Pagi-pagi lagi Ilham duduk di dalam kereta menunggu di bawah bangunan apartment itu. Mana la tahu kalau-kalau Safia akan turun ke bawah. Nak naik ke atas dia tak tahu rumah Safia yang mana satu.
Esok adalah hari terakhir dia menguruskan beberapa projek di sini. Jadi, dia mahu berjumpa Safia buat kali terakhir dan mengucapkan selamat tinggal. Bekas isterinya pun sudah bahagia. Buat apa dia berharap lagi.
Ilham mengeluh. Sungguh berat hati dia rasa. Cintanya pada Safia susah untuk dia buang. Tapi dia harus redha. Dia sudah berjanji pada dirinya. Kalau Safia betul-betul bahagia di depan mata, dia tidak akan mengganggu Safia lagi.
Biarlah Safia cari kebahagiaannya sendiri. Empat tahun Safia hidup dengannya asyik makan hati dengan sindiran keluarganya. Dan dengan sikapnya dulu yang tak mahu memahami hati isteri.
'Bahagialah sayang.. Abang akan sentiasa doa kan sayang...' doa Ilham dalam hati. Kali ini dia akan cuba ikhlaskan hati melepaskan cinta pertamanya itu pergi. Jari mengesat air mata yang bertakung di tubir mata.
Tiba-tiba Ilham ternampak Safia sedang menolak stroller anaknya dan berdiri di tepi kaki 5 disitu. Macam menunggu seseorang.
Sampai sekarang dia masih tertanya-tanya. Kenapa suami Safia tidak tinggal di sini.
Dengan pantas dia keluar dari kereta dan pergi ke arah Safia.
“Assalamualaikum. Pia..’’ Ilham menegur dengan senyuman.
Safia yang sedang khusyuk memandang telefon di tangan segera berpaling. Terkejut dia memandang Ilham.
“Waalaikumsalam. Buat apa kat sini?’’
“Saja. Abang nak jumpa Pia..’’
“Kenapa awak nak jumpa saya?’’ berkerut kening Safia.
Ilham tersenyum tawar. Hati rasa sikit kecewa. Tiada lagi panggilan abang buatnya.
“Pia apa khabar? Sihat ke?’’
“Baik Alhamdulillah. Macam awak nampak sekarang..’’ jawab Safia.
Ilham mengangguk. Mata memandang anak kecil di dalam stroller sebelah Safia. Muka nya seiras muka Amira adiknya sewaktu baby dulu. Tapi ini versi lelaki. Comel sangat.
“Comel anak Pia.. Hai baby...’’ tersenyum Ilham sambil melambai mesra pada anak kecil itu. Darwish turut memandang Ilham sambil ketawa. Seolah tahu itu ayah kandungnya.
“Err terima kasih’’ Balas Safia acuh tak acuh. Dia mula rasa tidak selesa bila Ilham memandang anaknya begitu. Dalam hati dia berdoa supaya Farhan cepat sampai. Dengan laju jari menaip sesuatu di skrin telefonnya.
“Pia tunggu suami ke?” soal Ilham lagi.
“Ye..’’
Ilham melihat Safia hanya memandang telefon di tangan. Seolah tidak berminat untuk berbual dengannya.
“Kenapa suami Pia tak tinggal sekali kat sini?’’ berkerut kening Safia mendengar soalan itu.
Rasanya dulu pun dia pernah di tanya begini. Laju Safia mengangkat muka memandang Ilham.
“Kenapa awak nak sibuk sangat?! Biarlah dia nak tinggal kat mana pun. Hish!’’ keras nada Safia. Ilham tersentak. Tapi dia cuba beramah lagi.
“Pia bahagia sekarang?”
“Saya dah bahagia je dengan life saya. Awak tak payah ganggu saya boleh tak. Jaga je anak bini awak tu..!’’
“Abang dah bercerai…’’ lemah suara Ilham.
“Kenapa?’’ nada Safia berubah perlahan. Mungkin sedikit terkejut. Ilham tersenyum paksa.
“Mungkin hidup abang ni cuma untuk tengok orang bahagia.. Tak apa abang redha. Sorry la abang kacau Pia pagi-pagi ni. Abang just nak cakap selamat tinggal. Mungkin Lepas ni abang dah tak jumpa Pia lagi..’’ jantung Safia berdebar mendengarnya.
“Kenapa..?’’ dia sendiri tak tahu kenapa soalan itu yang keluar. Sedangkan sepatutnya dia rasa gembira kalau Ilham sudah tidak mengganggunya lagi. Entah kenapa hatinya jadi sayu bila Ilham kata begitu.
“Projek abang dah nak habis kat sini..’’ mata Ilham memandang Safia lama. Safia bertambah cantik sekarang. Dia mahu tengok muka Safia sepuas-puasnya buat kali terakhir.
Sebuah Kereta Honda Civic dengan laju menghampiri mereka. Cepat Farhan keluar dari kereta dan pergi ke arah mereka.
“Kenapa ni Pia?’’ risau suara Fahan sambil mata memandang Ilham. Selepas membaca whatsapp Safia tadi untuk mengarahkannya supaya cepat sampai, dengan laju kaki Farhan menekan minyak kereta. Ilham segera bersuara kerana takut lelaki itu salah faham.
“Err tak. Just nak wish selamat tinggal. Itu je..’’
“Oh. Nak pergi mana?” soal Farhan serius.
“Tak pergi mana pun. Just tengok Pia dah happy kat sini ok la’’ kening Farhan berkerut mendengarnya.
“Kau stalker Pia ke selama ni?’’
“Eh tak. Projek aku kan dekat area sini. Mesti lah aku selalu ternampak dia’’ cepat Ilham membalasnya.
“Jom lah..’’ Safia segera masuk ke dalam kereta Farhan.
Tanpa pedulikan Ilham yang masih berdiri di situ, dengan cepat Farhan mendukung Darwish dan memasukkan stroller ke dalam kereta. Kemudian bergerak laju meninggalkan kawasan itu.
Ilham rasa kecewa. Safia langsung tak membalas ucapan selamat tinggal kepadanya. Dengan hampa dia melangkah ke kereta dan pergi dari kawasan itu.
SAMBIL memandu Farhan memandang Safia. Sejak masuk dalam kereta sampai pertengahan jalan tiada suara antara mereka.
“Kenapa diam?”
“Saya tidurkan Darwish kan. Dia tak cukup tidur malam tadi..’’ bohong Safia. Tangan pura-pura menepuk Darwish.
Fikirannya masih teringatkan tentang Ilham tadi. Betul ke mereka tidak akan berjumpa lagi? Mata memandang Darwish yang sedang tidur. Nampak jelas muka Ilham di wajah anaknya. Hatinya jadi sayu tiba-tiba.
“Ke awak sedih dia ucap selamat tinggal kat awak..’’ nada Farhan sedikit cemburu. Safia memandangnya.
“Mana ada. Ishh awak ni..!’’
“Bila awak nak bagitahu dia?’’ soal Farhan. Safia mengerut kening. Tak faham.
“Bagitahu dia? Pasal apa?”
“Pasal Darwish”
“Saya takkan bagitahu dia..!’’ tegas Safia.
“Tapi kan dia ayah kandung Darwish.. Dia berhak tahu.’’ Pujuk Farhan.
“Kan saya pernah cakap kan. Dia tu ada segalanya. Bila-bila masa dia boleh rampas Darwish dari saya. Darwish ni nyawa saya.. Awak faham tak!’’ kata Safia membuatkan Farhan mengangguk faham.
Dia perasan Safia akan jadi teremosi bila persoal tentang ini.
Share this novel