BAB 52

Romance Series 57647

“Ah! Sial betul! Berani kau reject call aku Eja!’’ Zakri mendengus kasar setelah beberapa kali panggilannya di tolak oleh Khadeja.

Zakri termenung sambil menghembus asap rokok yang berkepol-kepol ke atas. Fikirannya melayang teringatkan Khadeja kekasihnya itu. Sakit hati bila Khadeja menghalaunya tengah hari tadi.

Khadeja sudah semakin jauh dengannya. Sejak kandungan kekasihnya itu makin besar, dan suami yang sering ada di rumah serta melayannya baik, Khadeja sudah berubah. Sekarang Khadeja juga sudah jarang menjawab panggilan serta mesej darinya. Dia jadi sakit hati!

Bila di fikirkan balik, menyesal dulu dia tidak mahu bertanggungjawab dengan perbuatannya mengandungkan gadis itu. Sudah lah daddy Khadeja bekas komando. Panas baran pulak tu. Mau dibelasahnya kalau tahu dia membuntingkan anaknya. Dengan cepat Zakri menghilangkan diri.

Mummy Khadeja rasa takut Khadeja dimarahi teruk oleh daddynya. Kebetulan kawan mummy Khadeja sedang mencari jodoh untuk anak saudaranya.
Segera mummy Khadeja meng ekspos Khadeja pada kawannya itu.
Ibarat mengantuk disorongkan bantal, mummy Khedeja terpaksa menerima pinangan itu demi menjaga aib keluarga.

Zakri mula rasa selamat dan kembali mengganggu khadeja.
Dia yang tahu Khadeja masih cintakannya dengan segera memujuk rayu membuatkan Khadeja cair dan kembali bersamanya walaupun Khadeja berstatus isteri orang.

Khadeja sudah berjanji untuk bersama dengannya setelah bayi itu lahir nanti. Tapi selepas melihat Khadeja yang kini semakin mendapat layanan yang baik daripada Ilham membuatkan dia cemburu. Dia mahu Khadeja yang dulu, yang sering beri perhatian padanya.

“Kau menung apa tu Zack?’’ kawannya Ali yang siap memasakkan burger untuk pelanggannya duduk di sebelah Zakri.

“Aku geram dengan Eja ni. Dia tak pick up call aku dah sekarang ni.. Jumpa pun tak nak!’’ Zakri menunjukkan telefon di tangannya.

“Kau still nak dia ke Zack? Kau move on je la. Dia dah jadi bini orang kot’’ nasihat Ali.

“Ah. Lelaki tu cuma pak sanggup je. Dia dah janji lepas budak tu lahir dia nak kahwin dengan aku!’’

“Habis waktu dia bunting dulu kau cabut. Apesal kau tak kahwin dengan dia?’’ soal Ali selamber.

“Mak bapak dia bukan suka aku. Bapak dia baran kot. Kang tak pasal-pasal aku kena cincang. Lagi pun time tu aku belum sedia lagi nak kahwin. Apatah lagi jadi bapak. Kerja pun aku tak ada. Nak bagi dia makan apa? pasir?’’ Zakri mendengus kasar.

Dulu ya, dia belum ada pekerjaan. Dengan usia yang muda membuatkan dia tidak suka berkomitmen. Tapi kini dia sudah membuka bisnes burger di tepi jalan bersama kawannya itu. Dengan wang simpanan yang dia ada sekarang ni membuatkan dia rasa sudah bersedia dan mahukan Khadeja serta bayi itu jadi miliknya.

Teringat dulu, dia pernah di marahi oleh daddy Khadeja kerana sering keluar dengan anaknya. Kerana sakit hati, dia membuatkan Khadeja cair dengan pujuk rayunya.

Khadeja yang percaya dengan janji manisnya sanggup menyerahkan tubuh kepadanya. Beberapa kali juga mereka terlanjur. Hinggalah Khadeja mengandung dan mahu dia bertanggungjawab. Tapi dia belum bersedia dan menghilangkan diri seketika.

“Kalau macam tu tunggu je la sampai dia beranak’’ kata Ali.

“Aku takut. Dia macam dah berubah. Mentang-mentang sekarang laki dia dah layan dia baik, dia buat don’t know kat aku!’’

“Dah tu? Kau menyesal?’’ Zakri hanya diam saja dengan soalan Ali.

Ali segera bangun memasak burger untuk pelanggan yang baru datang ke gerainya. Melihat bisnes partnernya itu masih lagi termenung dia bersuara.

“Woi Zack.! Tolong lah aku ni. Customer ramai ni..!’’

Dengan malas Zakri bangun menyiapkan apa yang patut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience