Safia berbaring di atas katil. Teringat tentang pertemuan dengan bekas mertuanya beberapa hari lepas.
Selepas balik dari restoran itu, mereka bertandang ke sini berjumpa ibu dan abah. Dia agak terkejut apabila kedua mereka terus merisik dirinya untuk Ilham. Sampai sekarang dia masih belum memberi sebarang jawapan. Dia malas nak fikir semua itu sekarang.
Deringan telefon yang asyik berbunyi merimaskannya. Dengan cepat tangan mencapai telefon dan bersuara tinggi.
“Kau ni tak reti bahasa ke Farhan?? Aku dah kata aku tak nak kat kau, aku tak nak lah! Kau nak aku cakap bahasa apa?? Bahasa cina?? India?? Thailand?? Eee! Semaklah!” Safia terus mencampak telefonnya sehingga terpelanting didepan pintu bilik.
Puan Maimunah yang baru muncul di muka pintu bilik Safia sikit terperanjat melihat telefon pintar itu bergolek di hujung jari kakinya. Kepala menggeleng perlahan.
“Kenapa ni angah? Marah benar ibu tengok sampai di campak handphonenye” Puan Maimunah mengambil telefon itu dan masuk ke dalam bilik anaknya. Lalu duduk dihujung katil.
“Farhan tu la ibu..! Tak faham bahasa agaknya. Orang dah cakap tak nak kat dia tu still call and nak paksa-paksa orang terima dia. Nak cakap bahasa apa pun tak tahu. Cakap bahasa tamil baru faham kot..!’’
“Dah angah tak nak Farhan tu kacau lagi terima je la si Ilham tu balik” kata Puan Maimunah selamber.
“Tak nak lah ibu. Angah malas la. Biar lah kitorang jadi kawan je macam sekarang” jawab Safia sambil jari bermain dengan hujung rambutnya sendiri.
“Ibu bagi cadangan je. Kalau kamu terima Ilham balik, ibu pun suka. Keluarga dia pun bukan kita tak kenal. Ilham pun masih berharap kat kamu ngah. Lagi pun ibu tahu sangat, angah pun masih sayang dekat Ilham kan?’’ Puan Maimunah memandang Safia yang masih terbaring di atas katil itu. Safia menghela nafas.
“Entah la bu. Angah malas sebenarnya. Angah tak boleh lupa sindiran diorang kat angah dulu”
jawab Safia. Memang hakikatnya dia tidak berdendam. Tapi hatinya masih rasa takut dan trauma untuk hadap mulut busuk orang lagi.
“Benda dah lepas angah. Angah pun dah ada Darwish. Orang tak boleh nak kata apa dah ngah. Lagipun mak long Ilham tu dah datang sini mintak maaf kat ibu dengan abah” Safia yang terkejut mendengarnya terus bangun dan duduk bersila di atas katil sambil mengadap ibunya.
“Ha? Mak long Salma datang sini??’’ Puan Maimunah mengangguk.
“Ye. Berapa bulan lepas macam tu. Ibu pun tak ingat bila”
“Kenapa diorang datang.?”
“Diorang datang sebab nak merisik kamu untuk Ilham balik. Banyak kali dia mintak maaf. Menangis-nangis ibu tengok. Dia dah mengaku salah dia. Dia rasa dia penyebab kamu pergi tinggalkan Ilham dulu” terang Puan Maimunah.
Teringat beberapa bulan yang lepas, Puan Sakinah dan kakaknya itu tiba-tiba datang ke sini. Mereka sudah mengaku kesilapan mereka dan bersungguh-sungguh meminta maaf.
“Yeke… Ilham suruh?” Safia rasa tak puas hati. Mesti Ilham yang suruh.
“Tak ade la suruh. Tapi dia dah cerita semua pasal kamu kat ummi dia. Ummi dia cakap, lepas Ilham excident hari tu, dia dah tak bercakap dengan mak long dia tu. Tu yang diorang datang sini merisik angah untuk Ilham balik. Tapi abah tak cakap apa-apa la sebab masa tu angah kat Johor’’ melihat Safia yang terdiam itu Puan Maimunah sambung cerita lagi.
“Ilham pun dulu kerap datang sini jumpa abah dengan ibu. Anak along kamu tu semua rapat dengan pak ngah diorang tu”
“Oo ye ke?’’ Safia mengangkat kening dengan riak muka yang sikit terkejut.
Patut la anak abangnya kalau datang ke rumah ibu, mesti bertanya tentang pak ngah mereka. Rupanya Ilham masih rapat dengan keluarganya tanpa pengetahuannya.
Puan Maimunah yang ingin bangun dari katil terhenti setelah Safia memanggilnya.
“Ibu nak angah terima Am balik ke?” Safia memandang ibunya. Puan Maimunah tahu anaknya itu masih keliru dan trauma.
“Ibu tak paksa. Terpulang pada kamu ngah. Apa yang ibu nampak Ilham tu masih sayang kan kamu. Memang dulu ibu dengan abah rasa marah sebab diorang buat anak ibu macam tu. Tambah-tambah along tu. Kalau tak ada abah time Ilham datang mintak maaf dulu, mau kena penumbuk dah si Ilham tu sebab buat macam tu kat adik dia..” masih terbayang dalam fikiran Puan Maimunah tentang sikap Adlan yang ingin menghalau Ilham sewaktu bekas menantunya itu datang ke sini merayu dan meminta maaf kerana menceraikan Safia dulu. Nasib baiklah suaminya menahan dan menyabarkan anak sulungnya itu supaya tidak bercakap apa-apa. Faham sangat sikap Adlan. Bukan boleh melihat adik-adiknya menangis dan di sakiti.
Safia hanya berdiam sambil jari menguis bantal di atas ribanya. Dia juga tahu sikap penyayang abangnya itu. Teringat sewaktu dia dan Adriana di kacau budak-budak nakal ketika pulang dari sekolah dulu. Along lah yang mengamuk serta memarahi budak-budak nakal itu sehingga mereka tidak berani mengganggu dia dan adiknya lagi.
Bekas kekasih Adriana dulu pun pernah dimarahi oleh Adlan kerana curang dan membuatkan adik mereka menangis. Along terus menasihati Adriana supaya fokus pada pelajaran dulu. Sebab itulah sehingga sekarang adik bongsu mereka itu masih belum ada kekasih. Mungkin la.
Beruntungnya rasa punya abang yang protective seperti Adlan itu.
Hubungan percintaannya dengan Farhan pun abangnya tahu. Siap berpesan kepada Farhan supaya menjaga dan tengok-tengokkan dia dan Darwish di Johor sana. Ni, kalau along tahu hubungan mereka putus kerana Farhan menipu dan menjadikan dia yang kedua, mahu berdarah telinga Farhan jika along menyerang lelaki itu di telefon.
Melihat Safia yang masih berdiam itu Puan Maimunah sambung lagi.
“Kamu buat la istikharah ngah. Mintak petunjuk Allah. Manusia ni berhak di beri peluang kedua kalau mereka ni dah betul-betul berubah. Tapi terpulang pada angah la. Kalau ada jodoh lagi angah dengan Ilham, ibu dengan abah pun seronok” sambung Puan Maimunah lagi.
“Kalau tak ada jodoh lagi? Ibu dengan abah ok?’’ duga Safia. Dia tahu ibu dan abah mengharapkan mereka berjodoh lagi. Dia tidak mahu keluarganya terlalu berharap. Dia takut keputusannya mengecewakan mereka. Puan Maimunah tersenyum.
“Ibu dengan abah tak marah pun ngah. Hidup angah, angah yang tentukan. Ibu sentiasa doa yang terbaik untuk anak-anak ibu” Safia terharu mendengarnya. Dia sendiri keliru sekarang. Puan Maimunah ingin keluar dari bilik tapi Safia cepat memanggilnya.
“Ibu..!”
“Ye..! apa lagi ngah?” Puan Maimunah berpaling.
“Ibu nak bawak mana phone angah tu?’’ Puan Maimunah memandang telefon Safia di tangannya. Baru dia perasan sejak tadi dia memegang telefon pintar itu.
“Laa. Kamu nak pakai lagi ke? Ibu ingat dah buang tadi dah tak nak pakai. Kalau tak nak bagi ibu..” usiknya.
“Nak la..” Tersengih Safia sambil menghulur tangan menginginkan telefonnya semula.
Share this novel
marah kh tu safia sampai baling phone...klu cam tu terimalah si ilham tu balik..abis cerita..