BAB 81

Romance Series 57647

Keesokannya, Ilham datang dan merayu ingin berjumpa dengan Darwish lagi. Nak tak nak, terpaksa lah Safia membenarkan Ilham berjumpa anaknya. Begitulah setiap minggu, Ilham akan muncul di rumah sewanya mahu berjumpa dengan Darwish.

Pada mulanya Safia jadi rimas. Walau dia halang macam mana sekali pun Ilham tetap datang ke sini. Degil sungguh mamat ni!

Lama-kelamaan dia benarkan saja bekas suaminya itu berjumpa anaknya. Farhan mula rasa cemburu setelah mengetahui Ilham sering datang ke rumah sewa Safia berjumpa Darwish.

Tapi, setelah Ilham berjanji akan menghormati hubungan mereka dan hanya berjumpa sebagai kawan, serta papa kepada Darwish membuatkan Farhan turut memujuk Safia membiarkan Ilham berjumpa Darwish kerana lelaki itu ada hak. Dengan syarat, Ilham tiada niat untuk merampas Safia darinya. Jadi, Safia ikutkan sajalah. Janji Ilham tidak membawa Darwish pergi dari hidupnya.

Malam itu Safia turun ke bawah menunggu Farhan di kaki lima di bawah rumahnya bersama Darwish. Satu suara mengejutkan Safia.

“Hai Pia.. Assalamualaikum..’’

“Waalaikumsalam. Abang buat apa kat sini? Bukan dah balik KL ke?’’ kening Safia berkerut memandang Ilham berdiri di depannya.

Ilham tersenyum. Dia rasa gembira kerana Safia sudi berkawan dengannya. Panggilan abang untuknya juga membuatkan hati rasa berbunga-bunga. Sengaja dia tidak mengubah penggilan itu sekiranya mereka berjumpa setiap minggu. Tak sia-sia dia bersabar.

“Abang baru nak naik jumpa Darwish kat atas. Lusa baru balik. Hari ni abang ada masa lagi nak spendtime dengan anak papa ni... Kan sayang..’’ Ilham mengeluarkan Darwish dari stroller dan mendukung anaknya.

Ilham tahu Safia tidak selesa dia selalu datang ke rumah sewa itu. Tapi dia tak peduli. Dia datang bukan buat apa pun. Jumpa anak.

“Comelnya anak papa ni… Nak keluar makan ye? Pia nak keluar dengan Farhan kan? Biar abang jaga Darwish’’

“Pia memang nak bawak dia sekali keluar’’ kata Safia gelisah. Jarang dia tinggalkan anaknya malam-malam melainkan pergi kerja siang hari.

“Eh tak ape la. Biar abang jaga dia. Pia pergi lah dating. Tapi jaga diri ok.. Jaga batas..’’ pesan Ilham Ikhlas.
Safia memandang Ilham. Tersentuh hati bila Ilham pesan begitu. Lelaki ini masih ingat prinsipnya dulu.

Sebuah kereta Honda Civic muncul di situ. Farhan keluar dari kereta dan bersalam dengan Ilham.

“Jom Pia.’’

“Korang pergi la date. Biar aku jaga Darwish’’ Ilham memandang Farhan.

Cara lelaki itu mengambil Safia dan anaknya begini dia tidak suka. Walaupun dia tahu Safia yang berkeras mahu tunggu di sini. Sebagai lelaki yang gentleman, Farhan sepatutnya menjemput mereka di atas. Bukan biarkan Safia menunggu di kaki lima waktu malam begini.

Farhan memandang Safia. Muka Safia nampak sebersalah. Farhan tahu Safia rasa berat hati mahu meninggalkan anaknya.

“Pia jangan risau. Pia pergi la. Darwish kan anak abang. Malam ni Darwish kasi mama me time ok’’ Ilham mencium pipi Darwish.

“Safia tak pernah berpisah dengan Darwish malam-malam. Selalu kitorang bawak dia sekali’’ ketika Farhan ingin mengambil Darwish dari Ilham, Safia bersuara.

“Emm tak pe la. Abang spendtime lah dengan dia. Lusa dah nak balik KL kan. Jom’’ Safia mengajak Farhan pergi. Entah kenapa dia rasa percaya pada bekas suaminya itu.
Farhan hanya mengangguk saja. Kemudian membuka pintu kereta untuk Safia.

“Jaga Safia elok-elok’’ Farhan mengangkat tangan saat mendengar pesanan Ilham itu.

Ilham memandang kereta itu hingga hilang dipandangan mata.
Dalam hati Ilham masih ada rasa cemburu. Dia masih cuba buang perasaan itu. Dia harus pasrah yang hati Safia bukan miliknya lagi. Peluang untuk memikat Safia juga mungkin tipis.

Yang penting dia bersyukur Safia mengizinkan dia berjumpa Darwish bila-bila saja yang dia mahukan. Mereka pun sudah bersetuju yang mereka akan jadi kawan selamanya.

Demi kedua orang yang dia sayang, jadi kawan pun tak apa lah. Janji mereka sentiasa di depan matanya.

Selagi Safia belum sah milik Farhan dia akan sentiasa datang ke Johor Bahru ini berjumpa Safia dan Darwish. Dia tak mahu Safia lupakan dirinya. Mana la tahu satu hari nanti ada peluang. Jelas hatinya masih berharap.

Share this novel

Gina Seman
2024-09-29 21:25:18 

hiss . geramnyee dgn Farhan ada tunang nak juge ngan pia..x sabar rasenye trbongkar rahsia Farhan dah brtunang..


NovelPlus Premium

The best ads free experience