Khadeja masuk ke dalam bilik Ilham dengan membawa secawan cappuccino panas. Kata Mak long Salma, ini minuman kegemaran Ilham. Mujur saja pintu bilik itu tidak berkunci. Kedengaran seperti Ilham sedang mandi.
Notifikasi di telefon Ilham yang ada di atas katil tiba-tiba berbunyi mengejutkan Khadeja. Khadeja meletakkan cawan panas itu di atas meja tepi katil. Kemudian mengambil telefon Ilham dan membeleknya. Nasib baik lah tak ada password.
Apllikasi whatsap di buka. Mesej daripada My Lovely Wife di tekan. Dia tahu itu dari Safia. Bibir tersenyum sinis ketika membaca whatsap itu. Sambil memegang telefon itu mata memandang ke pintu bilik air. Risau kalau tiba-tiba Ilham keluar dari bilik air itu. Rosak habis rancangannya. Dengan cepat dia memadam mesej itu.
Khadeja tersenyum puas. Tiba-tiba pintu bilik air terbuka. Dengan laju dia meletakkan telefon Ilham dan berdiri tegak di tepi katil.
“Awak buat apa dalam bilik saya ni?!’’ berkerut kening Ilham memandang Khadeja yang berdiri di situ. Khadeja gelabah. Otak ligat mencari alasan.
“Err.. Eja cuma nak hantar air cuppuccino panas ni je kat abang..’’ Khadeja mengambil cawan panas itu dan menghulurnya pada Ilham.
“Hmm. Letak je situ..!’’ Ilham menjuih mulut.
Khadeja memandang Ilham yang hanya bertuala di pinggang. Pertama kali dia tengok suaminya sebegitu. Sebelum ni, dalam rumah dia sering melihat Ilham berbaju t-shirt lengkap. Paling seksi pun pakai singlet.
Badan Ilham yang fit dan sado itu menggetarkan batinnya. Otot lengan yang cantik menampakkan lelaki itu pandai menjaga badannya. Kaki Gim kot mamat ni.
Ilham yang perasan Khadeja tak berkelip memandang badannya segera memetik jari.
“Hello..! what you looking for? Letak je kat situ. Nanti saya minum lah..!’’ Khadeja yang baru perasan minuman panas itu masih di tangan segera meletakkannya di atas meja tepi katil Ilham. Kemudian dia melangkah mendekati suaminya itu.
“Eja nak mintak maaf pasal tadi. Sorry eh?” Khadeja melangut memandang suaminya sambil mengangkat tangan memohon maaf. Ilham lebih tinggi darinya. Bau haruman sabun di dada lelaki itu membuatkan dia rasa ingin memeluk badan itu. Tapi ditahan dulu niatnya.
“Hmm ye la. Dah la, keluar..’’
“Sebagai tanda terima permohonan maaf Eja, nanti abang minum tau. Eja keluar dulu..’’ Khadeja terus keluar dari bilik itu.
Sebaliknya dia tidak terus pergi. Sengaja di biar terbuka sikit pintu bilik itu supaya dia boleh nampak Ilham minum atau tidak.
Ilham yang tidak perasan Khadeja mengintai di celah pintu belakangnya segera mengambil cawan itu. Dalam keadaan berdiri dia menghirup minuman panas itu sedikit demi sedikit.
Khadeja tersenyum kemudian berlari masuk ke dalam biliknya. Ilham berdiri di muka pintu balkoni sambil menghirup minuman itu. Sedar saja cawan itu sudah kosong. Kemudian dia meletakkan cawan itu di atas meja lalu berjalan ke depan almari untuk mencari baju.
Tiba-tiba Ilham rasa kepalanya pening. Macam mengantuk sangat. Mungkin kerana terlalu penat seharian berjalan hari ni. Badannya rasa sikit panas. Dia rasa terangsang dengan tiba-tiba.
“Aduh..! Apa hal ni..” tangannya menggosok leher perlahan.
Tiba-tiba ada tangan meraba dan memeluknya dari belakang. Ilham membiarkan kerana dia sangkakan itu Safia. Bibir tersenyum nakal. Kemudian dia berpusing.
Terkejut dia melihat Khadeja yang memakai baju tidur pijama yang agak seksi berwarna merah. Walaupun kepalanya pening tapi masih jelas itu Khadeja. Bukan Safia!
“Kau buat apa kat sini.?!’’ Ilham yang tiba-tiba nak terjatuh di sambar Khadeja. Tanpa berkata apa-apa Khadeja membawa Ilham duduk di atas katil. Ilham rasa gelisah.
“Abang kenapa ni? Macam tak bermaya je Eja tengok. Eja picit kepala abang eh…’’ dengan suara dan gaya yang manja, Khadeja memicit kepala suaminya.
Muka Ilham yang berada di depan payudara Khadeja membuatkan mata memandang lama lurah isterinya. Nafsunya mencanak naik.
Ilham mengangkat muka memandang Khadeja.
Khadeja turut menunduk memandang suaminya sambil tersenyum menggoda. Mata yang pusing membuatkan Ilham nampak wajah Safia yang tersenyum padanya. Ilham tersenyum nakal. Nafasnya laju menginginkan sesuatu. Laju dia menarik Khadeja berbaring di atas katil.
“I miss you sayang….’’ Dengan rakus Ilham mencumbui Khadeja yang disangkanya Safia itu. Khadeja turut membalas cumbuan rakus Ilham hingga terjalinlah hubungan asmara mereka di atas katil.
Share this novel