BAB 41

Romance Series 57647

Ilham menutup pintu bilik dan duduk di atas katil. Kata Safia tadi membuatkan dia termenung.

Sampai hati Safia buat dia begini. Dia tak mahu berpisah. Kalau lah dia boleh kawal emosi malam itu, pasti lafaz taklik itu tidak terjadi.

“Arhh! Bodoh betul kau ni Ilham!’’ tangan meraup muka.

Kelendar di telefon pintar dibelek. Tarikh itu dikira satu persatu. Tinggal lagi 21 hari. Bermakna tempoh iddah mereka cuma tiga minggu saja lagi. Selepas itu, Safia bukan lagi haknya. Safia juga mungkin akan pergi jauh tinggalkan dia.

Air mata mengalir di pipi. Tidak pernah seumur hidup dia menangis kerana perempuan. Safia saja yang berjaya buatkan air mata jantannya mudah keluar.

“Kenapa sayang..? kenapa Pia buat abang macam ni….? Abang tak nak Pia tinggalkan abang… Pia dah tak sayang abang ke? Mana janji Pia nak hidup sampai tua dengan abang? Mana sayang…? ’’ sebak suara Ilham memandang gambar Safia yang tersenyum bahagia dalam pelukannya di skrin telefon. Adakah selepas ni dia takkan nampak lagi senyuman itu? Dia sendiri tak tahu.

Ilham terfikir lagi. Perlukah dia melepaskan isterinya itu pergi cari kebahagiaan sendiri. Bertahun-tahun Safia menahan hati dengan sindirian dari keluarganya terutamanya keluarga mak long.
Kerana sayang dan hormatkan Mak long Salma, sanggup dia pekakkan telinga mendengar sindiran itu.

Ya Allah dayuskah dia? Macam mana hidupnya selepas ini tanpa Safia disisi. Sungguh berat hati mahu melepaskan isteri kesayangannya itu. Tangan menggenggam perlahan rambutnya.

Kepala Ilham tiba-tiba rasa pening. Baru dia ingat, sejak tengah hari dia belum menjamah apa-apa makanan lagi. Tadi pun dia terpaksa tunggu Ummi dan mak longnya pulang dulu. Kemudian dia terus menghantar Khadeja ke rumah ibu mertuanya dan bergegas ke sini mencari Safia.

Kepala yang pening dan perut yang kosong membuatkan Ilham terasa mual. Segera dia masuk ke bilik air untuk memuntahkan isi perutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience