya di atas riba Safia dan bersalam dengan bekas mertuanya. Kemudian dengan pantas dia meminta diri untuk bergerak balik ke Kuala Lumpur dengan rasa teruja.
Share this novel
aduh Farhan kenapa bgitu tega diri mu mnurut nasfu..tu org kata x blh brduaan..ada yg k3..hah olek lah pia terima je bekas suami mu tu..kesian Darwish nak ayah..