BAB 61

Romance Series 57647

Shahrul terus masuk ke dalam bilik Ilham dan duduk di depan kawannya itu. Ilham dengan cepat berpura-pura menyemak fail di atas mejanya.

“Asal bro?’’ soal Ilham.

“Saja. Nak ajak kau pergi ngeteh. Perut aku lapar pulak’’ Shahrul menunjuk perutnya. Petang-petang macam ni rasa nak makan goreng pisang pulak.

“Imran mana?’’

“Dia kan kat Johor lagi.. Urus projek resort tu.. dua tiga hari lagi balik lah kot’’

“Oh ya betul. Lupa pulak aku… Family dia sekali pergi ke?’’

“Tak kot. Dia pergi dengan assisstant dia tu la.. Pergi kerja betuah lah bini dia nak ikut’’ kata Shahrul. Ketika sedang bersembang Shahrul teringat sesuatu.

“Am.. Kau nak tahu aku jumpa siapa time pergi bank tadi?’’

“Siapa? Awek baru? Kau jangan macam-macam Shah. Tunang kau nak campak mana…” tergelak Ilham dengan gurauannya. Dia harap kawannya itu selepas bertunang ni, berubah lah dari perangai suka sakat perempuan tu.

“Bukan lah.. ishh kau ni.. Aku bukan macam dulu. Setia dah kat tunang aku. Kau dengan Im dah kahwin. Aku pun nak kahwin jugak. Dulu tu masih mencari. Sekarang dah jumpa yang sesuai. hihi’’ balas Shahrul. Sudah hampir tiga bulan dia bertunang dengan pilihan hati. Tunangnya cantik pulak tu. Stewardess tau. Gila dia nak buat hal.

“Habis kau jumpa siapa?’’ Ilham yang masih ketawa itu kembali fokus pada kerjanya.

“Aku terjumpa Safia..’’ Ilham terus mengangkat muka memandangnya.

“Safia??’’

“Yup.!’’

“Kau biar betul Shah? Kat mana?’’ semangat suara Ilham.

“Kat bank tengah hari tadi. Makin cantik aku tengok dia. Berseri-seri. Biasalah. Dah jadi Janda kan..’’ Shahrul tergelak. Memang dia tengok Safia tadi lain sikit dari dulu. Lebih cantik walaupun make up tidak terlalu tebal.

“Kau salah orang kot..” Ilham buat-buat fokus pada kerjanya semula. Dia tidak berapa suka bila Shahrul memuji bekas isterinya. Tambah-tambah Safia sudah jadi janda, mestilah dia melaram. Ish! Cemburu pulak dia rasa.

“Kau ingat aku tak cam ke ex wife kawan-kawan aku..’’ kata Shahrul bangga dengan ingatannya.

“Dia buat apa?’’

“Ada urusan lah kot. Aku tak sempat nak tanya banyak tadi. Nampak macam nak cepat..’’ Shahrul yang perasan Ilham seperti tidak berminat itu sengaja bercerita lagi.

“Lagi satu kan Am. Yang aku nampak dia bukan sorang tau.. Ada sorang mamat ni datang kat Safia bagi baby kat dia. Baby tu macam tengah nangis-nangis lah aku tengok..’’ Ilham kembali memandang Shahrul.

“Baby? Anak dia?’’ Ilham pelik. Anak along dia kot. Atau anak kawan dia.

“Entah. Yang aku dengar mamat tu cakap baby nak mama dia jugak.. lebih kurang gitu lah..’’ cerita Shahrul dengan melakonkan semula perbuatan itu.

“Siapa mamat tu?’’ Berkerut dahi Ilham.

“Mana aku tahu. Laki baru dia lah kot. Siap bukakkan pintu kereta lagi untuk Safia. Sweet betul. Mamat tu pun handsome jugak aku tengok. Putih. Muka macam kacukan..’’ kata Shahrul itu membuatkan Ilham rasa lebih cemburu.

“Baby tu umur berapa?’’ soal Ilham.

“Mungkin lebih kurang dalam 3, 4 bulan macam tu. Aku agak-agak je la..’’

Ilham terfikir lagi. Safia dah kahwin baru? Kalau sudah berkahwin baru, takkan sudah dapat baby. Rasanya belum cukup setahun mereka berpisah.

“Handsome sangat ke mamat tu?’’

“Ai.. bunyi macam jelous je…’’ usik Shahrul. Ilham hanya memandang kawannya itu. Jujur dia rasa nak tahu sekarang ni.

“Kau nampak dia kat mana??’’ laju Ilham bertanya. Shahrul tersengih.. Sudah faham perangai kawannya itu. Nak siasatlah tu. hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience