BAB 19

Romance Series 57647

Setelah habis waktu kerja, Safia tidak terus balik ke rumah. Dia ikut saja kakinya menekan pedal minyak kereta meronda di sekitar Kuala Lumpur. Jammed di atas jalan pun dia hadap saja. Kalau balik awal, bukan Ilham ada di rumah pun. Dia sudah penat menangis rindukan suaminya. Dengan sakit kepala dan mual lagi dia nak kena tanggung.

Lagu pelita dibawah purnama nyanyian Erema berkumandang di radio.
‘SENDIRI AKU MENJEJAK BAYANGMU...
BERKURUN LAMANYA KITA TAK BERTEMU...
KAU BERLALU PERGI..TERBIAR AKU SENDIRI...
MENAHAN DUKA..OH DI SUDUT HATI…

CINTA..DENGARLAH RINTIH HATIKU..
MENGHARAP BELAI DAN RINDU..
YANG PERNAH DI CURAH SEPENUH HATIMU...

KASIH.. INIKAH YANG KURASAI...
PENGORBANAN TAK DIHARGAI...
MENJADI SIKSAAN YANG TIDAK DI UNDANG.. OH PEDIH..

INGATKAN LAGI KAU PERNAH BERKATA...
AKU BAGAI PELITA..DIBAWAH PURNAMA...
KINI MALAM SEPI..TINGGAL HANYALAH MEMORI...
MUNGKIN CAHAYA...MENJELMA SEMULA..
HUOOOO.…’

Lirik itu sangat menyentuh jiwa Safia.

Tangan mencapai telefon di dalam handbag. Hati rasa pilu saat memandang skrin telefon. Sampai sekarang, tiada langsung call atau mesej dari Ilham untuk memujuk. Sampai hati Ilham buat dia begini.

Jari sudah bersedia untuk menekan nombor Ilham. Dia ingin mendengar suara suaminya untuk melepaskan rindu. Bila teringatkan tentang majlis pernikahan itu akan berlangsung esok pagi, hatinya jadi sakit. Dengan laju dia mencampak telefonnya di kerusi sebelah.

Ah biarlah! Lepas ni aku bukan lagi isteri kau.. Air mata mengalir di pipi.

Dia tak sangka perkahwinan mereka akan berakhir begini. Hubungan mereka bukannya sekejap. Sejak dari zaman belajar lagi. Tangan mengesat air mata. Dia harus kuat. Dia yang minta Ilham melepaskannya. Selepas ni tiada lagi Ilham di sisi. Dia akan rindu pada kenangan mereka nanti. Air matanya keluar lagi. Sambil memandu teresak-esak Safia menangis.

Setelah langit semakin gelap baru dia memandu balik ke rumah. Butang autogate di tekan. Kelihatan kereta BMW X4 biru milik suaminya ada di halaman.

Jantung berdebar laju saat masuk ke dalam rumah. Tiada sesiapa di ruang tamu bawah. Safia terus melangkah naik ke atas.
Pintu bilik dikuak perlahan. Terdengar bunyi percikan air dari dalam bilik air. Tudung di tanggalkan dan melepaskan rambut di depan cermin.

Ketika tangan membuka almari untuk mencari baju terdengar pintu bilik air terbuka.
Semakin laju jatung Safia. Sudah dua minggu dia tidak berjumpa Ilham. Sangat rindu untuk menatap wajah itu. Kerana ego dia cuba untuk tidak memandang suaminya.

Ilham yang hanya memakai tuala di pinggang tidak berkelip memandang isterinya dari atas sampai bawah. Lama tak berjumpa membuatkan dia tak tahan menanggung rindu. Perlahan dia mendekati Safia dan membelai rambut isterinya dari belakang.

Terperanjat Safia dengan sentuhan Ilham. Bertambah laju jantungnya.
Tangan Ilham memeluk pinggangnya. Safia memejam mata dan ingin menangis. Dia rindu pelukan itu. Ilham mencium perlahan leher safia. Bau haruman rambut isterinya membuatkan dia terangsang. Safia hanya membiarkan. Dia juga menginginkan ciuman sebegitu dari Ilham.

“I miss you sayang..’’ bisikan itu membuatkan safia berpaling laju pada suaminya. Dia terus menangis dan memeluk Ilham.

“Pia pun rindu sangat kat abang...!’’ Ilham membalas pelukan isterinya.

“I’m sorry sayang. Abang tak patut buat Pia macam tu..’’

“Pia yang salah. Pia mintak maaf k’’ Safia menarik tangan Ilham dan menciumnya.

“Tak. Pia tak Salah sayang..” jari mengesat air mata di pipi Safia. Dia sambung lagi.

“Kenapa Pia kemas baju Pia? Nak pergi mana?’’ Ilham menunjuk luggage yang tersusun di tepi pintu. Sewaktu balik rumah tadi, dia ternampak bagasi yang terisi beberapa helai baju tersusun kemas di situ.

“Kan lepas ni Pia bukan isteri abang. Buat apa Pia nak duduk sini lagi.” Sebak suara Safia.

Ilham mengeluh. Sungguh dia menyesal dengan apa yang dia lafazkan. Terus dia menarik Safia dalam pelukannya.

“Kenapa cakap macam tu sayang? Sayang tetap isteri abang. Sampai bila-bila pun isteri abang. Abang mintak maaf sangat-sangat. Abang tak sengaja’’ teresak-esak Safia menangis di dada Ilham. Dah terlambat untuk mereka berpatah balik. Ilham sudah melafazkannya.

“Esok kan abang dah nak nikah. Lepas abang dah nikah nanti Pia bukan isteri abang lagi tau..’’

“Abang tak nak teruskan..!’’ Ilham menggeleng laju. Dia rasa nak putarkan masa sekarang. Safia melepaskan pelukan dan memandang suaminya.

“Abang jangan macam tu.. Semua persiapan dah buat kan..’’ sayu Safia memandang muka Ilham yang muram itu. Dalam hati dia tak mahu suaminya teruskan majlis tu. Tapi dia harus akur. Sampai sini saja jodoh mereka. Biarlah. Mungkin dengan cara ni Ilham akan dapat zuriat. Semua orang akan bahagia. Ibu mertua dia pun akan gembira kalau dapat cucu. Lagi-lagi mak long suaminya itu. Daripada dia makan hati berkongsi suami, lebih baik dia undur diri.

“Maafkan abang sayang… Abang tak boleh control malam tu.. Abang tak nak hilang Pia…’’ air mata Ilham mengalir di Pipi. Safia mengesat air mata suaminya. Laju Ilham mencium tangan Safia di pipi.

“Dah tertulis jodoh kita sampai sini je... Kita kena redha.. ye?’’ Pujuk Safia. Ilham menggeleng laju. Dia tak boleh terima itu.

“Abang sayang sangat kat Pia…’’ umbun Safia di cium.

Safia terus memeluk suaminya. Lama mereka berpelukan begitu. Bau haruman rambut Safia menaikkan syahwatnya. Safia menjerit saat Ilham mengendongnya dan membaringkannya di atas katil.

Ilham ingin melepaskan kerinduan itu. Perlahan dia mencium bibir Safia. Safia membalas setiap cumbuan suaminya. Mulai esok dia bukan lagi milik Ilham Wafie. Dia mahu belaian asmara Ilham di atas katil malam ini. Biarlah ini menjadi memori indah terakhir yang akan dia simpan sampai bila bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience