BAB 18

Romance Series 57647

Ilham duduk termenung di atas kerusi empuk di pejabatnya. Selepas pergaduhan besar malam itu, hampir dua minggu dia tak balik ke rumah berjumpa Safia. Rumah ummi pun dia hanya singgah saja. Tidur pun dia bermalam di hotel.

Tangan mengambil frame di tepi komputer. Lama dia menatap wajah isterinya. Sungguh dia rindukan Safia. Kerana masih rasa sakit hati dia sanggup tidak bercakap dengan isterinya.
Safia juga begitu. Tidak langsung call atau whatsapp dia untuk memujuk.

Tarikh nikahnya pun tinggal berapa hari saja lagi. Segala persiapan diuruskan semua oleh keluarganya. Dengan siapa dia nak nikah pun dia tak tahu. Dia malas nak ambik tahu. Diorang yang nak. Bukan dia!

“Pia langsung tak call abang kan.. Call lah abang. Tanya abang dah makan ke belum.. Tak nak balik rumah ke..?’’ Ilham bermonolog sendiri sambil jari mengusap gambar Safia di frame itu.

Hati rasa sangat rindu. Dia mahu Safia yang mula memujuknya dulu. Bila di fikirkan balik, kalau bergaduh macam mana sekalipun mesti Safia yang menegurnya terlebih dulu. Jarang sekali dia yang mula kan. Egokah dia?

“Dia nak kau yang call dia dulu lah tu..’’ satu suara mengejutkan Ilham. Imran berdiri di muka pintu sambil tersengih.

“Kau buat apa datang office malam-malam ni?’’ frame di letakkan semula di tempatnya.

“Aku tertinggal barang. Aku nampak bilik kau cerah. Kau asal tak balik lagi?’’ Imran masuk dan duduk di depan Ilham.

“Tak ada mood lah nak balik’’ Jawab Ilham.

“Tak ada mood? Bakal pengantin kan. Kena lah happy’’ Ilham menarik muka mendengar usikan kawannya itu.

“Sorry eh. Bukan aku yang nak. Family aku tu yang nak semua ni..!’’

“Kau still tak baik lagi dengan Pia?’’ soal Imran. Dia dan kawannya shahrul sudah tahu tentang masalah Ilham. Mereka bertiga adalah rakan kongsi dan sahabat baik di pejabat. Segala masalah dan pendapat mereka saling berkongsi.

“Belum”

“Apa la nak jadi dengan kau ni Am. As husband kau kena lah pergi pujuk dia.. Dia isteri kan. Dia nak kau mula kan dulu la tu..’’

“Dia yang nak sangat aku kahwin lain. Dia rasa lah!’’ Imran geleng kepala mendengarnya.

“Mungkin time tu dia pun tengah kusut. Kau kan cakap mak long kau suka push dia. Bukan salah dia la..’’

“Memang. Tapi dia boleh je tak layan semua tu..’’ balas Ilham.

“Habis tu? Kau nak salah kan dia? Dia perempuan Am. Cepat terasa. Mana sama dengan hati kita ni..’’ Ilham terdiam dengan kata kawannya itu. Imran sambung lagi.

“Kau pergilah pujuk dia. Mana tahu dia lembut hati nanti dia tarik balik cakap dia supaya kau tak teruskan nikah tu’’ pujuk Imran.

“Tarik balik apa.? Tarikh pun dah ada. Lagi tiga hari lagi. Dah terlambat pun.!’’ Imran geleng kepala lagi. Faham sangat perangai Ilham tu. Ego tak bertempat.

“Hmm suka hati kau lah Am. Aku cakap kau tak nak dengar. Aku doakan semoga dipermudahkan urusan kau. Lepas ni kau dah ada dua tanggungjawab. Kena pandai-pandai la urus dua bini ..’’ Ilham hanya berdiam mendengar nasihat Imran itu.

Dia teringat tentang lafaz taklik yang di sebut dua minggu lepas. Satu hal itu dia tidak berkongsi cerita dengan kawannya itu.

Lepas je dia nikah dengan gadis pilihan mak long itu, mungkin akan jatuh talak pada isterinya. Ya Allah apa aku dah buat ni..? sungguh dia menyesal! Dia tak mahu kehilangan Safia.
Melihat Ilham yang masih termenung itu dia bersuara lagi.

“Aku gerak dulu. Kau tu balik lah jumpa Safia. Pujuk dia. Mungkin sekarang dia tengah sedih. Bakal berkongsi suami. Kau pulak tak layan dia. Kesian dia bro..’’

Ilham tersenyum kelat dan mengangguk. Nampaknya Imran lebih memahami hati perempuan berbanding dirinya. Dia hanya melihat langkah kawannya hingga hilang dimuka pintu.

Tangan mengusap muka. Hari ni dia tak ada mood nak balik rumah. Esok je lah. Mata di pejam rapat untuk menenangkan fikiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience