Safia menconteng beberapa helai kertas dengan kasar. Kemudian mengoyak kertas itu beberapa kali dan mencampaknya ke dalam tong sampah di bawah meja. Dia rasa geram dan ingin menjerit sekarang!
Sampai hati Farhan menipunya. Aku bercinta dengan tunang orang selama ni! Tak guna punya sweettalker! Ah!!
BUMM!!
Dia menumbuk meja sekuat hati sehingga menarik perhatian rakan seperjabat yang lain.
“Pia.. Kenapa ni?’’ salah seorang di situ terus bertanya.
“Tak ada apa..! Pen ni.. Buat hal..!’’ Bohong Safia sambil menujuk pen di tangannya.
Mereka mengangguk dan kembali fokus pada kerja masing-masing.
Safia pejam mata seketika. Saat dia mahu membuka pintu hati untuk bercinta lagi, hatinya terluka buat kali kedua. Nasib baiklah dia belum betul-betul menyayangi Farhan sepenuhnya. Tapi hatinya sangat sakit! Dia rasa tertipu! Safia menangis teresak-esak dengan perlahan.
Safia menggenggam kedua penumbuk. Hati rasa nak tumbuk muka si Farhan tu sekarang ni! Kalau lah lelaki itu muncul di depannya sekarang, memang lunyai si Farhan itu dia kerjakan!
“Astaghfirullahalazim! Astaghfirullahalazim! Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ni Ya Allah..!’’ perlahan Safia berdoa dan beristighfar beberapa kali.
Setelah beberapa minit termenung dan menenangkan hati, dengan cepat jari mengesat air mata yang mengalir di pipi. Safia menarik nafas panjang dan menghembus perlahan-lahan. Dia harus kuat demi Darwish. Malas dia nak fikir pasal lelaki lagi. Biar lah dia single mom selamanya. Dia cuba fokus pada kerja. Mata memandang pada PC di depannya.
PETANG ITU, Farhan masuk ke pejabat dan lalu di depan meja Safia. Ekor mata Farhan mengerling Safia yang tekun membuat kerja. Dengan laju kaki melangkah masuk ke ruang biliknya dan duduk di kerusi empuknya.
Sengaja dia tidak masuk ke pejabat tadi. Dia ikut saja kaki menekan pedal minyak kereta dan merayau di luar kawasan pejabatnya. Nasib baiklah meeting yang di katakan Safia pagi tadi hanya rekaan saja. Ikutkan, dia nak terus pulang ke rumah. Kerana hati tidak tenang memikirkan Safia, dia mengambil keputusan masuk ke pejabat petang ini.
Otak ligat mencari alasan untuk memujuk Safia. Hatinya berbelah bagi sekarang. Wardah cinta hatinya. Kerana tunangnya sibuk dengan pelajaran, dia tidak sengaja cari cinta lain. Niatnya dulu hanya mahu menolong Safia sebagai kawan. Tak sangka boleh jadi sayang.
Farhan mengeluh. Dia fikir, dia dapat menyembunyikan dua hubungan ini dari pengetahuan kedua perempuan yang dia sayang itu. Tak sangka hari ini boleh terkantoi. Haih pening!
Teragak-agak jari Farhan menekan interkom memanggil Safia masuk ke bilik nya. Jantungnya rasa berdebar untuk mengadap Safia sebentar lagi.
Dalam beberapa minit menunggu, Safia mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik Farhan dengan riak muka yang bersahaja. Seolah tiada apa yang berlaku.
“Ye? Encik Farhan panggil saya?’’ soal Safia biasa.
Farhan bangun dari kerusi dan menutup pintu biliknya. Safia hanya berdiri membatu di situ.
“Pia.. I’m sorry Pia..’’ Farhan berdiri di sebelah Safia. Safia mengerut kening memandangnya.
“Sorry? For what?’’ soalnya selamber. Farhan mengeluh. Dia tahu Safia berpura-pura.
“I can explain..’’ kata Farhan sayu.
“Ok. Explain lah’’ Safia mengangguk sambil berpeluk tubuh menanti penjelasan lelaki itu.
“Duduk lah dulu…’’ Farhan menarik kerusi dan menyuruh Safia duduk. Setelah itu, dia duduk di kerusi empuknya di depan Safia.
Farhan memandang Safia. Dia sendiri tak tahu nak mula dari mana. Apa yang ingin dia kata kan, dia betul-betul sayangkan Safia.
Safia mengangkat kening memandang Farhan yang masih berdiam itu. Kata nak explain.?
“Saya betul cintakan awak Pia’’ Safia tergelak sinis mendengarnya.
“Boleh awak cakap macam tu. Sedangkan awak dah bertunang Encik Farhan.. Tak rasa sebersalah ke?’’ sindir Safia.
“Ye saya tahu, saya mintak maaf. Saya tak jujur dengan awak. Tapi saya betul-betul cintakan awak Pia..’’ Farhan memandangnya.
“Saya mintak maaf Encik Farhan. Taste saya ni bukan milik orang. By the way. Saya rasa kita dah tak ada apa-apa melainkan hubungan antara majikan dengan pekerja. Ok?’’
“Sayang.. Jangan macam tu.. Tolong la bagi saya peluang?’’ rayu Farhan.
“Kalau saya bagi awak peluang awak nak tinggalkan tunang awak tu?’’ duga Safia. Farhan terdiam. Safia mengangkat kening dan menggeleng.
“Tak kan..?’’
“Saya boleh berlaku adil Pia..’’
Safia tergelak mendengar kata Farhan itu. ‘Nak kena berkongsi kasih pulak?’ Hampir tersama pula dengan kisahnya dulu. Sejarah mungkin berulangkah?
“Dah la Encik Farhan.. Tak payah lah. Awak fokus je pada tunang awak tu. Antara kita dah tak ada apa-apa. Emm.. Ada apa-apa lagi? Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu’’ Safia malas nak panjang cerita dan terus bangun keluar dari bilik itu.
Farhan menelan air liur. Dia buntu sekarang. Dia mahu Safia terima dirinya semula. Tak kan dia nak tinggalkan Wardah? Wardah juga dia cinta. Ah! Pening!
Share this novel
tamak la Farhan ni dua2 perempuan dia nak....
hah kan dah trbongkar rahsia Farhan dah brtunang..
tu lah lelaki..tamak..jgn mudah trperdaya dgn rayuan Farhan pia..