BAB 79

Romance Series 57647

"TAHNIAH BEB! Selamat pengantin baru..’’

Safia, Salwa dan Yusra saling berpelukan. Mereka melepaskan rindu pada Yusra kerana lama tidak berjumpa.

“Thanks tau gais datang. Kalau korang tak datang majlis aku ni, aku merajuk sampai tua’’ muncung mulut Yusra.

“Mestilah datang. Dah alang-alang datang majlis kau ni, kitorang balik kampung la. Nasib baik sekampung tau’’ kata Salwa.

Ketika mereka khusyuk bersembang di meja pengantin, Safia perasan seseorang yang sangat dia kenali. Lelaki itu bersalam dan berpelukan bersama Azam. Kening Safia berkerut.

‘Ilham.! Buat apa dia kat sini?’ Soalnya dalam hati.

“Beb. Kau..kau jemput Ilham datang majlis kau ke?’’ bisik Safia. Ketiga mereka memandang ke arah itu.

“Bukan aku. Azam yang jemput dia. Ilham kan kawan dia. Takkan aku nak halang’’ balas Yusra.

Safia teringatkan Darwish di rumah ibu. Dia berharap Ilham tidak akan ke sana selepas datang ke majlis Yusra ini.

Ilham yang masih bertongkat kecil di tangan terinjut-injut berjalan ke arah mereka. Yusra dan Salwa tersenyum pada Ilham.

Safia turut memandang Ilham sekilas. Kelihatan jambang yang dulunya tebal di cukur habis. Hanya misai dan janggut dibiarkan tumbuh halus. Walaupun dahi sedikit berparut tapi Ilham masih tampan seperti dulu.

“Hai Ilham. Sihat?’’ soal Salwa ramah setelah Ilham berdiri di sebelah mereka bersama Azam.

“Alhamdulillah. Kaki je masih rasa ngilu sikit. By the way, tahniah Yus and Azam. Semoga korang bahagia till jannah’’

“Thank you. Eh thanks tau datang.’’ Balas Yusra ceria. Ilham memandang kawannya.

“And kau Azam, dah jadi suami ni kau kena jadi seorang suami yang baik. Bertolak ansur. Jaga hati Yusra elok-elok. Jangan jadi macam aku. Tak tahu nak jaga hati bini, bini lari tinggalkan aku’’ nasihat Ilham selamber.

“InshaAllah. Aku cuba..” jawab Azam sambil ketawa dan mengangguk. Mata memandang Safia yang hanya menunduk di sebelah isterinya.

Safia yang mendengarnya terasa panas di muka. Dia hanya menunduk sambil mengunyah sesuatu di atas meja. Yusra dan Salwa hanya tersengih. Mereka tahu Ilham bercakap tentang siapa.


SAFIA tersedar setelah terdengar notifikasi di telefon berbunyi beberapa kali. Dia terlelap setelah pulang dari majlis kenduri Yusra tadi. Sambil berbaring tangan mencapai telefon. Jam di telefon menunjukkan pukul 6.20 petang. Uish! Lamanya aku tidur.

Aplikasi whatsapp di buka. Mesej di belek satu persatu. Safia tersenyum memandang gambar-gambar bersama kawan-kawan sekolahnya di majlis Yusra tadi. Seronok rasa dapat reunion semula setelah lama tidak berjumpa.

Satu gambar membuatkan senyumannya tawar. Gambar mereka berempat bersama dengan Ilham turut di hantar oleh Salwa. Ikutkan dia malas nak bergambar kalau ada Ilham tadi. Kerana di tarik oleh Salwa terpaksalah dia berdiri di sebelah Ilham dalam gambar itu.

Notifikasi berbunyi menandakan ada whatsapp baru yang masuk. Jari menekan mesej dari Farhan.

‘Sorry tau x dpt teman awk balik kampung pergi majlis kwan awk. Sy ada krja sikit. Awk dh lama x blik kmpung kan. Awk cutilah dua tiga hari kt sana ;*
-Farhan-'

Safia tersenyum lebar dan membalas mesej itu. Baru dia perasan anaknya tiada di sebelah. Ibu ambik Darwish kot tadi. Ah biarlah.

Tiba-tiba telinga terdengar beberapa suara berbual di luar rumah. Dengan malas Safia bangun dari katil dan mengintai di tingkap. Kelihatan ibu, abah dan Adriana sedang berbual mesra bersama Ilham di pangkin. Yang lebih mengejutkan, Darwish turut berada di situ dan berada dalam pelukan Ilham.

Safia menelan air liur. Ishh! Dia buat apa kat sini? Dengan cepat Safia menyarungkan tudung di kepala. Make up dibiarkan tidak bercuci di muka. Laju kaki melangkah turun ke bawah.

“Buat apa kat sini?!’’ mereka serentak berpusing setelah terdengar satu suara di belakang.

“Angah. Meh sini makan laksa ni. Ibu buat laksa hari ni’’ kata Puan Maimunah.

“Tak pe lah. Makan la. Awak buat apa kat sini..?’’ soal Safia lagi. Berkerut kening dia memandang Ilham mendukung Darwish.

“Biarlah dia nak singgah sini. Tadi kan dia pergi majlis Yusra tu’’ Encik Abbas pula menyampuk.

“Saja la abang singgah kejap. Melawat ibu dengan abah. Tanya khabar. Pia. Sihat?’’ Ilham memandang bekas isterinya itu.
Tadi di majlis Yusra, dia tidak sempat berbual kerana wanita itu cepat-cepat beredar dari situ. Sedar saja Safia sudah hilang.

Ilham perasan Safia seperti tidak suka dia berada di situ. Tambah lagi Darwish masih berada dalam pelukannya.

“Sihat je. Tadi kan dah jumpa..!’’ Safia cepat mengambil Darwish dari pelukan Ilham.

Darwish mengelak apabila di ambil ibunya. Sambil merengek dia menggenggam kuat baju Ilham. Seolah tidak mahu melepaskan ayahnya.

“Angah... Biarlah abang ngah pegang Darwish kejap..’’ berkerut kening Adriana memandang tindakan Safia itu.
Tadi, ibulah yang menyuruhnya mengambil Darwish dibilik kakaknya. Sebersalah pulak dia rasa. Mereka turut memandang Safia.

“Dah nak magrib dah.. Darwish kena mandi..! Jom sayang..’’ Safia terus menarik Darwish yang mula mahu menangis itu. Ilham memujuk Darwish.

“Sayang pergi kat mama dulu ok. Pergi mandi. Nanti papa dukung lagi.. Ye sayang ye..?’’ Ilham mencium Darwish beberapa kali.

Safia terkejut mendengar perkataan papa itu. Jantungnya mula berdebar. Dia dah tahu ke?

Darwish seolah faham dengan pujukan ayahnya terus melepaskan genggaman di baju Ilham. Safia mencium Darwish dan terus membawa anaknya masuk ke dalam rumah.

Mereka berempat hanya memandang langkah Safia tanpa berkata apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience