BAB 2

Romance Series 57647

Selesai mandi dan solat isyak, Ilham turun ke bawah menemani isterinya di ruang tamu.

“Sayang! Tengok movie apa?’’ Ilham mencuit telinga isterinya dari belakang. Kemudian duduk di atas sofa sebelah isterinya.

“Entah. Bukak je TV ada movie Mr. & Mrs. Smith. Layan je la.. Macam mana meeting petang tadi? Ok?’’

“Ok je. Imran present pasal proposal untuk tander baru tu. Harap-harap dapat la” jawab Ilham. Safia terus fokus pada movie dalam tv itu.

“Tadi keluar pergi mana je dengan Yus?’’ Soal Ilham.

“Pergi Mall je. Pia teman dia cari baju baru. Minggu depan company dia buat event. Dia tak ada baju’’

“Azam tak ikut sekali?’’

“Tunang dia sibuk. Lecturer kan. Exam students dia nak dekat. Busy sikit la’’

“Abang pun lama tak jumpa Azam. Diorang bila kenduri?’’ Sejak tamat belajar, dia dan kawannya itu sibuk dengan kehidupan masing-masing. Last jumpa pun waktu Azam dan Yusra melangsungkan pertunangan dulu di kampung.

“Entah la. Yus tu macam takut sangat nak kahwin’’ terangkat kening Ilham memandang isterinya.

“Asal pulak? Takut malam pertama..?’’ Ilham tergelak dengan gurauannya sendiri.

“Belum bersedia lah tu’’ jawab Safia.

“Benda baik buat apa nak lambat-lambat kan. Ni, abang nak bagitahu. Esok mak long dengan ummi ada kenduri area sini. Lepas tu diorang nak singgah sini tau.. ‘’

berubah sikit muka Safia mendengarnya. Aduh..! Datang lagi. Dua minggu lepas kan dah datang sini. Datang setakat nak menyakitkan hati buat apa. Ummi tak apa lagi. Mulut Mak long tu ha yang dia rimas. Ishh! Bebel Safia dalam hati.

“Pia? Dengar tak ni?’’ Ilham memandang Safia yang tiba-tiba diam.

“Err ye ye. Dengar. Kenapa nak singgah? Bukan dua minggu lepas dah datang sini ke?”

“Entah mak long. Saja dia lah kot. Abang kan anak buah kesayangan dia. Dia singgah melawat la.’’

“Kalau datang melawat mulut boleh jaga tak apa?’’ kening Ilham berkerut mendengar kata isterinya.

“Dah kenapa pulak?’’

“Yela. Dia selalu tanya kita pasal anak. Pia rimas lah bang..’’

“Alar.. buat tak tahu je. Mak long kan memang macam tu. Dia tanya jawab je la belum rezeki” kata Ilham bersahaja. Matanya fokus pada tv.

Safia berpeluk tubuh. Sakit hati dengan jawapan Ilham yang bersahaja itu. Takkan tak terasa langsung bila asyik ditanya soalan yang sensitif macam tu? Orang lelaki. Selalu ambil mudah tentang perasaan perempuan.

Yang selalu kena tanya aku. Bukan dia. Nak mengandung bila? Bila nak ada anak? Ishh! ajuk Safia dalam hati. Hilang terus moodnya untuk menonton movie di kaca TV itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience