BAB 53

Romance Series 57647

Khadeja berjalan perlahan melalui kawasan taman permainan berhampiran rumahnya. Kandungannya yang semakin sarat membuatkan dia rasa malas untuk keluar dari rumah.

Kerana memikirkan ugutan Zakri di whatsapp pagi tadi untuk memberitahu Ilham rahsia besarnya, membuatkan dia terpaksa keluar berjumpa lelaki itu. Mujurlah Ilham tiada dirumah kerana masih di pejabat.

Cuaca yang agak panas ketika itu membuatkan kawasan taman itu tidak berapa ramai orang di waktu tengah hari begini. Mata memerhati sekeliling. Risau jika Ilham melalui kawasan ini.

Zakri yang sedang menunggu di atas motor ex5 biru nya tersenyum pada Khadeja yang menghampirinya.

“Ha…! Datang pun. Aku ingat tak datang tadi..’’

“Kau nak apa ni Zack??’’ berkerut kening Khadeja memandang Zakri.

“Aku nak kau la sayang...’’ Dagu Khadeja di cuit perlahan.
Zakri memandang perut Khadeja yang semakin membesar itu. Khadeja yang hanya memakai selendang dan baju t-shirt serta kain sarung sangat berseri di matanya.

“Kau dah gila ke??”

“Memang aku gila..! aku dah cukup sabar kau tak angkat call aku Eja!’’ Zakri mengangkat jari pada Khadeja.

“Kan aku cakap line tak clear. Kalau Ilham nampak nanti macam mana?? Ish!’’

“Aku tak peduli lah line clear ke tak. Dulu kau boleh je keluar dengan aku time kau still bini dia?!”

“Dulu tu perut aku kecik.. Ni dah besar mana larat aku nak jalan.. Faham lah sikit!’’

Zakri terdiam mendengarnya. Dia rasa kasihan melihat Khadeja yang sarat begitu. Tapi kerana rindu terpaksa dia meminta Khadeja berjumpa dengannya.

“Aku nak kau mintak cerai dengan dia, kita kahwin.. eh…?’’ pujuk Zakri. Khadeja memandang Zakri.

“Nak kahwin apanya. Aku ni bini orang lah!’’

"Kau dah janji nak kahwin dengan aku lepas baby ni keluar. Tapi aku dah tak boleh tunggu Eja. Ni anak aku. Biar aku bertanggungjawab..!’’ Zakri menunjuk ke arah perut Khadeja. Khadeja tersenyum sinis.

“Bertanggungjawab? Habis dulu waktu aku mintak kau bertanggungjawab kau buat apa? Kau blah macam tu je! Aku yang hadap benda ni sorang-sorang!’’

“Dulu aku mengaku aku bodoh Eja. Time tu aku tak ada kerja. Mak bapak kau pun tak suka aku. Tapi sekarang ni aku tak peduli. Kalau bapak kau nak cincang aku pun aku tak kisah. Aku dah bukak bisnes burger dengan Ali. Aku dah ada simpanan sendiri. Cukup aku tanggung kau dengan anak kita ni. Kita kahwin eh..? aku sayang kau Eja… Please..!” Pujuk Zakri lagi.

“Kalau dulu kau mintak macam ni aku tak kisah Zack. Sekarang ni dah terlambat. Aku dah kahwin kau faham tak!’’ Zakri tak puas hati dengan kata Khadeja.

“Kau fikir sikit Eja. Waktu kau kahwin dengan dia dulu. Ada dia layan kau baik ke? Aku ni yang selalu ada dengan kau. Lagi pun aku tahu sampai sekarang dia bukan sayang kau sangat pun. Kau sendiri cakap dalam kepala otak dia cuma ada bekas bini dia je. Kau ingat cinta pertama ni senang ke nak move on.? Aku lelaki aku tahu lah. Aku buang kau macam sampah pun aku dah rasa sebersalah.!’’ Zakri memandang Khadeja yang berpeluk tubuh itu. Sungguh dia kesal dengan tindakannya dulu. Dia sambung lagi.

“Eja.. Aku janji dengan kau aku akan jaga kau elok-elok.. Kita kahwin ye..?” rayu Zakri lagi.

“Tengok lah!’’ jawapan Khadeja itu membuat Zakri panas hati.

“Asal. Kau dah start sayang laki kau? Ha??’’ tajam Zakri memandang Khadeja.

“Kalau ya kenapa? Dia suami aku. Sekarang dia dah selalu ada kat rumah. Dia layan aku baik.!’’

“Ooo sebab dia layan kau baik kau dah start syok kat dia la? Hei! Dia layan kau baik sebab dia ingat ni anak dia. Kalau dia tahu ni bukan anak dia, dia nak layan kau elok-elok ke??’’ Khadeja terdiam mendengarnya. Dia malas nak fikir.

“Dah la Zack. Aku tak nak rosakkan hubungan aku dengan Ilham. Aku dah happy sekarang dengan hidup aku. Kau move on je la. Kau teruskan je la hidup kau yang tak perlu komitmen tu..!’’ Zakri terdiam dengan sindiran Khadeja itu. Dengan cepat Khadeja melangkah pergi.

“Kau dengar sini Eja! Dia tu bukan lelaki yang baik untuk kau kalau dia tahu semua ni! Lelaki yang baik untuk kau tu aku je!!’’ laung Zakri.

Khadeja tidak pedulikan laungan Zakri. Dia rasa buntu. Kenapa saat Ilham mula melayan kerenahnya dengan baik, Zakri pula bersungguh-sungguh menagih kasihnya.

Bila teringat semula, mana Zakri sewaktu dia memerlukan lelaki itu dulu? Siang malam dia menangis memikirkan kandungannya yang akan membesar itu. Kalau daddy tahu dia mengandung anak haram pasti daddy membelasahnya. Bukan dia tak tahu baran ayahnya itu. Mummy jugak lah yang tolong selesaikannya.

Tanpa menoleh kiri dan kanan, Khadeja terus melintas jalan. Sebuah motosikal berkuasa tinggi dengan laju tidak sempat menekan brake telah melanggar Khadeja. Tanpa sempat Zakri berbuat apa-apa, Khadeja sudah tergolek jatuh ke dalam longkang.

Penunggang motosikal itu memberhentikan motornya. Setelah melihat Zakri yang ingin menyerangnya segera dia memecut laju meninggalkan kawasan itu.

“Woi!!!’’ Zakri membaling topi keledarnya ke arah itu. Tanpa pedulikan topi keledar itu di atas jalan, segera dia berlari mendapatkan Khadeja.

Dengan pantas Zakri mengeluarkan Khadeja dari longkang itu. Mujurlah longkang itu tidak terlalu dalam.

“Eja kau ok tak??’’ Zakri membersihkan kotoran pada baju Khadeja sambil memegang kepala Khadeja yang sedikit berdarah. Khadeja merasakan perutnya terlalu sakit dari tubuhnya yang lain.

“Perut aku sakit sangat ni Zack…!’’ risau Zakri melihat Khadeja yang berkerut menahan sakit sambil memegang perut.

Mata Zakri terpandang begitu banyak darah mengalir di betis Khadeja.
Zakri panik setelah melihat Khadeja yang semakin pucat dan lemah itu. Mata Khadeja mula rasa semakin kabur dan gelap.

“Eja bangun Ja?! Tolong jangan tinggal aku Eja..!’’ tangan menampar perlahan pipi Khadeja. Dia tak mahu jadi apa-apa pada Khadeja dan kandungan itu. Mata melilau memandang sekeliling.

“Tolong! Tolong!!’’ Zakri menjerit meminta pertolongan. Tapi tiada sesiapa yang melalui kawasan itu sekarang. Dengan cepat Zakri mengeluarkan telefon dari poket seluar dan membuat panggilan kecemasan.

Share this novel

Gina Seman
2024-09-13 16:01:17 

yess! thanks for update...moga dipermudahkan sgale urusan


NovelPlus Premium

The best ads free experience