BAB 12

Romance Series 57647

Safia termenung di atas sofa malam itu menanti kepulangan suaminya dari Melaka. Cerita yang terpasang di televisyen tak masuk langsung dalam fikiran. Yang ada di fikirannya sekarang kata-kata kedua beranak itu tempoh hari.

Bunyi kereta Ilham yang masuk di depan rumah mengejutkan Safia. Tak ada mood pulak untuk dia sambut Ilham di muka pintu. Dalam beberapa minit Ilham masuk ke dalam rumah. Dia menegur Safia yang memandangnya dari Sofa.

“Hai sayang. Ingatkan dah tidur’’

“Belum. Tunggu abang la.. lambat sampai?’’

“Berhenti kat RNR jap tadi. Makan situ. Hujan lebat sangat. Sayang dah makan belum?’’ soal Ilham sambil menanggal kemeja di badan.

“Makan tengah hari tadi je. Malam tak lalu nak makan” jawab Safia. Ilham memandang muka isterinya.

“Laa.. kenapa tak makan? Kang masuk angin perut tu..”

“Tak lalu. Abang.. Pia nak cakap sikit’’

“Cakap apa?’’

“Abang bahagia dengan Pia?’’ berkerut kening Ilham dengan soalan Safia.

“Bahagia la sayang.. kenapa tanya macam tu?’’

“Abang tak teringin anak?’’ Safia melangut memandang Ilham yang masih berdiri.

Ilham menghela nafas. Dia rasa malas nak jawab itu. Sejak akhir-akhir ni topik anak yang di bahaskan. Melihat Ilham yang masih berdiam Safia sambung lagi.

“Kita ambik anak angkat nak?’’ berkerut kening Ilham.

“Tak payah la. Kan kita dah discuss pasal ni. Abang kalau boleh nak anak kita sendiri’’

“Abang kan ada company sendiri. Kalau abang tak ada anak siapa nak jadi pewaris abang ?’’

“Nanti ada lah tu’’ Safia tak puas hati dengan respond suaminya. Dia membuat muka.

“Abang ni.. Asyik cakap tu je..’’

“Habis tu Pia nak abang cakap apa lagi?? Abang rimas lah sana sebut pasal anak sini sebut pasal anak! Dah belum rezeki nk buat macam mana..!’’ Safia sikit terkejut dengan suara Ilham yang meninggi itu.

“Abang rimas? Habis tu ingat Pia tak rimas? family abang tu tak habis-habis tanya pasal anak!” Safia melepaskan geram.

“Buat tak tahu je lah!’’

“Pia memang buat tak tahu. Tapi hati Pia ni tak sekuat abang. Diorang lebih tanya kat Pia ni berbanding abang. Sebab Pia ni perempuan. Perempuan yang mengandung..!’’

“Kalau Pia still layan soalan macam tu lagi sakit hati. Abang dah malas nak dengar pasal anak ni.. Ada ada, tak ada tak adalah!’’

“Tapi Pia serabut lah family abang dok bercakap pasal Pia!’’ Safia mendengus.

“Dah tu.. Buat apa ambik port pasal orang cakap..?’’ Safia masih tak puas hati dengan kata suaminya.

“Abang..! Kalau tak ambik port pun orang asyik tanya Pia. Sampai bila Pia nak makan hati? Balik rumah ummi je mesti soalan tu yang keluar. Abang ada cakap kat mak long anak-beranak tu stop tanya Pia soalan macam tu? Ada? Tak ada kan??!”

“Mak long tu mulut memang macam tu. Buat apa nak layan. Dia tanya sebab dia sayang..” Safia tergelak sinis mendengarnya. Bukan main back up ibu saudara kesayangan dia tu.

“Sayang.? Kalau sayang takkan tanya soalan sensitif macam tu banyak-banyak kali. Huh Sayang konon..! memag lah sayang sebab abang tu anak buah dia. Pia ni orang luar.. perasaan Pia pun dia tak ambik port!’’ Sindir Safia. Ilham mencekak pinggang.

“Suka hati Pia lah! Abang malas la nak layan benda-benda macam ni..!’’ Ilham terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik.

Safia mengambil bantal kecil dan mencampak kasar ke lantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience